Zaman Besi
- Rencana ini adalah mengenai zaman arkeologi yang dikenali sebagai Zaman Besi; untuk Zaman Besi mitologi, sila lihat Zaman Manusia.
Dalam bidang arkeologi, Zaman Logam ialah tingkat perkembangan mana-mana masyarakat yang menggunakan alat-alat besi seperti perkakas dan senjata secara ketara. Penggunaan bahan ini kebetulan dengan perubahan-perubahan yang lain di sesetengah masyarakat purba, seringnya diiringi oleh pengamalan pertanian, kepercayaan agama, dan gaya kesenian yang berbeza-beza, walaupun tidak semestinya.
Zaman Besi merupakan zaman utama yang terakhir selepas Zaman Gangsa dalam sistem tiga zaman yang mengelaskan masyarakat-masyarakat prasejarah. Tarikh dan konteksnya berbeza-beza, bergantung kepada negara atau kawasan geografinya. Secara klasik, Zaman Besi dianggap bermula pada abad ke-12 SM di Timur Dekat kuno, India kuno (bersama-sama Tamadun Veda Rigveda) dan Yunani (bersama-sama Zaman Kelam Yunani). Di kawasan-kawasan Eropah yang lain, Zaman Besi dimulakan lebih kemudian. Zaman Besi bermula pada abad ke-8 SM di Eropah Tengah dan pada abad ke-6 SM di Eropah Utara. Penggunaan besi untuk melebur dan menempa alat-alat muncul dalam tamadun Nok di Afrika Barat menjelang tahun 1200 SM. [1] Zaman Besi biasanya dianggap tamat di Mediterranean dengan bermulanya:
- tradisi sejarah pada Zaman Keyunanian dan Empayar Rom;
- agama Buddha dan Jainisme di India;
- Konfusianisme di China;
- Zaman Pertengahan Awal di Eropah Utara.
Zaman Besi adalah lebih kurang sama dengan tingkat ketika pengeluaran besi merupakan jenis kerja logam yang paling canggih. Kekerasan dan takat lebur yang tinggi, dengan banyaknya sumber bijih besi, menyebabkan besi lebih diingini dan "lebih murah" berbanding dengan gangsa, dan amat menyumbangkan kepada penerimaannya sebagai logam yang paling biasa digunakan. Pengenalan penggunaan besi untuk berbagai-bagai bidang disenaraikan di bawah mengikut urutan kronologi secara umum. Oleh sebab penggunaan besi diperkenalkan secara langsung kepada Amerika dan Australasia melalui penjajahan Eropah, tidak adanya sebarang Zaman Besi di kedua-dua lokasi tersebut.
Nota
sunting- ^ Duncan E. Miller dan N.J. Van Der Merwe, 'Early Metal Working in Sub Saharan Africa' Journal of African History 35 (1994) 1-36; Minze Stuiver and N.J. Van Der Merwe, 'Radiocarbon Chronology of the Iron Age in Sub-Saharan Africa' Current Anthropology 1968.
Rujukan
sunting- Barnes, Gina L. 2001. State Formation in Korea: Historical and Archaeological Perspectives. Curzon, London.
- Kim, Do-heon. 2002. Samhan Sigi Jujocheolbu-eui Yutong Yangsang-e Daehan Geomto [Kajian Pola-pola Taburan Kapak Besi Tuang pada Zaman Samhan]. Yongnam Kogohak [Majalah Resensi Arkeologi Yongnam] 31:1-29.
- Lee, Sung-joo. 1998. Silla - Gaya Sahoe-eui Giwon-gwa Seongjang [Kebangkitan dan Pertumbuhan Masyarakat Silla dan Gaya]. Hakyeon Munhwasa, Seoul.
- Taylor, Sarah. 1989. The Introduction and Development of Iron Production in Korea. World Archaeology 20(3):422-431.
- Yoon, Dong-suk. 1989. Early Iron Metallurgy in Korea. Ulasan arkeologi Cambridge 8(1):92-99.
Lihat juga
suntingPautan luar
sunting- Laman web ResourceforHistory: Britain Celt – tapak dengan tumpuan kepada Britain Zaman Besi
Error: tiada nama laman disertakan (help).