Xiomara Acevedo
Xiomara Acevedo merupakan seorang aktivis perubahan iklim Colombia. Sebagai pengasas dan CEO sebuah NGO yang bernama Barranquilla +20, beliau telah memperjuangkan pemasukan suara golongan wanita dan golongan muda dalam keadilan iklim.
Xiomara Acevedo | |
---|---|
Warganegara | Colombia |
Pekerjaan | Aktivis perubahan iklim |
Majikan | Barranquilla +20 |
Kerjaya
suntingAcevedo mengasaskan Barranquilla +20 pada 2012 dan beliau juga memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (setakat 2022).[1][2] Barranquilla +20 merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang diketua oleh belia dan usaha mereka berfokus kepada aktivisme iklim dan environmentalisme di Barranquilla dan seluruh Amerika Latin.[3][4]
Acevedo juga merupakan salah seorang pengasas bersama "El Orinoco se adapta" (Orinoco mengadaptasi), satu rangkaian yang menggunakan pendekatan berasaskan jantina untuk menangani dan mengadaptasi terhadap perubahan iklim di kawasan semula jadi Orinoquía.[2][5]
Pada 2015, Acevedo berkerja dengan Tabung Alam Sedunia di Paraguay.[6]
Dari 2016 hingga 2019, Acevedo berkhidmat sebagai seorang pakar perubahan iklim dalam kerajaan Nariño, Colombia, dan beliau diberikan tanggungjawab untuk menyelaraskan dasar perubahan iklim di Nariño.[6][7]
Pada 2021, Acevedo telah menyertai Persidangan Perubahan Iklim PBB 2021 (COP26), sebagai salah satu wakil Wanita dan Jantina (bahasa Inggeris: Women and Gender Constituency ).[8] Dalam persidangan tersebut, beliau mengatakan bahawa hak wanita adalah penting dalam mencapai keadilan iklim.[8]
Acevedo juga merupakan pengarah bagi projek Women for Climate Justice (projek Barranquilla +20), satu inisiatif yang dilancarkan pada 2021 dan menekankan kepimpinan iklim wanita muda di seluruh Colombia.[1][9][10] Barranquilla +20 telah dianugerahkan $50,000 bagi projek tersebut oleh Yayasan Bill & Melinda Gates pada 2021.[1][11][12]
Acevedo turut merupakan salah seorang anggota jawatankuasa pandu bagi Global Youth Biodiversity Network[1][13] dan Jawatankuasa Tabung Belia bagi Global Youth Climate Action Fund.[14]
Kehidupan peribadi
suntingAcevedo berasal dari Barranquilla, Colombia.[1][9]
Acevedo merupakan bekas pelajar Universidad del Norte, Colombia, di mana beliau mendapat ijazahnya dalam hubungan antarabangsa.[11][13] Acevedo juga mengambil kursus pembiayaan iklim di Sekolah Kewangan dan Pengurusan Frankfurt.[1]
Rujukan
sunting- ^ a b c d e f "Speaker Details | The New York Times Climate Hub". climatehub.nytimes.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-03.
- ^ a b "Xiomara Acevedo | One Young World". www.oneyoungworld.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-03.
- ^ "Ambassador Spotlight: March 2021". www.oneyoungworld.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-03.
- ^ "Proyectos". barranquillamas20.com (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 2022-04-04.
- ^ "El Orinoco se Adapta". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-04.
- ^ a b "Acevedo, Xiomara – GNHRE" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-03.
- ^ "Xiomara Acevedo Navarro | Green Growth Knowledge Platform". www.greengrowthknowledge.org. Dicapai pada 2022-04-03.
- ^ a b Dazed (2021-11-04). "The young women activists fighting to make COP26 more feminist". Dazed (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-03.
- ^ a b Tiempo, Casa Editorial El (2022-03-06). "Las mujeres que luchan por el cuidado del medio ambiente en el Atlántico". El Tiempo (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 2022-04-03.
- ^ Espectador, El (2022-03-26). "Las mujeres jóvenes que buscan la justicia climática en Colombia". ELESPECTADOR.COM (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 2022-04-04.
- ^ a b Tiempo, Casa Editorial El (2021-04-12). "Barranquilla +20, única de Latinoamérica escogida por Fundación Gates". El Tiempo (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 2022-04-04.
- ^ Zaidi, Anita (29 Mac 2021). "Announcing Gates Foundation Generation Equality Forum Youth Grantees". LinkedIn. Dicapai pada 3 April 2022.
- ^ a b "Steering Committee". GYBN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-04.
- ^ "Xiomara Acevedo – Global Youth Climate Action Fund" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-04.