Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 6. Bagi kegunaan lain, sila lihat 6 (nombor).


6 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Jumaat dalam kalendar Gregory.

Milenium: milenium pertama
Abad:
Dekad:
Tahun:

Peristiwa

sunting

Mengikut tempat

sunting

Empayar Rom

sunting
  • Iudaea dan Moesia menjadi provinsi Rom; Syria dikawal oleh legion-legion X Fretensis, III Gallica, VI Ferrata, dan XII Fulminata.
  • Augustus menubuhkan perbendaharaan khas, aerarium militare, untuk membayar bonus kepada bekas perajurit-perajurit legion yang bersara.
  • Tiberius menjadikan Carnuntum sebagai pusat operasinya terhadap Maroboduus; XX Valeria Victrix, legion Rom, bertempur bersama dengan Tiberius terhadap Marcomanni.
  • Puak Pannonia, bersama dengan puak Dalmatia dan puak-puak Illyria yang lain, memberontak tetapi ditewaskan oleh Tiberius selepas kempen ketenteraan yang berlangsung selama tiga tahun.
  • Pembinaan kubu Rom memulakan kota Wiesbaden kini.
  • Quirinius mengadakan banci di Judea (menurut Josephus) dan mengakibatkan pemberontakan di provinsi tersebut. Pemberontakan itu yang diketuai oleh Judas si Anak Galilee, dan disokong oleh Farisi Sadoq, ditindas dengan pemberontak-pemberontak disalib, tetapi ia melahirkan gerakan Zealot yang ahli-ahlinya menganggap diri sebagai dikuasai hanya oleh Tuhan.
  • Akibat kekurangan makanan di Rom, Augustus menambah sekali ganda catuan jagung yang dibahagikan kepada penduduknya.
  • Akibat kebakaran yang membawa bencana di Rom, sistem berek dicipta untuk memudahkan gerak balas yang lebih cepat semasa kecemasan.

Kelahiran

sunting

Kematian

sunting