Senarai doa dan selawat Yahudi

rencana senarai Wikimedia

Berikut disenaraikan beberapa bacaan sembahyang, doa serta selawat Ibrani dalam agama Yahudi yang dibaca oleh ramai orang Yahudi. Kebanyakan bacaan dan selawat boleh didapati dalam Siddur, iaitu buku sembahyang dan doa Yahudi. Rencana ini membincangkan doa permohonan berkat dalam sembahyang Yahudi, yang biasanya bermula dengan:

בָּרוּךְ אַתָּה יהוה אֱלֹהֵינוּּ, מֶלֶך הָעוֹלָם...

Alih huruf: Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam...

Terjemahan: "Terpujilah Engkau, TUHAN, Allah kami, Raja alam semesta..."

Sebutan sunting

Dalam transliterasi di bawah, ' digunakan untuk merujuk kepada e pepet, yang bersamaan dengan ə; alif pertengahan perkataan, hentian glotis; dan ain di tengah perkataan, bunyi geseran rengkung bersuara ʕ yang setara dengan ع Arab. Setiap kali ` digunakan, ia merujuk kepada ain tanpa mengira awal, pertengahan atau hujung perkataan. 'H/h' digunakan untuk melambangkan kedua-dua huruf he, bunyi h seperti dalam "hidung"; dan huruf ḥes, bunyi geseran rengkung tanpa suara ħ bersamaan dengan ح Arab. Setiap kali 'ḥ' digunakan, ia merujuk kepada ḥes. Resy dilambangkan dengan 'r,' walaupun ia bersamaan dengan bahasa "r" Sepanyol, "rr" Sepanyol, atau "r" Perancis bergantung pada dialek seseorang. Dalam semua hal lain, transliterasi adalah mengikut sebutan Ibrani moden, berdasarkan tradisi Sefardi, dan diolah mengikut ejaan baku bahasa Melayu.

Doa harian sunting

Bangun pagi sunting

Modeh Ani מודה אני Modeh Ani ialah doa ringkas yang dibacakan terus selepas bangun pagi. Mensyukuri Tuhan atas semua yang Dia lakukan.
Elohai Nesyamah אלהי נשמה Mensyukuri Tuhan kerana mengembalikan roh di pagi hari. Dibaca selepas membasuh tangan dan selawat Asyer Yatzar.
Permohonan Berkat ke atas Taurat ברכות התורה Mensyukuri Tuhan kerana memberi Taurat dan memohon berkat untuk ayat-ayat Taurat yang akan dipelajari untuk hari itu. Diikuti dengan beberapa petikan pendek daripada Taurat dan Misynah (dalam beberapa adat, disusuli terus dengan Seder Korbanot, yang juga merupakan ayat-ayat petikan Taurat).
Selawat pagi ברכות השחר Selawat syukur kepada Tuhan atas kebanyakan keperluan asas kehidupan kita (penglihatan, pakaian, pergerakan dll.)
Seder Korbanot סדר הקרבנות Menceritakan turutan kegiatan dalam upacara di Bait Suci. Termasuk menceritakan korban harian daripada Kitab Bilangan dan bab 5 Zevakhim yang mengandungi senarai semua jenis korban yang telah diberikan.
13 midot oleh Rabai Yishmael ברייתא דרבי ישמעאל Petikan pembelajaran Hukum-hakam Lisan. Ia senarai 13 prinsip yang Rabai Yishmael dahulu gunakan untuk mentafsirkan Taurat.

Pesukei d'zimra sunting

Doa-doa ini adalah doa pembuka sembahyang pagi. Berikut adalah tertib yang digunakan dalam mazhab Ashkenaz:

Mizmor Shir מזמור שיר Mazmur 30. Dibacakan dalam sembahyang Ashkenaz Timur pada permulaan Pesukei Dezimra. Dalam sembahyang Ashkenaz Barat, serta mengikut adat Vilna Gaon, ia tidak dibaca langsung dalam Pesukei D'Zimra.
Barukh Sheamar ברוך שאמר Selawat pertama Pesukei Dezimra
Lagu-lagu kesyukuran Perenggan-perenggan Pesukei Dezimra. Termasuk Mazmur 100.
Yehi kevod יהי כבוד Rangkap-rangkap yang dibacakan semasa Pesukei Dezimra
Asyrei אשרי Dibaca tiga kali setiap hari: semasa Pesukei Dezimra, sebelum Uva Letzion, dan pada permulaan Minkha (dalam sembahyang mazhab Ashkenaz, ia sebaliknya dibacakan dalam Ne'ila pada Yom Kippur)
Hallel (pesukei dezimra) הלל Termasuk Asyrei dan Mazmur 146, 147, 148, 149 dan 150
Barukh Hasyem L'Olam ברוך ה לעולם Dibaca sebagai selawat selepas mengakhiri Hallel
Vayivarekh David ויברך דוד Daripada Tawarikh Kitab I, Bab 29, ayat 10–13
Ata Hu Hasyem L'Vadekha אתה-הוא יהוה לבדך Daripada Kitab Nehemia, Bab 9, ayat 6–11
Az Yasyir אז ישיר Daripada Kitab Keluaran 15:1–18
Yisytabakh ישתבח Selawat penutup Pesukei Dezimra

Syema dan selawat-selawatnya sunting

Syema dibaca setiap hari semasa syakharit (pagi) and maariv (senja). Sebelum syema akan selalu ada dua selawat tetapi selepas Syema waktu siang hanya ada satu selawat, dan pada waktu malam ada dua (atau tiga dalam sesetengah komuniti).

