Koordinat: 31°56′N 35°56′E / 31.933°N 35.933°E / 31.933; 35.933

Amman (Arab: عمان ʿAmmān) ialah ibu negara Jordan. Bandar ini memiliki penduduk sekitar 2.5 juta orang mengikut anggaran tahun 2008.

City Of Amman

عمان ʿAmmān
Dari kiri atas: Menara Gerbang Jordan, Bank Al-Iskan, Masjid Raja Abdullah I, Latar langit Amman termasuk Le Royal Hotel, Jabal al-Qal'a, Tiang Bendera Raghadan, dan Amfiteater Rom di pusat bandar Amman
Dari kiri atas: Menara Gerbang Jordan, Bank Al-Iskan, Masjid Raja Abdullah I, Latar langit Amman termasuk Le Royal Hotel, Jabal al-Qal'a, Tiang Bendera Raghadan, dan Amfiteater Rom di pusat bandar Amman
Nama panggilan: 
Bandar tujuh bukit, Philadelphia, Ammon, Al rabbah
Lokasi Amman di Jordan
Lokasi Amman di Jordan
Negara Jordan
KegabenoranKegabenoran Ibu Negara
Kerajaan
 • Datuk bandarOmar AlMaani
Luas
 • Jumlah1,680 km2 (650 batu persegi)
 • Darat700 km2 (300 batu persegi)
Ketinggian
1,255 m (4,117 ft)
Penduduk
 (2005)[1]
 • Jumlah2,520,000
Laman webhttp://www.ammancity.gov.jo
1. Populasi merujuk kepada Amman Raya

Bandar ini sudah disebut pada abad ke-12 sebelum Masehi. Ketika itu bandar ini disebut Rabbath Ammon dan dihuni oleh suku Ammon. Kemudian bandar ini ditaklukkan oleh orang Yunani dan diberi nama Philadelphia.

Setelah ditaklukkan oleh bangsa Arab yang menyebarkan agama Islam, bandar ini disebut Amman. Sungguh menakjubkan, nama ini serupa dengan namanya yang dahulu. Bandar Amman moden didirikan pada tahun 1878.

Pada 9 November 2005, serangan bunuh diri terhadap tiga hotel di Amman menewaskan 57 orang dan mencederakan 120 lainnya sekitar pukul 20:50 (UTC+2).

Majlis perbandaran pertama Amman ditubuhkan pada tahun 1909. [2][9] Amman menyaksikan pertumbuhan pesat setelah penamaannya sebagai ibu kota Transjordan pada tahun 1921, dan setelah beberapa gelombang pelarian berturut-turut: Palestin pada tahun 1948 dan 1967; Iraq pada tahun 1990 dan 2003; dan Syria sejak 2011.

Ekonomi Amman berkembang dengan agak pesat [3] dan ia disenaraikan sebagai bandar global - Beta oleh Rangkaian Penyelidikan Bandar Dunia dan Globalisasi. Selain itu, ia dinamakan sebagai salah sebuah bandar terbaik di Timur Tengah dan Afrika Utara berdasarkan faktor ekonomi, buruh, alam sekitar dan sosio-budaya. Bandar ini adalah antara lokasi paling popular dalam rantau Arab untuk penubuhan pejabat serantau oleh syarikat multinasional, di samping Doha dan selepas Dubai.

RujukanSunting