Xbox ialah sebuah konsol permainan video generasi keenam keluaran Microsoft Corporation dan merupakan penglibatan pertama Microsoft dalam pasaran konsol permainan video, yang bersaing secara langsung dengan Sony PlayStation 2 dan Nintendo GameCube. Xbox muncul di pasaran pada 15 November 2001 di Amerika Utara, 22 Februari 2002 di Jepun, 14 Mac 2002 di Eropah dan Australia. Xbox disusuli oleh konsol Xbox 360 keluaran Microsoft juga.

Microsoft Xbox
Konsol Xbox dengan "Controller S"
Konsol Xbox dengan "Controller S"
PengilangFlextronics[1]
Keluarga produkXbox
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi keenam
Ketersediaan runcit
        Ditamatkan
              Bil. dijual24+ juta (sehingga 10 Mei, 2006)[2]
              MediaDVD, CD, Muat turun
              Sistem pengendalianKeseuaian sendiri (Berdasarkan seni bina Windows NT dan Windows XP (melalui Xbox LIVE))
              CPUSistem pemprosesan Custom 733 MHz Intel Pentium III "berdasarkan-Coppermine-based"
              Muatan storanCakera keras luaran 8 atau 10 GB (Diformatkan kepada 8 GB diperuntukkan dengan sistem simpanan dan MS Dash), kad memori 8 MB
              IngatanDDR SDRAM 64 MB @ 200 MHz
              Grafik233 MHz nVidia NV2A
              Input pengawalPort controller Xbox 4× (USB)
              KetersambunganEthernet 100 Mbit
              Perkhidmatan
              dalam talian
              Xbox Live
              Permainan terlarisHalo 2, 8 juta (sehingga 9 Mei, 2006)[3]
              PenggantiXbox 360


              Sejarah sunting

              Pada tahun 1998, empat jurutera dari kumpulan DirectXhttps://es.pornhub.com/gayporn, Kevin Bachus, Seamus Blackley, Ted Hase dan ketua kumpulan Otto Berkes telah menyahpasang beberapa komputer peribadi keluaran Dell untuk membina prototaip konsol permainan video yang berasaskan kepada Windows, dengan harapan konsol keluaran Microsoft nanti mampu bersaing dengan konsol PlayStation 2 dari segi jualan dan minat para pembangun permainan video untuk membangun permainan video[4]. Pada ketika itu, mereka telah berjumpa dengan Ed Fries, ketua bagi bahagian permainan video Microsoft untuk mengemukakan idea konsol DirectX Box, yang berasaskan kepada teknologi DirectX yang dibangunkan oleh kumpulan Berkes[5].

              Pada bulan Mac 2000, semasa dalam acara Game Developers Conference, ketua eksekutif Microsoft Bill Gates telah mengumumkan yang Microsoft akan memasuki dunia konsol permainan video dengan pengenalan konsol pertama mereka iaitu Xbox[6]. Konsol ini merupakan konsol pertama yang menggunakan cakera keras dan sambungan jalur lebar terbina pertama[5]. Pada bulan yang sama juga, rekod menunjukkan konsol PlayStation 2 mencatatkan jualan yang memberangsangkan manakala jualan konsol Sega Dreamcast pula semakin merosot[7]. Bill Gates juga pernah didatangi presiden Sega Isao Okawa beberapa kali untuk berbincang mengenai kemungkinan pemindahan aset-aset Sega ke Xbox yang juga akan membolehkan pengguna konsol Dreamcast bermigrasi ke konsol XboxRalat petik: Tag <ref> tidak sah; nama-nama tidak sah, misalnya terlalu banyak. Namun begitu, perbincangan ini tidak menjadi kenyataan apabila pihak Microsoft tidak bersetuju dengan cadangan Isao untuk memasukkan fungsi sambungan ke Internet untuk permainan video yang dikeluarkan untuk konsol Dreamcast[8].

              Sambutan terhadap konsol keluaran Microsoft ini semakin meningkat setelah Microsoft membeli syarikat pembangun permainan video Bungie Studio yang terkenal dengan siri permainan video Halo. Pada tahun 1999, pembangun Bungie Studio melancarkan permainan video Halo kepada umum yang boleh dimainkan menggunakan platform Windows atau Mac OS X[6]. Pembelian ini membolehkan pihak Microsoft menggunakan siri permainan video Halo sebagai yang ekslusif hanya untuk konsol Xbox.

              Bill https://es.pornhub.com/gaypornGates melancarkan konsol Xbox secara rasmi kepada umum semasa acara Consumer Electronics Show pada tahun 2001 bersama peninju WWE jemputan The Rock dengan permainan video rasmi pertama untuk konsol ini ialah Halo: Combat Evolved[7].

              Spesifikasi sunting

              Perkakasan sunting

              Konsol Xbox merupakan konsol permainan video pertama yang memiliki cakera keras terbina, kegunaan utamanya adalah untuk menyimpan data mengenai permainan video yang sedang dimainkan dan kandungan yang di muat turun dari perkhidmatan atas talian Xbox Live. Ciri-ciri ini membolehkan konsol ini tidak lagi menggunakan kad memori sebagai tempat penyimpanan data, seperti yang digunakan dalam konsol PlayStation 2. Pengguna Xbox juga boleh memuat turun lagu-lagu dari CD audio standard ke cakera keras terbina, dan lagu-lagu ini juga boleh digunakan sebagai senarai lagu yang dimainkan ketika bermain permainan video[9].

              Sistem teras
              Cip mikropemproses Micro-PGA2 32-bit (berteraskan Pentium III) berkelajuan 733 MHz
              RAM 64 MB DDR SDRAM
              RAM video 64 MB DDR SDRAM (berkongsi dengan memori utama)
              Grafik dan suara
              Palet warna 32-bit
              Resolusi skrin 480i, 480p, 576i, 576p, 720p, 1080i
              Saluran audio Dolby Surround
              Dolby Digital 5.1
              DTS Surround


              Rujukan sunting

              1. ^ O'Brien, Jeffrey M. (2011). "The Making of the Xbox". Wired. Condé Nast. Dicapai pada 17 April 2013. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
              2. ^ "Gamers Catch Their Breath as Xbox 360 and Xbox Live Reinvent Next-Generation Gaming". Microsoft. 2006-05-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-21. Dicapai pada 2009-03-30.
              3. ^ Morris, Chris (2006-05-09). "Grand Theft Auto, Halo 3 headed to Xbox 360". CNN. Dicapai pada 2008-07-16.
              4. ^ Dudley, Brier (24 Mei 2011). "Exclusive: Microsoft loses last Xbox founder, mobile PC visionary". The Seattle Times. Dicapai pada 21 Oktober 2015.
              5. ^ a b "A brief history of the Xbox". Lazy Gamer. 17 September 2014. Dicapai pada 21 Oktober 2015.
              6. ^ a b Goss, Patrick (15 November 2011). "Ten years of Xbox: a brief history". Tech Radar. Dicapai pada 21 Oktober 2015.
              7. ^ a b Griffith, Eric (21 November 2013). "The Story Behind the Xbox". PC Mag. Dicapai pada 21 Oktober 2015.
              8. ^ Yam, Marcus (16 Januari 2010). "Sega Wanted Xbox to Play Dreamcast Games". Kotaku. Dicapai pada 21 Oktober 2015.
              9. ^ "Ripping and Running CDs". IGN. 2 November 2001. Dicapai pada 21 Oktober 2015.
              Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "sejarah4" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.


              Pautan luar sunting