Yotzer ohr יוצר אור Selawat pertama yang dibaca sebelum Syema waktu syakharit
Maariv Aravim מעריב ערבים Selawat pertama yang dibaca sebelum Syema waktu maariv
Ahava Rabbah אהבה רבה Selawat kedua yang dibaca sebelum Syema waktu syakharit (sesetengah komuniti memulakan selawat ini dengan "Ahavat Olam")
Ahavat Olam אהבת עולם Selawat kedua yang dibaca sebelum Syema waktu maariv
Syema Yisrael שמע ישראל Syema terdiri daripada tiga seksyen daripada Taurat. Ia merupakan bahagian terpenting sembahyang Yahudi yang menegaskan kepercayaan dan iman kepada Tuhan yang Esa.
Emet Veyatziv אמת ויציב Satu-satunya selawat yang dibaca selepas Syema waktu syakharit
Emet V'Emunah אמת ואמונה Selawat pertama yang dibaca selepas Syema waktu maariv
Hasykiveinu השכיבנו Selawat kedua yang dibaca selepas Syema waktu maariv
Barukh Adonai L'Olam ברוך ליהוה לעולם Selawat ketiga yang dibaca selepas Syema waktu Maariv. Selawat ini hanya diucapkan oleh sesetengah komuniti, kebanyakannya di luar Israel. Ia digugurkan oleh majoriti komuniti di Israel dan kini tidak dibaca oleh sesiapa pun pada hari Sabat atau Yom Tov, namun dalam sejarah dahulu ia dibaca oleh sesetengah komuniti pada Sabat.

Amidah sunting

"[Sembahyang] berdiri", juga dikenali sebagai Syemoneh Esreh ("Lapan Belas"), mengandungi 19 rangkap pada hari Isnin hingga hari Jumaat dan tujuh pada hari-hari Sabat dan 9 pada Rosy ha-Syana Mussaf. Ia komponen penting ibadat Yahudi, dan merupakan satu-satunya ibadat yang Talmud panggil sembahyang. Ia dibaca tiga kali sehari (empat kali pada Sabat dan hari cuti, dan lima kali pada Yom Kippur). Amidah mungkin berasal daripada cerminan korban yang dilakukan di Bait Suci atau sebagai penghormatan sempena nenek moyang Yahudi.

Amidah terbahagi kepada 3 bahagian, pujian untuk Tuhan, permohonan untuk apa kita perlu (atau mengangkat kesucian hari untuk Sabat dan Yom Tov) dan akhirnya selawat kesyukuran.

Pujian sunting

Avot אבות Selawat pertama Amidah, dan menceritakan Tuhan memilik nenek moyang Yahudi, dan perlindungan Tuhan terhadap mereka. Banyak komuniti bukan Ortodoks memasukkan wanita yang berkaitan dengan nenek moyang Yahudi dalam selawat ini.
Gevurot גבורות Selawat kedua Amidah, menceritakan kekuasaan Tuhan dan penguasaan Tuhan ke atas alam semesta.
Kedusyat Hasyem קדושת יהוה Selawat ketiga Amidah, menegaskan kekudusan Tuhan. Semasa pengulangan Amidah, Kedusyah ditambah.

Selawat pertengahan sunting

Isnin hingga Jumaat terdapat 13 selawat berkat yang memohon Tuhan untuk memenuhi keperluan kita. Sebilangan kecil rabai, seperti David Bar-Hayim berdasarkan serpihan dari Cairo Geniza membaca hanya 12 selawat. Pada hari puasa semasa zaman Talmud ditulis, terdapat beberapa selawat tambahan, dan dalam komuniti-komuniti hari ini selawat ke-14 ditambahkan pada pengulangan Khazzan pada hari puasa.

