Profesor Datuk Dr Yaakob Che Man adalah bekas Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM).Yaakob merupakan seorang Tokoh Maulidur Rasul 2010.

Yaakob Che Man
Kelahiran1954 (1954)
Kampung Pulau Musang, Kuala Terengganu, Terengganu
Meninggal dunia15 Julai 2012(2012-07-15) (umur 57–58)
Sebab kematiankanser pankreas
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Sungai Merab, Bangi, Selangor
PekerjaanBekas Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putra Malaysia
PasanganWan Jamilah Abdullah
Anak-anak8

Beliau berasal dari Kampung Pulau Musang, Kuala Terengganu Terengganu. Isterinya Wan Jamilah Abdullah dan mereka mempunyai lapan anak serta seorang cucu.

Meninggal dunia sunting

Pada 15 Julai 2012, Yaakob Che Man meninggal dunia akibat kanser pankreas pada usia 58 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada kira-kira 3.45 petang. Sejak awal 2012 , beliau dimasukkan ke wad Onkologi HUKM bagi menerima rawatan. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab, Bangi, Selangor.[1]

Rujukan sunting