Al-Khawarizmi
Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi أبو عبد الله محمد بن موسى الخوارزمی atau Abū Jaʿfar Muḥammad ibn Mūsā al-Khwārizmī أبو جعفر محمد بن موسى الخوارزمی atau juga dikenali sebagai Al-Khawarizmi sahaja (780 - 850) ialah seorang pakar dalam bidang matematik, astronomi dan geografi dari Iran. Al-Khawarizmi juga dikenali sebagai bapa algebra.
Muhammad ibn Mūsā al-Khwārizmī | |
---|---|
Peribadi | |
Kelahiran | Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi ~ 780 |
Kematian | ~ 850 |
Agama | Islam |
Warganegara | Parsi |
Era | Zaman Kegemilangan Islam |
Kecenderungan utama | Matematik |
Buah fikir penting | Algebra |
Jawatan kanan | |
Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah
suntingBeliau telah menciptakan pemakaian sekan dan tangen dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda, beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah balai cerap iaitu tempat mempelajari ilmu hisab dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayakan untuk memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis ensiklopedia dalam pelbagai disiplin. Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh yang pertama kali memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik. Beliau juga menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu terkenal yang masih digunakan sampai sekarang.
Rujukan
sunting- ^ O'Connor, John J.; Robertson, Edmund F., "Abū Kāmil Shujāʿ ibn Aslam", MacTutor History of Mathematics archive, Universiti St Andrews.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Al-Khawarizmi. |