Buka menu utama

Henri-Louis Bergson (Perancis: [bɛʁksɔn]; 18 Oktober 1859 – 4 Januari 1941) ialah seorang ahli falsafah Perancis-Yahudi yang berpengaruh dalam tradisi falsafah benua, terutamanya pada separuh pertama abad ke-20 hingga Perang Dunia Kedua.[6] Bergson terkenal dengan hujah yang menumpu kepada kepeintingan proses pengalaman dan intuisi serta-merta jauh melebihi rasionalisme abstrak dan sains untuk memahami perkara yang hakiki dalam hidup.

Henri Bergson
Henri Bergson 02.jpg
Bergson pada 1927
KelahiranHenri-Louis Bergson
(1859-10-18)18 Oktober 1859
Paris, Perancis
Meninggal dunia4 Januari 1941(1941-01-04) (umur 81)
Paris, Perancis
Pusat pendidikan
Karya terkenal
PasanganLouise Neuberger (k. 1891)
AnugerahHadiah Nobel dalam Kesusasteraan (1927)
EraFalsafah abad ke-20
FalsafahFalsafah Barat
Sekolah
InstitusiCollège de France
Kepentingan utama
Idea cemerlang

Beliau ialah penerima Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan tahun 1927.

BiografiSunting

Awal hidupSunting

Bergson lahir di Rue Lamartine berdekatan Palais Garnier (the old Paris opera house) pada tahyn 1859. Ayahnya Michał Bergson, seorang pemain piano daripada keluarga usahawan Yahudi Poland Bereksohn yang tersohor[7]; nenek moyangnya, Temerl Bergson, seorang tokoh berpengaruh dalam kalangan masyarakat tersebut, terutamanaya dalam kalangan agamawan Yahudi Hasidi.[8][9] Malah, cakawari Szmul Jakubowicz Sonnenberg pula seorang pekerja bank dan protégé Raja Stanisław II Augustus[10][11] (1764-1795). Ibu Henri pula Katherine Levison, anak seorang doktor dari Yorkshire kacukan Yahudi Ireland dan Inggeris.

Keluarga beliau berada di London pada tahun-tahun awalnya fsebelum berpindah kembali Perancis dan menjadi seorang warga negara sana pada usia sembilan tahun.

PendidikanSunting

Bergson belajar di Lycée Fontanes (kini Lycée Condorcet sejak 1883) di Paris dari 1868 hingga 1878. Beliau sebelum ini pernah mendapat pendidikan lanjut agama Yahudi[12] sebelum pegangannya melemah ketika berusia antara 14 dan 16 tahun setelah melakukan pembelajarannya sendiri mengenai evolusi.[13]

Beliau terlibat menjadi juri bersama Florence Meyer Blumenthal untuk penganugerahan geran seni Prix Blumenthal yang wujud dari 1919 sehingga 1954.[14]

Kerjaya syarahannyaSunting

Awal abad ke-20: Perang Dunia Pertama, kontroversi terhadap penemuan Albert EinsteinSunting

Bergson banyak menjelajah melakukan syarahan serata Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Pertama mula meletus. Bahkan, beliau merupakan antara tokoh penting dalam melakukan rundingan yang mendorong negara tersebut memasuki perang ini.

Pada musim tahun 1922 Albert Einstein menghadiri suatu pertemuan diadakan Persatuan Falsafah Perancis di mana beliau sempat mengulas suatu ucapan disampaikan Bergson.[15] Bergson mengulas balas dengan menerbitkan sebuah buku bertajuk "Durasi dan keserentakan: perihal teori Einstein" (Durée et simultanéité, a propos de la theorie d'Einstein)[16] - buku tersebut dikritik hebat kerana menampilkan maklumat fizik yang ditulis sebagai penyokong hujah-hujah Bergson yang bukan sahaja tidak lengkap malah jauh ketinggalan perkembangan semasa.[17]

Senja usiaSunting

Pada tahun-tahun terakhir masa hidupnya, pemikiran Bergson mula bergeser ke arah agama. Beliau memeluk agama Kristian mazhab Katolik Rom setelah beberapa lama menunda diri - beliau tidak ingin rasa serba salah seolah-olah mengkhianati bangsa Yahudinya sendiri, lagi-lagi apabila Perancis masih dalam pendudukan rejim Vichy sekutu Nazi, malah pemelukan agama Kristiannya turut dirahsiakan

Pada 3 Januari 1941, Bergson meninggal di Paris akibat menghidap bronkitis.[18] Beliau dikebumikan mengikut upacara Katolik di Cimetière de Garches, Hauts-de-Seine.

PemikiranSunting

IntuisiSunting

Bergson percaya bahawa manusia harus dijelaskan secara asasnya dalam kerangka proses evolutif. Menurutnya, fungsi indera deria pada makhluk hidup sejak awal bukanlah untuk memberikan gambaran terhadap sekitarannya, namun lebih hanya untuk merangsang reaksi atau tindak balas terhadap rangsangan sebegini untuk mempertahankan diri dan meneruskan hidup. Mula-mula organ sensoris, kemudian sistem saraf pusat, lalu akal budi. Itu semua berkembang selama berabad-abad sebagai bagian dari mekanisme pertahanan hidup organisme yang selalu diperlengkapi dengan perilaku.