Daat דעת Meminta kebijaksanaan dan kefahaman.
Tesyuva תשובה Meminta Tuhan untuk membantu kita pulang kepada cara hidup Taurat.
Selikha סליחה Memohon pengampunan Tuhan.
Geula גאולה Memohon agar Tuhan menyelamatkan orang-orang Yahudi daripada kesusahan. Pada hari puasa semasa pengulangan Amidah, Aneinu dibaca bersamanya.
Refua רפואה Meminta kesihatan yang baik.
Birkat Hasyanim ברכת השנים Meminta berkat untuk hasil bumi, juga hujan yang diperlukan untuk mengekalkan kehidupan. Juga untuk meminta pendapatan. Semasa musim kemarau, bacaan khas untuk meminta hujan ditambah.
Kibutz Galuyot קבוץ גלויות Meminta Tuhan untuk membawa orang Yahudi kembali daripada Pembuangan ke Israel.
Misypat משפט Meminta Tuhan untuk menghakimi kita dengan adil dan mengembalikan para hakim kepada Israel.
Minim מינים Meminta untuk memusnahkan mazhab sesat dan pengadu domba. Selawat ini tambahan lewat kepada Amidah, dan merupakan selawat ke-19.
Tzadikim צדיקים Meminta Tuhan untuk menolong dan menyokong orang yang soleh.
Boneh Yerusyalayim בונה ירושלים Meminta agar Baitulmuqaddis dibina semula dan kembali kepada kegemilangannya dahulu. Pada Tisya B'av doa Nakhem ditambahkan di sini.
Malkhut bet David מלכות בית דוד Meminta kerajaan dikembalikan semula dan keturunan Daud menjadi raja. Dalam tradisi Palestin, selawat ini digabungkan dengan selawat sebelum ini untuk mengekalkan 18 selawat.
Syome'a tefilla שומע תפילה Meminta Tuhan mengabulkan doa. Sebarang permintaan tambahan boleh ditambah dalam selawat ini. Pada hari puasa Aneinu ditambahkan di sini dalam doa senyap.

Pada Sabat dan Yom Tov hanya ada satu selawat sahaja.

Kedusyat hayom קדושת היום Menggambarkan kekudusan hari perayaan itu. Dalam Mussaf, ia juga menggambarkan korban yang dibawa ke Bait Suci pada hari tersebut.

Semasa Mussaf Rosy ha-Syana terdapat 3 selawat di tengah, masing-masing dibina sekitar 10 ayat dari Tanakh dengan tema tertentu.

Malkhuyot מלכויות Menceritakan bagaimana Tuhan dijadikan raja dunia pada hari ini.
Zikhronot זכרונות Menyebut masa-masa yang dijanjikan Tuhan akan mengingati umat Israel.
Syofarot שופרות Menceritakan pelbagai masa dan peristiwa Syofar ditiup.

Kesyukuran sunting

Avoda עבודה Bersyukur kepada Tuhan atas pemujaan Bait Suci dan kerana menerima doa kita.
Modim מודים Kesyukuran am. Semasa Khazan mengulangi doa ini, jemaah membaca satu perenggan kesyukuran secara senyap.
Syalom שלום Bersyukur kepada Tuhan kerana membawa kedamaian ke dalam dunia. Apabila selawat Berkat Imam dibaca, ia ditambah di sini.

Penambahan semasa pengulangan sunting

Kedusyah קדושה Menyatakan kekudusan Tuhan. Dibaca semasa pengulangan Amidah
Modim d'rabanan מודים דרבנן Ucapan syukur tambahan kepada Tuhan, dibaca semasa Khazan menyebutkan Modim semasa pengulangan Amidah.
Birkat Kohanim ברכת כהנים "Selawat Imam," dibacakan oleh Kohanim setiap hari di Israel sebelum selawat untuk keamanan waktu Syakharit (dan Mussaf pada hari-hari dengan Mussaf). Di luar Israel, Yahudi Ashkenaz dan sesetengah Sefardi membacanya hanya pada Yom Tov, manakala orang Sefardi yang lain membacanya pada Sabat dan Yom Tov atau setiap hari. Walaupun di tempat mereka tidak membacanya, khazzan akan membaca versi mini untuk memperingati bacaannya ('Eloheinu ve-Elohei avoteinu barkheinu ...') pada bila-bila masa apabila ia boleh dibaca (Syakharit, Mussaf, dan pada hari puasa semasa Minkha).

Doa penutup sunting

Takhanun תחנון Doa yang diucapkan semasa Syakharit dan Minkha. Tidak dibaca pada Sabat, Yom Tov dan hari perayaan lain.
Hallel הלל Mazmur 113–118, dibacakan sebagai doa pujian dan kesyukuran pada hari raya Yahudi. Hallel dibaca sama ada sebagai Hallel Penuh atau Hallel Separa.
Syir syel yom שיר של יום Mazmur harian. Setiap hari ada bab yang berbeza untuk dibaca. Terdapat juga bab-bab istimewa yang dibaca pada beberapa hari istimewa.
Ein Keloheinu אין כאלהינו Doa berlagu yang dibacakan pada akhir sembahyang, memuji keesaan Tuhan. Sesetengah tradisi membacanya hanya pada Sabat dan perayaan, manakala yang lain membacanya setiap hari
Aleinu עלינו Aleinu memuji Tuhan kerana membenarkan orang Yahudi berkhidmat kepada-Nya, dan menyatakan harapan mereka bahawa seluruh dunia akan mengenali Tuhan dan meninggalkan penyembahan berhala.

