Yandere Simulator ialah permainan video aksi hendap yang dalam perkembangan dan diterbitkan oleh YandereDev (nama pemaju). Peringkat perkembangan awal permainan ini dibina boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi.[1][2] Teras permainan ini bertumpukan seorang murid yang mabuk kepayang (cinta), iaitu Ayano Aishi yang digelar Yandere-chan (daripada istilah Bahasa Jepun, "yandere"). Ayano akan menghapuskan sesiapa sahaja yang dipercayai memonopoli perhatian lelaki yang disukainya.

Logo terkini Yandere Simulator.

[3] Yandere FM Adalah Sebuah Radio Mempunyai Frekuensi radio Di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor Dan Johor

Morning Yandere - Ayano Aishi 6Pg - 10Pg

Yandere 10-4 - Ryoba Aishi 10Pg - 4Ptg

Yandere Petang - Osana Najimi 4Pg - 7Mlm

8 PM Yandere - Taro Yamada 8Mlm - 12Pg


Watak-watak utama sunting

Info-chan sunting

Disuarakan oleh: Cayla Martin

Dalam permainan semasa, tidak banyak yang diketahui tentang Info-chan setakat ini, kecuali dia mempunyai reputasi yang buruk kerana menjual rahsia gelap dan melihat sekilas seluar dalam, dan mahu Osana menderita. Bolehlah disimpulkan bahawa dia ialah watak yang nakal, menghasut pembunuhan, suka mengintai, gosip, membuli, dan sikap acuh tak acuhnya terhadap orang lain. Dia barangkali mempunyai darjah moral yang sangat rendah, dan boleh dikatakan sosiopatik dan/atau sadis. Dia mempunyai persona "Jahat," yang bermakna, sebagai watak tidak boleh dimainkan (non-playable character, NPC), dia menggalakkan aktiviti jenayah. Dia seorang yang sangat licik.

Yandere-chan sunting

Disuarakan oleh: Michaela Laws

Ayano Aishi atau lebih dikenali sebagai Yandere-chan, ialah protagonis Yandere Simulator. Dia seorang gadis sekolah tinggi beremosi yang tidak pernah tahu bagaimana untuk mencintai seseorang sehinggalah dia bertemu dengan seorang pelajar atasan, yang dipanggil "Senpai". Dia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian senpai.

Senpai sunting

Disuarakan oleh: Austin Hively

Taro Yamada, lebih dikenali sebagai Senpai, ialah buah hati pemain. Sama seperti Yandere-chan, Senpai mempunyai rambut hitam kekelabuan dan mata kehitaman. Dia seorang lelaki biasa yang mendapat gred purata. Senpai jenis yang penyendiri dan dia suka menghabiskan masanya dikelilingi alam semula jadi. Senpai tidak akan menerima luahan cinta daripada seorang gadis dengan reputasi yang rendah. Jika seorang gadis bercakap dengannya dan tidak datang ke sekolah selama beberapa hari (dan barangkali kembali tidak lama lagi), dia tidak akan menerima luahan tersebut. Dia berpendapat gadis yang ponteng sekolah ialah samseng. Jika pelajar mati selepas bercakap dengan dia, dia barangkali akan tertanya-tanya adakah dia disumpah.

Watak-watak lain sunting

Osana Najimi sunting

Disuarakan oleh: Brittany Lauda

Osana Najimi ialah musuh yang pertama daripada 10 musuh Yandere-chan, dan juga akan digunakan sebagai saingan bimbingan. Dipaparkan dalam pendahuluan bahawa Info-chan menyimpan niat jahat terhadapnya dan menganggapnya mencurigakan. Pada minggu pertama, dia mesti dihapuskan, atau dia akan meluahkan perasaannya kepada Senpai. Osana Najimi berkebarangkalian seorang Tsundere dalam kemas kini yang akan datang, kerana Senpai tidak akan tahu perasaan sebenarnya walaupun dia sangat rapat dengannya, dan Senpai mungkin mendengar Yandere-chan melakukan tingkah laku yandere.

Pembangunan sunting

Nama pengarang YandereDev ialah Alex. Beliau seorang pemaju permainan bebas di California, Amerika dan telah bekerja di sebuah syarikat permainan video selama 3 tahun. Pada bulan April 2014, YandereDev mengambil idea untuk membuat Yandere Simulator, dan ia mendapat sambutan positif yang sangat memberangsangkan, lantas beliau memutuskan untuk mula membangunkannya. Permainan ini ialah satu permainan hendap yang meminjam banyak unsur daripada siri Hitman, tetapi mempunyai banyak "simulasi persekolahan" unsur-unsur permainan dan banyak pilihan permainan yang menjadikannya agak berlainan daripada Hitman.

Pembangunan Yandere Simulator bermula dalam tahun 2014 dan YandereDev telah mengeluarkan ujian membina permainan untuk tujuan penyahpepijatan. Beliau secara berkala mengemaskininya dengan menambah unsur-unsur permainan seperti keupayaan untuk meracun musuh, merenjat musuh, melemaskan musuh, mencuri pakaian seragam pelajar perempuan lain untuk ditukar selepas melakukan pembunuhan, berkawan dengan pelajar sekolah lain, permainan mini kecil, pemain boleh berbasikal di sekitar bandar dalam dan unsur-unsur lain. Kemas kini yang selanjutnya akan membolehkan pengguna melakukan lebih banyak tugas-tugas yang membolehkan mereka memeras ugut atau membunuh rakan sekelas.

Rujukan sunting

  1. ^ Vincent, Brittany (15 Mac 2015). "VIDEO: "Yandere Simulator" Puts The Crazy In Your Hands". Crunchyroll. Dicapai pada 2016-01-10.
  2. ^ Makedonski, Brett (1 April 2015). "YouTube bans Yandere Simulator anime panty shots, commenters are pissed". Destructoid. ModernMethod. Dicapai pada 2016-01-10.
  3. ^ Ashcraft, Brian (30 Mac 2015). "The Schoolgirl Sim In Which You Kill People". Kotaku. Gawker Media. Dicapai pada 2016-01-10.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.