Beliau menhujah lanjut bahawa gambaran yang diberikan indera bukanlah gambar objektif dari persekitaran tetapi pesanan yang tercetuslah yang menyebabkan kita berperilaku secara tertentu. Pemahaman mengenai lingkungan tersendiri sama sekali tidak secermat apa yang digambarkan, malah dianggap sangat selektif, selalu pragmatis dan terarah pada kepentingan diri sendiri.

Karya-karya utamaSunting

  • Essai sur les données immédiates de la conscience (1889)
  • Matière et mémoire (1896)
  • L'Évolution créatrice (1907)
  • Les deux sources de la morale et de la religion (1932)

RujukanSunting

  1. ^ John Ó Maoilearca, Beth Lord (eds.), The Continuum Companion to Continental Philosophy, Bloomsbury Academic, 2009, p. 204.
  2. ^ Ford, Russell (2004), 'Immanence and Method: Bergson's Early Reading of Spinoza,'. The Southern Journal of Philosophy 42(2): 171–92. doi:10.1111/j.2041-6962.2004.tb00995.x
  3. ^ Astesiano, Lionel: Joie et liberté chez Bergson et Spinoza. (Paris: CNRS Éditions, 2016)
  4. ^ Hancock, Curtis L. (May 1995). "The Influence of Plotinus on Berson's Critique of Empirical Science". In R. Baine Harris. Congress of the International Society for Neoplatonic Studies held in May 1995 at Vanderbilt University. Neoplatonism and Contemporary Thought. 10. International Society for Neoplatonic Studies. Albany: State University of New York Press. m/s. 139ff. ISBN 978-0-7914-5275-2. https://books.google.com/books?id=1PwTZPW1ohQC&printsec=frontcover. Diperolehi 10 May 2010. "That the philosophy of Henri Bergson is significantly influenced by the doctrines of Plotinus is indicated by the many years Bergson devoted to teaching Plotinus and the many parallels in their respective philosophies. This influence has been discussed at some length by Bergson's contemporaries, such as Emile Bréhier and Rose-Marie Rossé-Bastide. ..."
  5. ^ R. William Rauch, Politics and Belief in Contemporary France: Emmanuel Mounier and Christian Democracy, 1932–1950, Springer, 2012, p. 67.
  6. ^ Merquior, J. G. (1987). Foucault (Fontana Modern Masters series), University of California Press, ISBN 0-520-06062-8.
  7. ^ Henri Bergson. 2014. Encyclopædia Britannica Online. Retrieved 13 August 2014, from http://www.britannica.com/EBchecked/topic/61856/Henri-Bergson
  8. ^ Gelber, Nathan Michael (1 Januari 2007). "Bergson". Encyclopaedia Judaica. Diarkibkan daripada asal  pada 29 Mac 2015. Dicapai 7 December 2015. 
  9. ^ Dynner, Glenn (2008). Men of Silk: The Hasidic Conquest of Polish Jewish Society. Oxford University Press. m/s. 104–105. ISBN 019538265X. 
  10. ^ "Z ziemi polskiej do Nobla" [From the Polish lands to the Nobel Prize]. Wprost (dalam bahasa Polish). Warsaw: Agencja Wydawniczo-Reklamowa Wprost. 4 January 2008. Dicapai 10 May 2010. Polskie korzenie ma Henri Bergson, jeden z najwybitniejszych pisarzy, fizyk i filozof francuski żydowskiego pochodzenia. Jego ojcem był Michał Bergson z Warszawy, prawnuk Szmula Jakubowicza Sonnenberga, zwanego Zbytkowerem (1756–1801), żydowskiego kupca i bankiera. [Translation: Henri Bergson, one of the greatest French writers, physicists and philosophers of Jewish ancestry, had Polish roots. His father was Michael Bergson from Warsaw, the great-grandson of Szmul Jakubowicz Sonnenberg – known as Zbytkower – (1756–1801), a Jewish merchant and banker.] 
  11. ^ Testament starozakonnego Berka Szmula Sonnenberga z 1818 roku Diarkibkan 28 September 2011 di Wayback Machine.
  12. ^ Lawlor, Leonard and Moulard Leonard, Valentine, "Henri Bergson", The Stanford Encyclopedia of Philosophy (Summer 2016 Edition), Edward N. Zalta (ed.), URL = <https://plato.stanford.edu/archives/sum2016/entries/bergson/>
  13. ^ Henri Hude, Bergson, Paris, Editions Universitaires, 1990, 2 volumes, quoted by Anne Fagot-Largeau in her 21 December 2006 course at the College of France
  14. ^ "Florence Meyer Blumenthal". Jewish Women's Archive, Michele Siegel. 
  15. ^ Minutes of the meeting:Séance du 6 Avril 1922
  16. ^ Canales J., The Physicist and the Philosopher: Einstein, Bergson and the Debate That Changed Our Understanding of Time, Princeton, Princeton Press, 2015.
  17. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Fagot-Largeau tidak disediakan
  18. ^ "Henri Bergson – Philosopher – Biography". www.egs.edu. 3 January 1941. Diarkibkan daripada asal pada 27 May 2010. Dicapai 17 February 2010. 


Pautan luarSunting