Abdul Majid Ahmad adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Jerteh, Terengganu dari 1986 hingga 1990 setelah menang Pilihan raya umum Malaysia 1986. Menteri Besar Terengganu ketika itu ialah Dato Sri Wan Mokhtar Ahmad.

Meninggal dunia sunting

Pada 13 Ogos 2014, Abdul Majid Ahmad meninggal dunia pada usia 76 tahun di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan kerana sakit tua. Turut berada di sisi ialah isterinya Zuraidah Hussin, 58.

Anak sulungnya, Mohd Razif Abdul Majid yang juga Timbalan Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu menjelaskan bahawa jenazah bapanya disembahyangkan di kediamannya di Kampung Padang Luas, Jerteh sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di kampung itu.

Rujukan sunting