Buka menu utama

Air terjun Kegon (華厳滝, Kegon no taki) adalah air terjun yang berada di Tasik Chuzenji, Taman Negara Nikkō, Wilayah Tochigi, Jepun. Penemunya adalah seorang sami bernama Shōdō Shōnin.

Air terjun Kegon
华 厳 滝 - Kegon no Taki
Lake chuzenji and kegon waterfall.jpg
Air terjun Kegon dan Tasik Chuzenji
LokasiTaman Negara Nikkō, Wilayah Tochigi, Jepun
Koordinat36° 44' 17" Latitud
139° 30' 09" Longitud
Tinggi97 m
Lebar7 m
SungaiSungai Daiya

Nama "Kegon" berasal dari sebutan untuk Sutra Avatamsaka dalam bahasa Jepun. Air terjun ini merupakan salah satu dari tiga air terjun paling terkenal di Jepun bersama-sama dengan Air terjun Nachi dan Air terjun Fukuroda. Dari atas air terjun, pelancong boleh turun ke bahagian bawah air terjun dengan menggunakan lif.

Air terjun ini terbentuk setelah perubahan arah aliran Sungai Daiya akibat aliran lahar yang disebabkan letusan Gunung Nantai. Sejumlah air terjun yang lebih kecil terdapat di sisi kiri, kanan dan bahagian belakang air terjun utama dengan air yang berasal dari celah batuan.

Air terjun ini merupakan kawasan kegemaran untuk dijadikan tempat membunuh diri. Pada 22 Mei 1903, Misao Fujimura menulis puisi terakhirnya yang berjudul Perasaan di Puncak Karang (巖頭之感, Gantō no Kan) sebelum terjun membunuh diri di situ.

Pautan luarSunting

Koordinat: 36°44′N 139°30′E / 36.733°N 139.500°E / 36.733; 139.500