AUKU bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan

AUKU bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada 31 Oktober 2011 yang memutuskan Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.

Sebab AUKU digubal sunting

Antara sebabnya ialah pengisytiharan manifesto oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) di dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969 (ke-4) sehingga tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969, demontrasi Anti Tunku oleh PMUM di UM pada 29 Ogos 1969 serta demontrasi “Papan Tanda” 5 Oktober 1970 iaitu pertembungan PMUM (sosialis) dan PBMUM (nasionalis) sehingga membuka terlalu banyak kelemahan Kerajaan dalam isu Bahasa Melayu dan Pendidikan. [1] Gerakan mahasiswa sangat berpotensi menggugat keselamatan serta menjatuhkan kerajaan.

Perarakan Keranda 152 berlaku pada 1967 , apabila kerajaan enggan mematuhi 'janji merdeka' untuk menukar bahasa pengantar Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu.

Keputusan Hakim Mahkamah Rayuan sunting

Tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Wira Low Hop Bing memutuskan seksyen tersebut dalam AUKU itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.Artikel 10(1)9a) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan kebebasan bersuara dan menyertai politik sebagai hak asasi manusia. Keputusan majoriti 2-1.Tidak perlu sekatan kerana matlamat institut pengajian tinggi ialah membina minda dan keupayaan berfikir bagi pelajar.[2] Mahasiswa dan pensyarahnya mempunyai kewarganegaraan yang sah sebagaimana rakyat Malaysia yang lain. Dua hakim lain ialah Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Mahasiswa tersebut adalah ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, iaitu Muhammad Hilman bin Idham (presiden), Muhammad Ismail bin Aminuddin (naib presiden), Azlin Shafina binti Mohamad Adzha (setiausaha agung), Wong King Chaì (exco).[3] Empat pelajar itu diwakili oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar, Ashok Kandiah dan Jenine Gill.kerajaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan UKM diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Hanya Hakim Low menentang keputusan 2-1 itu. Beliau berpendapat AUKU perlu mengelak ideologi politik meresap di kalangan penuntut yang mudah terdedah, tertakluk kepada tekanan rakan sebaya dan mudah terpengaruh, yang akan menjejaskan peranan utama universiti dalam menyediakan pendidikan.[4]

Pada 22 April 2010, mereka ditahan oleh polis PDRM di Pekan Rasa dan Ampang Pecah, Hulu Selangor.

Pada 28 September 2010, Mahkamah Tinggi menolak saman pemula oleh empat pelajar jurusan sains politik UKM yang mencabar kesahihan kesalahan berkempen semasa Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010 pada April 2010. Mulanya Mahkamah Tinggi berpendapat AUKU tidak bercnggah dengan Perlembagaan Persekutuan.[5]

Empat pelajar ini telahpun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah pada majlis Konvensyen UKM pada September 2011.

Rayuan oleh Peguam Negara sunting

Peguam Negara mungkin membuat rayuan . Namun Datuk Saifuddin Abdullah berharap tidak dibawa untuk rayuan di [[Mahkamah Persekutuan]. Kalaupun berjaya nanti, tetapi kalah dari segi moral. Kita hendaklah akui dan iktiraf pandangan orang muda sekarang yang melihat Seksyen 15(5)(a) tidak sesuai lagi. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan bahawa keputusan akhir akan ditentukan oleh kabinet.

Kesan keputusan mahkamah sunting

Penghakiman mahkamah itu bersifat 'mengikat' di sisi undang-undang, dan ia bukan sekadar "pendapat" hakim semata-mata. Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim mahu klausa itu dan klausa lain hendaklah dikeluarkan dari AUKU.[6]

Nazri menghina mahkamah sunting

Dalam Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menafikan 'keputusan itu' belum muktamad dan AUKU kekal sebagai undang-undang.Keputusan Mahkamah Rayuan adalah semata-mata "pendapat mahkamah" atau hanya obiter dictum mahkamah.

Bekas pelapor khas PBB berhubung Kebebasan Hakim dan Peguam, Datuk Param Cumaraswamy menyatakan bahawa Nazri menghampiri tindakan menghina mahkamah.[7]


[8]

Rujukan sunting

  1. ^ "Mahasiswa, AUKU dan PRU13". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-07. Dicapai pada 2011-11-03.
  2. ^ "Khaled: Keputusan rayu kes AUKU dibawa ke Kabinet". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-07. Dicapai pada 2011-11-03.
  3. ^ "Keputusan hakim". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-02. Dicapai pada 2011-11-03.
  4. ^ "Empat menang kes cabar AUKU dan UKM, mahkamah putus canggah Perlembagaan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-02. Dicapai pada 2011-11-03.
  5. ^ "Mahkamah Rayuan: Seksyen 15(5) AUKU tidak sah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-02. Dicapai pada 2011-11-03.
  6. ^ "GPMS: Keluarkan klausa tak sah dalam AUKU". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-03. Dicapai pada 2011-11-03.
  7. ^ "Param: Nazri hampir menghina mahkamah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-05. Dicapai pada 2011-11-03.
  8. ^ "KJ: Keputusan mahkamah berhubung AUKU 'mengikat'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-05. Dicapai pada 2011-11-03.