Bronkitis
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Bronkitis merupakan keradangan pada membran mukus bronkus (salur udara besar yang mengalirkan udara dari trakea ke bahagian distal parenkima paru-paru).[1][2][3] Bronkitis terdapat dalam dua kategori iaitu akut and kronik.[1][2][3]
Bronkitis | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
![]() Gambarajah bronkitis akut. | |
ICD-10 | J20-J21, J42 |
ICD-9 | 466, 491, 490 |
P. Data Penyakit | 29135 |
MedlinePlus | 001087 |
eMedicine | article/807035 article/297108 |
MeSH | D001991 |
![]() |
Bronkitis akut dicirikan dengan timbulnya batuk dengan atau tanpa penghasilan kahak. Bronkitis akut sering berlaku dalam penyakit bervirus yang akut seperti selesema atau influenza. Virus menyebabkan sekitar 90% kes bronkitis akut, sementara 10% yang selebihnya berpunca dari bakteria.[4][5]
Bronkitis kronik iaitu sejenis COPD bercirikan timbulnya batuk produktif yang kekal selama tiga bulan atau lebih per tahun untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun. Bronkitis kronik lazimnya berlaku akibat kecederaan yang berulang-ulang pada salur udara yang disebabkan oleh bahan perengsa yang disedut masuk. Tabiat merokok ialah punca yang paling ketara, disusuli oleh keterdedahan kepada bahan pencemar udara seperti sulfur dioksida atau nitrogen dioksida,[6] dan juga perengsa pernafasan di tempat kerja.[5][7] Sesiapa yang terdedah kepada asap rokok, perengsa paru-paru kimia, atau terjejas sistem imunnya mengalami lebih besar risiko menghidap bronkitis.[8]
RujukanSunting
- ^ a b National Lung, Heart, and Blood Institute (2012). "Chronic Bronchitis". National Institutes of Health. Dicapai pada 27 December 2012.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ a b Mayo Clinic Staff (2011). "Bronchitis Definition". Mayo Clinic. Dicapai pada 27 December 2012.
- ^ a b "Understanding Chronic Bronchitis". American Lung Association. 2012. Dicapai pada 30 December 2012.
- ^ Albert, RH (2010). "Diagnosis and treatment of acute bronchitis". American Family Physician. 82 (11): 1345–1350. PMID 21121518. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ a b Cohen, Jonathan and William Powderly. Infectious Diseases. 2nd ed. Mosby (Elsevier), 2004. "Chapter 33: Bronchitis, Bronchiectasis, and Cystic Fibrosis"
- ^ Kumar, Vinay (2007). Chapter 13. The Lung Robbins Basic Pathology (ed. 8th ed.). Philadelphia: Saunders Elsevier. ISBN 978-1-4160-2973-1. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan);|edition=
has extra text (bantuan) - ^ Mayo Clinic Staff (2011). "Bronchitis: Causes". Mayo Clinic. Dicapai pada 27 December 2012.
- ^ Mayo Clinic Staff (2011). "Bronchitis: Risk factors". Mayo Clinic. Dicapai pada 27 December 2012.