Buka menu utama

Ahmad Shah merupakan seorang pelakon filem awal Melayu. Beliau merupakan pelakon seangkatan dengan Nordin Ahmad, Ali Rahman dan Osman Gumanti.

Ahmad Shah
AhmadShah.jpg
Ahmad Shah

Beliau sering berlakon watak jahat dalam beberapa buah filem seperti "Syurga Dunia" dan "Manusia". Ahmad Shah pernah mendapat tawaran hero dalam filem pertama arahan Haji Mahadi iaitu "Permata Di Perlimbahan" tetapi menolak dan memberikannya kepada rakan baiknya iaitu Nordin Ahmad. Beliau mempunyai minat memandu kereta. Tidak lama selepas itu beliau terbabit dalam satu kemalangan jalan raya kerana memandu laju, yang meragut nyawanya.