Kaddisy sunting

Doa Aramaik yang membesarkan dan mengagungkan nama Tuhan. Terdapat lima versi kaddisy untuk tujuan yang berbeza.

Kaddisy separa חצי קדיש Versi pendek kaddisy untuk menandakan berakhirnya satu bahagian doa.
Kaddisy penuh קדיש שלם Versi kaddisy yang lebih panjang untuk menandakan berakhirnya salah satu doa utama, dan diucapkan selepas amidah.
Kaddisy yatom קדיש יתום Versi yang dibaca oleh orang yang berkabung dalam tempoh 11 bulan selepas kematian ibu bapa.
Kaddisy d'rabanan קדיש דרבנן Dibaca selepas mengaji Hukum-hakam Lisan.
Kaddisy ha-gadol קדיש הגדול Dibaca di siyum, majlis selesai mengkaji kitab agama, seperti risalah Talmud atau di pengebumian ibu bapa.

Syair tambahan yang kerap digunakan dalam doa sunting

An'im Zemirot אנעים זמירות Lebih dikenali secara rasmi sebagai "Lagu Kegemilangan," lagu ini dinyanyikan dalam kebanyakan komuniti Ashkenaz pada akhir sembahyang pagi pada Sabat. Ia juga dibacakan selepas Maariv pada Yom Kippur.
Ma Tovu מה טובו Doa hormat untuk saumaah, dibacakan pada waktu pagi apabila masuk. Dalam sembahyang Ashkenaz Barat, ia juga kadang-kadang dibacakan pada permulaan Maariv pada hari perayaan.
Adon Olam אדון עולם Syair yang membincangkan tentang pemerintahan Tuhan di dunia.
Yigdal יגדל Versi puitis 13 tiang keimanan Maimonides.

Doa-doa lain sunting

Kol Nidre כל‑נדרי Doa yang dibacakan di saumaah pada permulaan sembahyang senja pada Yom Kippur (יום כיפור), Hari Pendamaian. Ia pengisytiharan pelepasan daripada sumpah-sumpah yang diambil, untuk membebaskan jemaah daripada rasa bersalah kerana nazar yang tidak ditunaikan pada tahun sebelumnya (dan akan datang).
Kabalat Syabbat קבלת שבת Mazmur-mazmur yang dibaca sebelum Maariv pada hari Sabat untuk menyambut ratu Sabat.
Lekha Dodi לכה דודי Syair yang sering dinyanyikan sebagai sebahagian daripada kabbalat Syabat.
Hosyanot הושענות Sembahyang pada Sukkot sambil mengelilingi bimah, atau mimbar. Terdapat versi lanjutan yang dibaca pada Hosyana Rabah

Selawat mitzvot sunting

Sabat sunting

Selawat-selawat ini juga relevan dalam perayaan cuma diubah sedikit perkataannya.

Selawat Ibrani Alih huruf Melayu
Menyalakan lilin בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, אֲשֶׁר קִדְּשָׁנוּ בְּמִצְוֹתָיו, וְצִוָּנוּ לְהַדְלִיק נֵר שֶׁל שַׁבָּת. Barukh ata Adonai Eloheinu, Melekh ha'olam, asher kid'shanu b'mitzvotav v'tzivanu l'hadlik ner shel Shabbat. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, Yang telah menguduskan kami dengan perintah-perintah-Nya dan memerintahkan kami untuk menyalakan lilin Sabat.
Kiddusy (Ashkenaz) בָּרוּךְ אַתָּה יהוה אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, אֲשֶׁר קִדְּשָׁנוּ בְּמִצְוֹתָיו וְרַָצָה בָנוּ, וְשַׁבָּת קָדְשׁוֹ בְּאַהֲבָה וּבְרָצוֹן הִנְחִילָנוּ, זִכָּרוֹן לְמַעֲשֵׂה בְרֵאשִׁית. כִּי הוּא יוֹם תְּחִלָּה לְמִקְרָאֵי קֹדֶשׁ, זֵכֶר לִיצִיאַת מִצְרָיִם. כִּי בָנוּ בָחַרְתָּ וְאוֹתָנוּ קִדַּשְׁתָּ מִכָּל הָעַמִּים, וְשַׁבָּת קָדְשְׁךָ בְּאַהֲבָה וּבְרָצוֹן הִנְחַלְתָּנוּ. בָּרוּךְ אַתָּה יהוה מְקַדֵּשׁ הַשַׁבָּת. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, asher kideshanu be'mitzvotav ve'ratza banu, ve'shabbat kodsho be'ahava u've'ratzon hinchilanu, zikaron le'ma'ase vereshit. Ki hu yom techila le'mik'raei kodesh, zecher li'yziat mitzrayim. Ki vanu vacharta ve'otanu kidashta mi'kol ha'amim, ve'shabbat kodshecha be'ahava u've'ratzon hinchaltanu. Barukh ata Adonai mekadesh ha'shabbat. Terpujilah Engkau, Tuhan Allah kami, Raja Alam Semesta, Yang telah menguduskan kami dengan perintah-perintah-Nya, dan mengharapkan kami, dan dengan kasih dan niat memberikan kami Sabat suci-Nya, sebagai peringatan kepada perbuatan Penciptaan. Ia yang pertama antara perayaan-perayaan suci, memperingati pengeluaran dari Mesir. Kerana Engkau telah memilih kami, dan menguduskan kami, daripada semua bangsa, dan dengan kasih dan niat Engkau telah memberikan kami Sabat Kudus-Mu. Terpujilah Engkau, Adonai, Penyuci Sabat.
Selawat utama Havdalah (Ashkenaz) בָּרוּךְ אַתָּה יהוה אֱלֹהֵינוּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, הַמַּבְדִּיל בֵּין קֹדֶשׁ לְחוֹל, בֵּין אוֹר לְחשֶׁךְ, בֵּין יִשְׂרָאֵל לָעַמִּים, בֵּין יוֹם הַשְּׁבִיעִי לְשֵׁשֶׁת יְמֵי הַמַּעֲשֶׂה: בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, הַמַבְדִּיל בֵּין קֹדֶשׁ לְחוֹל: Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, ha'mavdil bein kodesh l'hol, bein or l'hoshekh, bein yisra'el la'amim, bein yom ha'sh'vi'i l'sheshet y'mei ha'ma'a'se. Barukh ata Adonai, ha'mavdil bein kodesh l'hol. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, yang membezakan antara yang suci dan yang duniawi, antara terang dan gelap, antara Israel dan bangsa-bangsa, antara hari ketujuh dan enam hari bekerja. Terpujilah Engkau, TUHAN, Yang membezakan antara yang suci dan yang duniawi.

