David Émile Durkheim (lahir 15 April 1858 – meninggal 15 November 1917 pada umur 59 tahun) dikenali secara profesional sebagai Émile Durkheim, merupakan salah seorang pencetus sosiologi serta sains sosial moden.[2][3] Durkheim telah secara rasminya menubuhkan disiplin akademik sosiologi, dan sering dikaitkan sebagai salah seorang arkitek utama kepada sains sosial moden, bersama Karl Marx dan Max Weber.

Émile Durkheim
Kelahiran
David Émile Durkheim

(1858-04-15)15 April 1858
Meninggal duniaNovember 15, 1917(1917-11-15) (umur 59)
WarganegaraPerancis
Pusat pendidikanÉcole Normale Supérieure
Terkenal keranaDikotomi suci–hina
Kesedaran kolektif
Fakta sosial
Integrasi sosial
Anomie
Pembuakan kolektif
Kerjaya saintifik
BidangFalsafah, sosiologi, pendidikan, antropologi, pendidikan agama
InstitusiUniversiti Paris, Universiti Bordeaux
PengaruhImmanuel Kant, René Descartes, Plato, Herbert Spencer, Aristotle, Montesquieu, Jean-Jacques Rousseau, Auguste Comte. William James, John Dewey, Fustel de Coulanges, John Stuart Mill
Dipengaruhi olehMarcel Mauss, Claude Lévi-Strauss, Talcott Parsons, Maurice Halbwachs, Jonathan Haidt, Lucien Lévy-Bruhl, Bronisław Malinowski, Fernand Braudel, Pierre Bourdieu, Charles Taylor, Henri Bergson, Emmanuel Levinas, Steven Lukes, Alfred Radcliffe-Brown, E. E. Evans-Pritchard, Mary Douglas, Huey P. Newton, Paul Fauconnet, Robert N. Bellah, Ziya Gökalp, David Bloor, Randall Collins, Neil Smelser[1]

Kebanyakan kerja Durkheim adalah berkaitan bagaimana masyarakat mengekalkan integrasi sosial dalam dunia moden, iaitu satu era di mana tradisi sosial dan agama tidak lagi dominan, di mana institusi sosial baharu wujud dalam masyarakat. Durkheim telah menggunakan kajian saintifik seperti statistik, tinjauan dan pemerhatian sejarah dalam sains sosial.

Biografi

sunting

Kehidupan Awal

sunting

David Émile Durkheim dilahirkan pada 15 April 1858 di Épinal, Lorraine, France, kepada Mélanie (Isidor) dan Moïse Durkheim. Kesemua ayah, datuk dan moyangnya merupakan Rabai, dan oleh itu, Durkheim pada awalnya dimasukkan ke dalam sekolah agama. Namun, Durkheim memilih untuk tidak mengikuti keluarganya dan telah bertukar sekolah. Malahan, Durkheim telah mengamalkan kehidupan sekular, di mana kebanyakan kerjanya bertujuan untuk membuktikan fenomena keagamaan adalah disebabkan oleh faktor sosial semata-mata. Namun begitu, Durkheim tidak memutuskan hubungannya dengan masyarakat Yahudi mahupun keluarganya. Sebaliknya, kebanyakan pelajarnya juga merupakan orang Yahudi atau mempunyai pertalian darah dengannya. Contohnya, Marcel Mauss, seorang ahli antropologi sosial Perancis, merupakan anak saudara Durkheim.

Rujukan

sunting
  1. ^ Wuthnow, Robert (2004). "Trust as an Aspect of Social Structure". Dalam Alexander, Jeffrey C.; Marx, Gary T.; Williams, Christine L. (penyunting). Self, Social Structure, and Beliefs: Explorations in Sociology. Berkeley, California: University of California Press. m/s. 145–146. ISBN 978-0-520-24137-4.
  2. ^ Calhoun (2002), p. 107
  3. ^ Kim, Sung Ho (2007). "Max Weber". Stanford Encyclopedia of Philosophy (24 August 2007 entry) http://plato.stanford.edu/entries/weber/ (Retrieved 17 February 2010)