Abdullah bin Muhammad Kasim

Abdullah bin Muhammad Kasim (1850-an - 1930) atau lebih dikenali sebagai Tok Senggora merupakan salah seorang tokoh ulamak di nusantara yang terkemuka.[1]

Cendekiawan Islam
Ulama tersohor dari Kelantan
Nama: Kassim Bin Abdulamin
Gelaran: Tok Senggora
Lahir: 1850-an
Wafat: 1930
Etnik: Melayu
Rantau: Semenanjung Tanah Melayu


Abdullah bin Muhammad Kasim atau nama penuhnya Syeikh Abdullah bin Muhammad Kasim al-Fiqhi al-Sanquri merupakan salah seorang daripada ulamak Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara. [2]

Kedudukan nusantara diantara jalan perdagangan tanah Arab dengan negara China merupakan peluang yang membenarkan kawasan nusantara menjadi satu kuasa bertaraf antarabangsa yang dipengaruhi oleh idea dan kebudayaan daripada bangsa Arab, India dan China.

Mereka yang bertaraf ulamak biasanya pernah melanjutkan penggajian ke Semenanjung Arab seperti di Mekah, atau Universiti Al-Azhar. Di sana mereka juga terdedah kepada kebudayaan Parsi, Rom dan Turki sebagaimana yang dapat dikesan dalam sastera golongan istana seperti Hikayat Amir Hamzah, dan juga oleh kebudayaan China seperti mana yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, dan Syair Siti Zubaidah.

Pengetahuan ugama dan politik dunia ini menjadikan mereka seseorang yang berpengaruh sekembalinya mereka ke nusantara ketika itu.

Rujukan sunting

  1. ^ Oleh RADZUAN GHAZALI, "JUDUL: Ulama Besar dari Patani, Pengarang: Ahmad Fathy al-Fatani, Penerbit: Penerbit UKM" Diarkibkan 2018-12-04 di Wayback Machine 11/06/2001. Diambil 04 Disember 2018
  2. ^ Oleh Shaharuddin Saad, "Tok Senggora: ulama Tajwid tersohor di alam Melayu." 2015. Diambil 04 Disember 2018

Pautan luar sunting