Abdullah II ibn Al-Hussein
Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II bin Al-Hussein I Al-Hashimi (Arab: عبدالله الثاني بن الحسين , ʿAbdullah al-thani bin Al-Husayn, diputerakan 30 Januari 1962) telah diangkat sebagai Raja Jordan sejak tahun 1999. Baginda tergolong dalam kerabat bani Hashim, yang telah memerintah Jordan sejak tahun 1921 dan mendakwa keturunan agnatik dari puteri Nabi Muhammad SAW, Fatimah al-Zahra.
Raja Abdullah II Al-Hashimi | |||||
---|---|---|---|---|---|
Raja Jordan | |||||
Pemerintahan | 7 Februari 1999 – kini | ||||
Kemahkotaan | 9 Jun 1999 | ||||
Didahului oleh | Hussein | ||||
Pewaris dah | Putera Mahkota Hussein | ||||
Perdana Menteri | |||||
Keputeraan | Amman, Jordan | 30 Januari 1962||||
Pasangan | Rania Al-Abdullah (née Rania Al-Yassin) (k. 1993) | ||||
Anakanda Butiran | Putera Mahkota Hussein Puteri Iman Puteri Salma Putera Hashem | ||||
| |||||
Kerabat | Bani Hashim | ||||
Ayahanda | Hussein dari Jordan | ||||
Bonda | Muna Al-Hussein | ||||
Agama | Islam | ||||
Tandatangan |
Raja Abdullah diputerakan di Amman sebagai paduka anakanda sulung Raja Hussein dengan suri kedua baginda, Puteri Muna yang kelahiran British. Sebagai paduka putera sulung Raja, Abdullah merupakan pewaris dah sehingga Raja Hussein memindah gelaran tersebut kepada paduka ayahanda saudara Abdullah, Putera Hassan, pada tahun 1965. Abdullah memulakan persekolahannya di Amman, melanjutkan pendidikan di luar negara. Baginda memulakan kerjaya tenteranya pada tahun 1980 sebagai seorang pegawai latihan di Angkatan Tentera Jordana, kemudian memegang arahan Pasukan Khas negara pada tahun 1994, dan baginda menjadi mejar jeneral pada tahun 1998. Pada tahun 1993 Abdullah mengahwini Rania Al-Yassin (keturunan Palestin), dan baginda berdua dikurniakan empat orang anakanda: Putera Mahkota Hussein, Puteri Iman, Puteri Salma dan Putera Hashem. Beberapa minggu sebelum kemangkatan paduka ayahandanya pada tahun 1999, Raja Hussein menamakan Abdullah sebagai pewaris, dan Abdullah menggantikan paduka ayahandanya. Abdullah mempunyai empat saudara lelaki dan enam saudara perempuan: Puteri Alia, Putera Faisal, Puteri Aisha, Puteri Zein, Puteri Haya, Putera Ali, Putera Hamzah, Putera Hashem, Puteri Iman dan Puteri Raiyah; tujuh daripadanya adalah adik beradik satu bapa. [1]
Raja Abdullah, seorang raja berperlembagaan, melonggarkan ekonomi apabila baginda naik takhta, dan pembaharuan baginda membawa kepada kepesatan ekonomi yang bersambung sehingga tahun 2008. Semasa tahun-tahun berikutnya ekonomi Jordan mengalami kesukaran kerana menghadapi kesan krisis ekonomi 2008 dan limpahan daripada kebangkitan dunia Arab, termasuk potongan bekalan petroleum dan kejatuhan perdagangan dengan negara jiran. Pada tahun 2011, bantahan berskala besar menuntut pembaharuan terletus di dunia Arab. Banyak bantahan yang membawa kepada perang saudara di negara lain, namun Raja Abdullah bertindak dengan cepat terhadap pergolakan tempatan dengan menggantikan kerajaan dan memperkenalkan pembaharuan kepada perlembagaan dan undang-undang mengawal kebebasan awam dan pilihan raya. Perwakilan berkadar diperkenalkan ke parlimen Jordan dalam pilihan raya umum 2016, suatu langkah yang baginda titah akan akhirnya membawa kepada tertubuhnya kerajaan berparlimen. Pembaharuan ini berlaku di tengah-tengah cabaran yang tidak pernah berlaku dahulu berpunca daripada ketidakstabilan rantau, termasuk kemasukan including 1.4 juta pelarian Syria dengan banyaknya ke negara yang kekurangan sumber semula jadi dan kemunculan Negara Islam Iraq dan Syam (DAESH).
