Adik-Adikku merupakan program realiti kanak-kanak kerjasama terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM1) bertujuan memupuk bakat kanak-kanak dalam berpidato, bertarannum, dan bernasyid.[1]

Seramai 20 penda'ie kecil menunjukkan bakat berpidato yang disusuli dengan tarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya. Mereka dibimbing oleh Dr Redhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainuldin dan Ustazah Asni Abu Mansor.

Semua peserta dikumpulkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) selama 3 minggu dan wajib mengikuti pembelajaran dalam kelas serta aktiviti riadah seperti memanah dan berkuda. Mereka berpeluang melawat Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Muzium Kesenian Islam, Planetarium Negara, Aquaria KLCC, Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Memorial Tun Abdul Razak, Petrosains KLCC dan Denai Alam.

Malam kemuncak diadakan pada 15 Mac 2010 di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.[2]

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan ada slot Gurindam Enam Pemimpin yang bertujuan mengenang jasa enam Perdana Menteri Malaysia.

Rujukan sunting