Selawat hari raya sunting

Apabila mana-mana selawat ini dilakukan buat kali pertama pada tahun itu, selawat sye'he'kheyanu diucapkan.

Perayaan Berkat Ibrani Alih huruf Melayu
Rosy ha-Syanah Kerana meniup syofar בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, אֲשֶׁר קִדְּשָׁנוּ בְּמִצְוֹתָיו, וְצִוָּנוּ לִשְׁמֹעַ קוֹל שׁוֹפָר. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, asher kid'shanu b'mitzvotav v'tzivanu li'shmoa kol shofar. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, yang telah menguduskan kami dengan perintah-perintah-Nya dan memerintahkan kami untuk mendengar bunyi syofar.
Sukkot Kerana duduk dalam pondok sukkah untuk makan בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, אֲשֶׁר קִדְּשָׁנוּ בְּמִצְוֹתָיו, וְצִוָּנוּ לֵישֵׁב בַּסֻּכָּה. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, asher kid'shanu b'mitzvotav v'tzivanu leishev ba'sukkah. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, yang telah menguduskan kami dengan perintah-perintah-Nya dan memerintahkan kami duduk dalam sukkah.
Pesakh Kerana makan roti matzah dalam seder בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, אֲשֶׁר קִדְּשָׁנוּ בְּמִצְוֹתָיו, וְצִוָּנוּ עַל אֲכִילַת מַצָּה. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, asher kid'shanu b'mitzvotav v'tzivanu al achilat matzah. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, yang telah menguduskan kami dengan perintah-perintah-Nya dan memerintahkan kami makan matzah.
Pesakh Kerana makan maror, ulam pahit, dalam seder בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, אֲשֶׁר קִדְּשָׁנוּ בְּמִצְוֹתָיו, וְצִוָּנוּ עַל אֲכִילַת מָרוֹר. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, asher kid'shanu b'mitzvotav v'tzivanu al achilat maror. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, yang telah menguduskan kami dengan perintah-perintah-Nya dan memerintahkan kami makan maror.
Sukkot Kerana mengambil lulav, pelepah pokok kurma בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, אֲשֶׁר קִדְּשָׁנוּ בְּמִצְוֹתָיו, וְצִוָּנוּ עַל נְטִילַת לוּלָב. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, asher kid'shanu b'mitzvotav v'tzivanu al netilat lulav. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, yang telah menguduskan kami dengan perintah-perintah-Nya dan memerintahkan kami mengangkat lulav.
Purim Kerana membaca megillah בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, אֲשֶׁר קִדְּשָׁנוּ בְּמִצְוֹתָיו, וְצִוָּנוּ עַל מִקְרָא מְגִלָּה. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, asher kid'shanu b'mitzvotav v'tzivanu al mikra megilla. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, yang telah menguduskan kami dengan perintah-perintah-Nya dan memerintahkan kami membaca megillah.
Hanukkah Kerana menyalakan lilin בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, אֲשֶׁר קִדְּשָׁנוּ בְּמִצְוֹתָיו, וְצִוָּנוּ לְהַדְלִיק נֵר שֶׁל חֲנֻכָּה. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, asher kid'shanu b'mitzvotav v'tzivanu l'hadlik ner shel Hanukkah. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, yang telah menguduskan kami dengan perintah-perintah-Nya dan memerintahkan kami menyalakan lilin Hanukkah.
Hanukkah, Purim Mengingati keajaiban hari raya itu (dibaca selepas selawat yang sepadan di atas) בָּרוּךְ אַתָּה יהוה אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, שֶׁעָשָׂה נִסִּים לַאֲבוֹתֵֽינוּ בַּיָּמִים הָהֵם בַּזְּמַן הַזֶּה. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, she'asa nisim la'avoteinu ba'yamim ha'heim ba'z'man ha'ze. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, Yang melakukan mukjizat kepada nenek moyang kami pada zaman itu pada masa ini...

