Kitab Yehezkiel

(Dilencongkan dari Yehezkiel)

Kitab Yehezkiel dituliskan berdasarkan nama nabi besar Yehezkiel (dalam bahasa Ibrani יחזקאל Yekhezkel), seorang nabi dalam Perjanjian Lama. Dalam al-Quran pula, nabi ini juga dikenali dengan nama Nabi Zulkifli a.s. atau Hizqil.

Isi kitab sunting

Kitab Yehezkiel dibahagikan dalam empat bahagian yang penting iaitu:

  1. Peringatan kepada umat Israel bahawa Allah akan menghakimi mereka dan bahawa Baitulmaqdis akan jatuh dan hancur.
  2. Pesan dari Tuhan bahwa Ia akan menghakimi bangsa-bangsa yang menindas dan menyesatkan umat-Nya.
  3. Penghiburan bagi Israel setelah jatuhnya Jerusalem, dan janji tentang masa depan yang cerah.
  4. Gambaran Yehezkiel tentang Kuil Suci dan bangsa yang diperbaharui.

Yehezkiel adalah seorang lelaki yang teguh akan imannya dan hebat daya khayalannya. Sebahagian besar dari pesanannya didapati melalui penglihatan, dan dinyatakannya dengan perbuatan yang merupakan lambang yang jelas bagi bangsa Israel. Yehezkiel menekankan perlunya pembaharuan hati dan jiwa, serta tanggungjawab setiap orang atas dosa-dosanya sendiri. Ia juga menyatakan harapannya akan pembaharuan hidup bagi bangsa Israel. Sebagai imam dan juga selaku nabi, Yehezkiel memberi perhatian khusus kepada Kuil Suci dan pentingnya hidup menurut kehendak Tuhan.

Rujukan sunting

  • Pengantar Alkitab Lembaga Alkitab Indonesia, 2002.