Raja Abdullah terkenal dalam negara dan luar negara kerana mengekalkan kestabilan Jordan, dan dikenali kerana menggalakkan dialog antara agama dan pemahaman sederhana agama Islam. Pemimpin Arab ketiga yang paling lama memerintah, baginda dianggap oleh Pusat Pengajian Strategi Islam Diraja sebagai orang Islam yang paling berpengaruh di dunia pada tahun 2016. Raja Abdullah ialah penjaga tapak suci Islam dan Kristian di Baitulmaqdis, satu jawatan yang dipegang oleh dinasti baginda sejak tahun 1924.
Kehidupan awal
suntingRaja Hussein dan Puteri Muna yang masih muda, mendukung dua anak lelaki mereka yang masih kecil
Putera Abdullah (2 tahun) dan Putera Faisal bersama ibu bapa mereka, Raja Hussein dan Puteri Muna pada tahun 1964
Abdullah dilahirkan pada 30 Januari 1962 di Amman, anak kepada Raja Hussein dan isteri kedua Hussein yang berketurunan British, Puteri Muna Al-Hussein (daripada Antoinette Avril Gardiner).[2] Beliau senama kepada datuk sebelah bapanya, Abdullah I, yang mengasaskan Jordan zaman moden.[3][4] Dinasti Abdullah, daripada keturunan Hasyim, memerintah Mekah selama lebih daripada 700 tahun—dari abad ke-10, hingga Bani Saud menakluki Mekah pada tahun 1925—dan telah memerintah Jordan sejak tahun 1921.[5] [6]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ King Hussein bin Talal". kinghussein.gov.jo.
- ^ "His Majesty King Abdullah II ibn Al-Hussein". kingabdullah.jo. Archived from the original on 13 February 2017. Retrieved 1 February 2017.
- ^ Jawad Anani (23 November 2015). "Enacting laws". The Jordan Times. Archived from the original on 4 January 2018. Retrieved 3 January 2018.
- ^ "Jordan profile – Leaders". BBC. 3 February 2015. Archived from the original on 22 July 2016. Retrieved 1 November 2016.
- ^ "King Hussein is dead". CNN. 7 February 1999. Archived from the original on 1 January 2017. Retrieved 1 November 2016.
- ^ Afshin Shahi (4 December 2013). The Politics of Truth Management in Saudi Arabia. p. 51. ISBN 9781134653195. Archived from the original on 6 February 2018. Retrieved 3 January 2018.
Bibliografi
sunting- Robins, Philip (9 February 2004). A History of Jordan. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-59895-8.
- George, Alan (2 December 2005). Jordan: Living in the Crossfire. Zed Books. ISBN 978-1-84277-471-7.
- Shlaim, Avi (2009). Lion of Jordan: The Life of King Hussein in War and Peace. Vintage Books. ISBN 9781400078288.CS1 maint: ref=harv (link)
Penulisan
sunting- Abdullah II dari Jordan (1 March 2012). Our Last Best Chance: The Pursuit of Peace in a Time of Peril. Penguin Books. ISBN 978-0-14-104879-6.
- Discussion papers
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Abdullah II ibn Al-Hussein. |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Abdullah II ibn Al-Hussein |
Wikisource mempunyai karya asli yang dikarang oleh atau mengenai: Abdullah II ibn Al-Hussein |
Rasmi
Liputan media
- Penampilan abdullahii di C-SPAN
- Abdullah II ibn Al-Hussein koleksi berita dan komen di The New York Times
- Karya oleh atau mengenai Abdullah II ibn Al-Hussein di perpustakaan (katalog WorldCat)
- Op-Eds
Temu bual
- 'Keeping Jordan's balance amid crisis' by CBS 60 Minutes
Abdullah II ibn Al-Hussein Tarikh keputeraan: 30 Januari 1962
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Hussein |
Raja Jordan 1999–kini |
Pemegang jawatan kini Pewaris jelas: Hussein bin Abdullah |