Mitzvot yang tidak terkait dengan perayaan sunting

Semasa Ibrani Alih huruf Melayu
Memakai tzitzit בָּרוּךְ אַתָּה יהוה אֱלֹהֵינוּּ, מֶלֶךְ הָעוֹלָם. אֲשֶר קִדְּשָנוּ בְּמִצְוֹתָיו וִצִוָּנוּ עַל־מִצְוַת צִיצִת.[1][2] Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha`olam, asher kid'shanu b'mitzvotav, al-mitzvat tzitzit. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, yang telah menguduskan kami dengan perintah-perintah-Nya dan memerintahkan kami mengenakan jurai-jurai.
Memakai tallit (selendang sembahyang) בָּרוּךְ אַתָּה יהוה אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, אֲשֶר קִדְּשָׁנוּ בְּמִצְוֹתָיו וְצִוָּנוּ לְהִתְעַטֵּף בַּצִיצִית Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, asher kid'shanu b'mitzvotav v'tzivanu l'hit'atef ba'tzitzit Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, Yang telah menguduskan kami dengan perintah-perintah-Nya dan memerintahkan kami membalut diri kami dengan jurai-jurai.
Memakai tefillin בָּרוּךְ אַתָּה יהוה אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, אֲשֶׁר קִדְּשָׁנוּ בְּמִצְוֹתָיו וְצִוָּנוּ לְהָנִיחַ תְּפִלִּין. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha`olam, asher kid'shanu b'mitzvotav v'tzivanu l'hani'aḥ t'filin.[3] Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, Yang telah menguduskan kami dengan perintah-perintah-Nya dan memerintahkan kami memakai tefillin.
Memakai tefillin kepala (Ashkenaz sahaja) בָּרוּךְ אַתָּה יהוה אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, אֲשֶׁר קִדְּשָׁנוּ בְּמִצְוֹתָיו וְצִוָּנוּ עַל מִצְוַת תְּפִלִּין.
בָּרוּךְ שֵׁם כְּבוֹד מַלְכוּתוֹ לְעוֹלָם וָעֶד.
Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, asher kid'shanu b'mitzvotav v'tzivanu al mitzvat t'filin
Barukh shem k'vod malkhuto l'olam va'ed
Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, Yang telah menguduskan kami dengan perintah-perintah-Nya dan memerintahkan kami mengenai tefillin.
Terpujilah Nama kerajaan-Nya yang mulia untuk selama-lamanya.
Apabila menampal mezuzah di pintu בָּרוּךְ אַתָּה יהוה אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, אֲשֶׁר קִדְּשָׁנוּ בְּמִצְוֹתָיו וְצִוָּנוּ לִקְבּוֹעַ מְזוּזָה. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, asher kid'shanu b'mitzvotav v'tzivanu likbo'a m'zuza. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, Yang telah menyucikan kita dengan perintah-Nya dan memerintahkan kita untuk melekatkan mezuzah.
Ketika menyelam dalam kolah mikvah, sama ada untuk memeluk agama Yahudi atau niddah (haid). בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, אֲשֶׁר קִדְּשָׁנוּ בְּמִצְוֹתָיו, וְצִוָּנוּ עַל הַטְּבִילָה. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, asher kid'shanu b'mitzvotav v'tzivanu al ha't'vila. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, Yang telah menyucikan kita dengan perintah-perintah-Nya dan memerintahkan kita tentang perendaman.
Apabila merendam bejana dalam kolah mikvah. בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, אֲשֶׁר קִדְּשָׁנוּ בְּמִצְוֹתָיו, וְצִוָּנוּ עַל הַטְּבִילַת כֵּלִים. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, asher kid'shanu b'mitzvotav v'tzivanu al t'vilat kelim. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, Yang telah menyucikan kita dengan perintah-perintah-Nya dan memerintahkan kita tentang perendaman bejana.

Selawat untuk keseronokan, pemandangan dan bunyi sunting

Selawat makan sunting

N'tilat Yadayim (Pencucian tangan) sunting

Tangan dibasuh sebelum melakukan perkara-perkara tertentu dalam hidup.

