Abdul Hamid Jumat
Tan Sri Datuk Tengku Abdul Hamid bin Tengku Jumat (Jawi: تڠكو عبدالحميد جومت ; 12 April 1917 – 16 April 1978) ialah seorang ahli politik dan diplomat Singapura yang berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Singapura pada 1956 hingga 1959. Beliau terkenal sebagai "menteri pertama Singapura bagi etnik Melayu", serta "Duta pertama Singapura ke Jerman". Sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri, beliau berkhidmat sebagai Menteri Kerajaan Tempatan, Tanah dan Perumahan, serta Menteri Perhubungan dan Kerja Raya. Beliau juga merupakan pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di Singapura.
Abdul Hamid Jumat | |
---|---|
تڠكو عبدالحميد جومت | |
![]() | |
Timbalan Ketua Menteri Singapura pertama | |
Dalam jawatan 7 Jun 1956 – 3 Jun 1959 | |
Ketua Menteri | Lim Yew Hock |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Toh Chin Chye (sebagai Timbalan Perdana Menteri) |
Minteri Kerajaan Tempatan, Tanah dan Perumahan Singapura | |
Dalam jawatan 1956 – 3 Jun 1959 | |
Ketua Menteri | David Marshall (1955–1956) Lim Yew Hock (1956–1959) |
Didahului oleh | Francis Thomas |
Digantikan oleh | Ong Eng Guan |
Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Singapura | |
Dalam jawatan 6 April 1955 – 1956 | |
Ketua Menteri | David Marshall |
Didahului oleh | Jawatan baharu |
Digantikan oleh | Francis Thomas |
Butiran peribadi | |
Lahir | Tengku Abdul Hamid bin Tengku Jumat 12 April 1917 Singapura, Negeri-negeri Selat |
Meninggal dunia | 16 April 1978 Johor Bahru, Johor, Malaysia | (umur 61)
Tempat persemadian | Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru |
Kerakyatan | ![]() |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Singapura) |
Alma mater | Institusi Raffles |
Profesion | Ahli politik, diplomat |
Kehidupan awal dan peribadi Sunting
Abdul Hamid dilahirkan pada 12 April 1916[1] di Singapura[2]. Bapanya ialah Haji Tengku Mohd Mashoordin Jumat (Inspektor Polis dan Jurubahasa Mahkamah), dan ibunya ialah Aishah Hannan. Beliau menuntut di Institusi Raffles.[1]
Abdul Hamid mempunyai tujuh orang anak. Anak bongsunya, Tengku Putra Haron Jumat (lahir 1963), ialah seorang ahli politik Malaysia yang menganggotai Barisan Nasional.[3] Semasa karier politiknya, Abdul Hamid berkenalan dengan Lee Kuan Yew, walaupun mereka tidak berada dalam parti politik yang sama.[3]
Kerjaya Sunting
Abdul Hamid pada awalnya bermula sebagai pengeksport kulit dengan syarikatnya sendiri sehingga sekitar 1955, apabila beliau mengasaskan bahagian Singapura bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).[1] Abdul Hamid adalah ahli parti politik Barisan Buruh.[4] Berikutan pelantikan David Marshall sebagai Ketua Menteri pada tahun 1955, Abdul Hamid telah diberi peranan sebagai Menteri Kerajaan Tempatan, Tanah dan Perumahan, menjadikannya menteri pertama sedemikian;[1] beliau pada mulanya berperanan sebagai Menteri Perhubungan dan Kerja Raya.[5] Disebut sebagai "menteri Melayu pertama Singapura",[3] beliau memegang jawatan itu sehingga Jun 1959; Abdul Hamid kemudiannya menjadi "duta pertama Singapura ke Jerman".[1] Dia juga duta ke negara lain, seperti Mesir, Belanda, dan Filipina.[3] Selain itu, Abdul Hamid berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Singapura dari 1956 hingga 1959.[6] Abdul Hamid telah dikurniakan Panglima Mangku Negara dengan gelaran Dato'.[7]
Penglibatan dalam pilihan raya Sunting
Tahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti | Turun mengundi (%) |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1955 | Ulu Bedok | Abdul Hamid bin Jumat | Perikatan (UMNO) | 5,721 | Toh Seng Sit | Demokratik | 2,999 | 2,722 | 56.0% |
Abdul Hamid bin Rahmat | Progresif | 652 | |||||||
1959 | Geylang Serai | Abdul Hamid bin Jumat | Perikatan (UMNO) | 7,940 | Roslan bin Hassan | PETIR | 3,832 | 4,108 | 87.9% |
Syed Ahmad bin Dahlan | PAS | 460 | |||||||
Harun bin Mohamed Amin | Rakyat | 353 |
Kematian Sunting
Pada tahun 1973, Tengku Abdul Hamid kembali ke Malaysia, di mana beliau tinggal sebahagian besar kehidupan kemudiannya sebagai duta ke pelbagai negara. Dia meninggal dunia kira-kira lima tahun kemudian pada tahun 1978.[3]
Kehormatan Sunting
Penghormatan asing Sunting
- Tanah Melayu
- Panglima Mangku Negara (PMN) - Tan Sri (1958) [8]
Rujukan Sunting
- ^ a b c d e Corfield, Justin (2010). Historical Dictionary of Singapore. Scarecrow Press. m/s. 13–. ISBN 9780810873872. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Justin 1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Who's who in Malaysia and Guide to Singapore. 1975. m/s. 4–.
- ^ a b c d e Zakir Hussain (May 2, 2013). "A Johor candidate's Singapore story". The Straits Times. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Report 1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza Ralat petik: Tag<ref>
tidak sah, nama "Report 1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Lee, Edwin (2008). Singapore: The Unexpected Nation. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 119–. ISBN 9789812307965.
- ^ Tan, Kevin (2008). Marshall of Singapore: A Biography. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 244–. ISBN 9789812308788.
- ^ "Portrait of Mr. Abdul Hamid Haji Jumat, Deputy Chief Minister of Singapore". BooksSG. Diarkibkan daripada yang asal pada July 6, 2013. Dicapai pada May 29, 2013.
- ^ Morais, John Victor (1959). The Who's who in Malaysia. Solai Press. m/s. 2–.
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1958" (PDF).