YBhg Tan Sri Zainal Rampak dikenali sebagai Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang lantang menyuarakan nasib pekerja di sektor swasta .

Fail:Zainal Rampak.jpg
Zainal Rampak

Pemimpin kesatuan sekerja sunting

Beliau terlibat Kesatuan Sekerja lebih dari 40 tahun.Beliau menjadi Setiausaha agung Kesatuan Sekerja Pengangkutan (TWU). Kemudian menjadi Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada 1985-2006 .Dari 1972 beliau menjadi Pengerusi Belia cawangan MTUC , menanjak naik menjadi Naib Presiden dan Timbalan Presiden MTUC. Peranan beliau semakin penting apabila dijemput hadir dalam International Confederation of Free Trade Unions (ICFTU). Beliau masih lagi menjadi Ketua Pengarah ICFTU Asian and Pacific Regional Organization (ICFTUATUC).

Zainal Rampak juga menjadi Pengerusi Asian and Pacific Regional Council of the International Transport Workers Federation (ITF), sebagai Setiausaha Majlis ITF Malaysia.

Zainal terpilih sebagai ahli Badan Kerajaan untuk Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada l993-1996. Beliau terpilih semula pada 1996-1999. Tahun 1999, Zainal dipilih semua sebagai ahli penuh ILO untuk pemimpin pekerja Malaysia.Semasa Persidangan ILO 2002 , beliau terpilih sebagai wakil Malaysia untuk Naib Presiden Persidangan.Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir dalak persidangan itu.

ICFTU mengiktiraf keupayaan Zainal lalu melantik beliau sebagai penyelaras bagi Kumpulan Pekerja ILO bagi Asia-Pasifik.Beliau juga Ahli Jawatankuasa Pemandu dan Jurucakap Rasmi (Kumpulan Pekerja) Program Antarabangsa Penghapusan Buruh Kanak-kanak (ILO-IPEC). Zainal juga pernah berkhidmat sebagai Jurucakap Rasmi (Kumpulan Pekerja) untuk Jawatankuasa Perusahaan Multinasional ILO. Beliau adalah juga Naib Pengerusi Lembaga Kesatuan Sekerja itu untuk ILO Turin, Itali dan juga Ahli Lembaga Pusat Latihan Antarabangsa ILO di Turin, Itali.


Zainal telah dipilih sebagai Pengerusi Kesatuan Majlis Perdagangan Komanwel pada tahun 2002 dan juga merupakan Pengerusi Persekutuan Kesatuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa Rantau Asia Pasifik selama lapan tahun sejak tahun 2002.

Perjuangkan nasib pekerja sunting

  1. Pada 29 Disember 2010, Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Semenanjung Malaysia (PMBOA) menggesa Datuk Zainal Rampak mengemukakan bukti berhubung dakwaan penggunaan alat ganti tiruan pada kalangan pengusaha bas .Zainal Rampak mendakwa syarikat pengusaha bas lebih cenderung menggunakan alat ganti tiruan kerana ia dapat meminimumkan kos syarikat dan lebih mudah didapati.[1]
  2. Pada 22 November 2001, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Senator Zainal Rampak menjelaskan bahawa majikan yang tidak mematuhi arahan kerajaan 'cuti kelepasan am' jelas tidak menghormati kemangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn mwenyatakan bahawa majikan boleh didakwa dan didenda tidak lebih RM10,000 sekiranya tidak mematuhi arahan itu.[2]
  3. Pada 27 Februari 2010,Zainal Rampak selaku Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan (TWU) meminta kerajaan menghapuskan sistem trip perjalanan yang dilaksanakan oleh pengusaha bas ekspres bagi mengelakkan 'pemandu pelesit' berleluasa.Sistem itu menyebabkan kebanyakan pemandu yang bukan di bawah kesatuan tidak mempunyai gaji pokok dan hanya berdasarkan pada jumlah trip semata-mata. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Puspakom, Polis dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) perlu berbincang bersama bagi mencari menyelesaikan masalah ini.[3]
  4. Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia, Datuk Zainal Rampak menyeru majikan mematuhi dasar gaji minimum . Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah memohon gaji minimum sebanyak RM1,200 sejak awal tahun 90-an lagi, namun dikurangkan kepada RM900 atas desakan majikan yang menyatakan kadar yang diminta oleh MTUC adalah terlalu tinggi. Gaji minimum yang sepatutnya adalah RM1,500 dan bukannya RM900 . [4]
  5. Pada 16 Februari 2012,Setiausaha Agung TWU, Datuk Zainal Rampak kecewa apabila Pengerusi Kesatuan Pekerja Westports Malaysia, Megat Zamri Megat Abdul Aziz telah diberhentikan kerja secara tidak adil . Kesatuan Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU) menggesa Kementerian Sumber Manusia menyiasat Westports Malaysia berhubung pemecatan ke atas .[5]


Anugerah sunting

Zainal telah menerima beberapa anugerah sebagai menghargai perkhidmatan beliau kepada Pekerja dan masyarakat umum. Beliau dianugerahkan KMN (Kesatria Mangku Negara atau Kepimpinan Cemerlang Negara) oleh Yang DiPertuan Agung pada Jun, l997. [6]

Beliau telah dilantik sebagai Senator pada bulan Disember (l998-2005) dan diberikan gelaran 'Dato' pada tahun 1999. Sebagai menghargai perkhidmatan beliau yang tidak ternilai untuk kesejahteraan pekerja, MTUC memberi Zainal gelaran 'Bapa Pekerja Malaysia' pada 1 Mei 1997.

Pada tahun 2012, Zainal Rampak, beliau dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang membawa gelaran Tan Sri.[perlu rujukan]


Kini Zainal Rampak adalah Pengerusi Kolej Pekerja (WIT), sebuah kolej teknikal dan vokasional yang telah ditubuhkan oleh Kesatuan Pekerja Pengangkutan pada tahu 1977.

Isu dan kontroversi sunting

Saman terhadap The Sun sunting

Pada 7 Julai 2010, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak dengan kos tuntutan saman fitnah RM150 juta oleh bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Zainal Rampak terhadap akhbar The Sun dan dua lagi berhubung penyiaran satu artikel pada 2000. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad berhujah bahawa artikel bertajuk 'Step down or shut up' itu tidak mempunyai unsur fitnah. Defendan-defendan juga mempunyai tanggungjawab moral dan sosial untuk mendedahkan kebenaran mewakili kepentingan sembilan juta pekerja. [7]

Rujukan sunting