Dalam tradisi Ashkenaz dan beberapa komuniti Sefardi dan lain-lain, ia dilakukan sebelum makan roti. Dalam beberapa upacara sembahyang Sefardi dan dalam masyarakat Jerman yang berasal dari Frankfurt ia dilakukan sebelum meminum wain dan atau makan roti, langsung atau dengan wain (seperti yang dilakukan sebelum hari Sabat atau jamuan perayaan) yang mana selawat ini dibaca:

Selepas mencuci tetapi sebelum mengeringkan tangan, selawat berikut di bawah ini diucapkan.

Ibrani Alih huruf Melayu
בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, אֲשֶׁר קִדְּשָׁנוּ בּמִצְוֹתָיו, וצִוָּנוּ עַל נְטִילַת יָדָיִם. Barukh ata Adonai Elohenu, melekh ha`olam, asher kid'shanu b'mitzvotav v'tzivanu `al netilat yadayim. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, yang telah menguduskan kami dengan perintah-perintah-Nya dan memerintahkan kami tentang pengambilan (pengeringan) tangan.

Selawat sebelum makan sunting

Selawat Dibaca untuk Ibrani Alih huruf Melayu
Hamotzi Roti diperbuat daripada satu atau semua: gandum, barli, rai, oat, spelt. בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, הַמּוֹצִיא לֶחֶם מִן הָאָרֶץ. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, hamotzi lehem min ha'aretz. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, Yang mengeluarkan roti dari bumi.
M'zonot Produk bukan roti (cth. kek) gandum, barli, rai, oat, spelt (dan beras, mengikut banyak pendapat). בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, בּוֹרֵא מִינֵי מְזוֹנוֹת. Barukh ata Adonai Eloheinu, Melekh ha'olam, bo're minei m'zonot. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, Yang mencipta pelbagai khasiat.
ha-Gafen Wain daripada anggur, atau jus anggu. Tidak dibaca untuk minuman-minuman lain atau produk berasaskan anggur. בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, בּוֹרֵא פְּרִי הַגֶּפֶן. Barukh ata Adonai Eloheinu, Melekh ha'olam, bo're p'ri hagefen. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, Yang mencipta buah anggur.
ha-Etz Apa-apa buah daripada pokok. בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, בּוֹרֵא פְּרִי הָעֵץ. Barukh ata Adonai Eloheinu, Melekh ha'olam, bo're p'ri ha'etz. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, Yang mencipta buah pokok.
ha-Adamah Hasil yang tumbuh terus dari bumi. בָּרוּךְ אַתָּה יהוה אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם בּוֹרֵא פְּרִי הָאֲדָמָה. Barukh ata Adonai Eloheinu, Melekh ha`olam, bo're p'ri ha'adama. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, Yang mencipta buah tanah.
Sye ha-Kol Mana-mana makanan atau minuman yang bukan dalam lima kategori pertama. בָּרוּךְ אַתָּה יהוה אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם שֶׁהַכֹּל נִהְיָה בִּדְבָרוֹ. Barukh ata Adonai Eloheinu, Melekh ha'olam, shehakol nih'ye bidvaro. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, Yang melalui firman-Nya segala sesuatu menjadi wujud.

Selepas makan sunting

Selawat Birkat Hamazon dibuat hanya selepas makan makanan yang mengandungi roti (termasuk matzah) yang dibuat daripada satu atau semua gandum, barli, rai, oat, spelt.

Selepas Birkat Hamazon, ramai orang Yahudi Sefardi Sepanyol dan Portugis membaca Ya Comimos atau menyanyikan Bendigamos. Doa-doa ini serupa kandungannya dengan Birkat Hamazon.

Selawat untuk bau sunting

Dibaca untuk Ibrani Alih huruf Melayu
Pokok dan pokok renek berbau harum בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, בּוֹרֵא עֲצֵי בְשָׂמִים. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, bo're atzei b'samim Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, yang menciptakan pohon-pohon yang harum.
Rumput berbau harum herba atau bunga בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, בּוֹרֵא עִשְּׂבֵי בְשָׂמִים. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, bo're issvei b'samim Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, yang menciptakan rumput yang harum.
Buah-buahan berbau harum בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, הַנוֹתֵן רֵיחַ טוֹב בַּפֵּרוֹת. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, ha'noten re'ah tov ba'peirot Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, yang memberikan bau yang harum pada buah.
Minyak berbau yang menyenangkan בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, בּוֹרֵא שֶׁמֶן עָרֵב. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, bo're shemen arev Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, yang menciptakan minyak wangi yang menyenangkan.
Semua bau lain בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, בּוֹרֵא מִינֵי בְשָׂמִים. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, bo're min'ei be'samim Terpujilah Engkau, TUHAN Tuhan kami, Raja alam semesta, yang menciptakan pelbagai rempah-ratus.

Selawat untuk pemandangan dan bunyi sunting

Dibaca untuk Ibrani Alih huruf Melayu
Melihat keajaiban alam, kilat בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, עוֹשֶׂה מַעֲשֵׂה בְרֵאשִׁית. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, o'seh ma'ase be'reshit Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, Yang menjadikan segala ciptaan.
Mendengar guruh בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, שֶׁכֹּחוֹ וּגְבוּרָתוֹ מָלַא עוֹלָם. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, she'koho u'gevurato maleh olam Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, Yang kuasa dan kekuatannya memenuhi dunia.
Melihat pelangi בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, זוֹכֵר הַבְּרִית וְנֶאֱמָן בִּבְרִיתוֹ וְקַיָם בְּמַאֲמָרוֹ. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, zocher ha'brit ve'ne'eman bi'vrito ve'kayam b'ma'amaro Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, Yang mengingati perjanjian dan yang dapat dipercaya dalam waad-Nya dan memenuhi firman-Nya.
Melihat lautan atau jasad air yang besar buat kali pertama dalam 30 hari בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, שֶׁעָשָׂה אֶת הַיָם הַגָּדוֹל. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, she'asa et ha'yam ha'gadol Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, Yang membuat jasad-jasad air yang besar.
Melihat pokok berbunga buat kali pertama pada musim bunga בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, שֶׁלֹּא חִסַּר בְּעוֹלָמוֹ כְּלוּם וּבָרָא בוֹ בְּרִיוֹת טוֹבוֹת וְאִילָנוֹת טוֹבִים לְהַנּוֹת בָּהֶם בְּנֵי אָדָם. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, she'lo chisar b'olamo klum u'vara vo beri'ot tovot ve'ilanot tovim le'hanot bahem benei adam Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, Yang tidak meninggalkan apa-apa di dunia-Nya dan mencipta ciptaan yang indah dan pohon-pohon yang baik supaya manusia mendapat manfaat daripadanya.
Melihat orang atau makhluk yang sangat istimewa/unik penampilannya בָּרוּךְ אַתָּה יהוה אֱלֹהֵינוּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם מְשַנֶּה הַבְּרִיּוֹת Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, Meshane habriyot Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja alam semesta, penukar ciptaan.

Selawat untuk peristiwa khas sunting

Nama Ibrani Alih huruf Melayu Peristiwa
Syeheheyanu בָּרוּךְ אַתָּה יהוה אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הַעוֹלָם, שֶׁהֶחֱיָנוּ וְקִיְּמָנוּ וְהִגִּיעָנוּ לַזְּמַן הַזֶּה Baruch atah Adonai Elohenu, melekh ha'olam, shehecheyanu vekiymanu vehigi'anu lazman hazeh. Terpujilah Engkau, Tuhan, Allah kami, Raja Alam Semesta, yang telah memberi kami kehidupan, menopang kami, dan membolehkan kami mencapai kesempatan ini. Untuk pengalaman baharu yang positif, termasuk kali pertama mitzvah dilakukan, pakaian baharu atau buah tahunan baharu.
Ha'tov ve'hametiv בָּרוּךְ אַתָּה יהוה אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הַעוֹלָם, הַטוֹב וְהַמֵטִיב׃ Baruch atah Adonai Elohenu, melekh ha'olam, ha'tov ve'ha'metiv. Terpujilah Engkau, Tuhan, Allah kami, Raja Alam Semesta, yang baik dan berbuat baik. Untuk berita baik dan pengalaman positif.
Dayan ha'emet בָּרוּךְ אַתָּה יהוה אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הַעוֹלָם, דָיַן הַאֱמֶת׃ Baruch atah Adonai Elohenu, melekh ha'olam, dayan ha'emet. Terpujilah Engkau, Tuhan, Allah kami, Raja Alam Semesta, hakim yang adil. Untuk berita buruk dan pengalaman negatif. Juga diucapkan pada majlis pengebumian oleh orang yang berkabung sebelum mengoyakkan pakaian.
Hagomel בָּרוּךְ אַתָּה יהוה, אֱלֹהֵינוּּ מֶלֶךְ הָעוֹלָם, הַגּוֹמֵל לַחַיָּבִים טוֹבוֹת שֶׁגְּמָלַנִי כָּל טוֹב. Barukh ata Adonai Eloheinu, melekh ha'olam, hagomel lahayavim tovot, sheg'molani kol tov. Terpujilah Engkau, TUHAN Allah kami, Raja Alam Semesta, Yang menganugerahkan perkara yang baik kepada yang tidak layak, dan telah menganugerahkan kepadaku segala kebaikan. Kerana masih hidup selepas situasi yang mengancam nyawa, seperti sakit atau bersalin.

Rujukan sunting

  1. ^ "Siddur Ashkenaz, Weekday, Shacharit, Preparatory Prayers, Tzitzit (**Includes Yehi Ratzon) 1". www.sefaria.org. Dicapai pada 2020-10-15.
  2. ^ "Siddur Sefard, Upon Arising, Modeh Ani 5". www.sefaria.org. Dicapai pada 2020-10-15.
  3. ^ The "l" in t'filin is geminated.

Pautan luar sunting