Aishwarya Rai
Aishwarya Rai Bachchan (lahir 1 November 1973) ialah seorang pelakon wanita India dan pemenang pertandingan kecantikan Miss World 1994. Melalui kerjaya lakonannya yang berjaya, beliau telah menubuhkan dirinya sebagai salah seorang selebriti yang paling popular dan berpengaruh di India.[1] Rai telah menerima pelbagai penghargaan, termasuk dua Anugerah Filmfare, dan mendapat penghormatan dengan Padma Shri oleh Kerajaan India pada tahun 2009 dan Ordre des Arts et des Lettres oleh Kerajaan Perancis pada tahun 2012. Beliau sering disebut sebagai media sebagai "wanita yang paling cantik di dunia".[2][3]
Aishwarya Rai | |
---|---|
Kelahiran | |
Nama lain | Aishwarya Rai Bachchan |
Pusat pendidikan | Universiti Mumbai |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 1994–kini |
Pangkat | Miss World 1994 |
Pasangan | Abhishek Bachchan (k. 2007) |
Anak-anak | 1 |
Kepujian |
|
Semasa di kolej, Rai melakukan beberapa pekerjaan pemodelan. Berikutan penampilan di beberapa iklan televisyen, beliau memasuki pertandingan Miss India, di mana beliau memenangi tempat kedua. Beliau kemudiannya dinobatkan sebagai Miss World 1994, selepas itu dia mula menerima tawaran untuk berlakon filem. Beliau memulakan kerjaya lakonan dalam filem Tamil 1997 arahan Mani Ratnam Iruvar dan mendapat keluaran tayangan filem Hindi pertama dalam Aur Pyaar Ho Gaya pada tahun yang sama. Kejayaan komersial pertamanya ialah drama romantis Tamil Jeans (1998), yang mana beliau mencapai kejayaan yang lebih luas dan memenangi dua angerah Pelakon Wanita Terbaik di Filmfare untuk persembahannya di Hum Dil De Chuke Sanam (1999) dan Devdas (2002).
Rai mendapat penghargaan kritis untuk menjayakan watak seorang artis ghairah dalam filem percintaan Tamil Kandukondain Kandukondain (2000), heroin Tagore, Binodini, dalam filem Bengali Chokher Bali (2003), wanita yang mengalami depresi dalam Raincoat (2004), Kiranjit Ahluwalia dalam filem drama British Provoked (2006), dan seorang jururawat dalam drama Guzaarish (2010). Kejayaan komersial terkenal Rai ialah filem romantik Mohabbatein (2000), filem pengembaraan Dhoom 2 (2006), romantik sejarah Jodhaa Akbar (2008), cereka sains Enthiran (2010), dan drama romantik Ae Dil Hai Mushkil (2016).
Rai berkahwin dengan pelakon Abhishek Bachchan pada tahun 2007; pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan. Peranan luar layarnya termasuk tugas sebagai duta jenama untuk beberapa pertubuhan amal dan kempen. Beliau ialah Duta Muhibah untuk Program Bersama PBB mengenai AIDS (UNAIDS). Pada tahun 2003, beliau ialah pelakon India pertama yang menjadi ahli juri di Festival Filem Cannes.[4]
Kehidupan peribadi
suntingAishwarya Rai sebelum ini berpacaran dengan pelakon Salman Khan dan hubungan mereka terputus dan kemudiannya beliau jatuh hati dengan pelakon terkenal Abhishek Bachchan.[5]
Pada 20 April 2007, Aishwarya Rai menjadi menantu kepada keluarga Bachchan apabila beliau memilih aktor Abhishek Bachchan sebagai pasangan hidupnya. Perkahwinan pasangan ini dijalankan di rumah kediaman keluarga Abhishek sendiri yang dihadiri oleh ribuan peminat, media dan juga rakan-rakan seangkatannya.[6]
Aishwarya Rai Bachchan telah melahirkan anak perempuan pada 16 November 2011 dan berita gembira ini diumumkan oleh Amitabh Bachchan melalui Twitternya. Keluarga Bachchan mengatakan bahawa gambar yang telah disebarkan di Internet serta Facebook iaitu sebagai Aishwarya berada di hospital bersama anaknya adalah palsu. Bachchan kemudiannya mengatakan bahawa gambar Aishwarya Rai bersama anaknya akan disebarkan di seluruh media sebaik sahaja, Aishwarya keluar dari hospital. Keluarga Bachchan mengatakan bahawa nama anak Aishwarya harus dimulakan dengan huruf B selepas melihat astrologi.
Kerjaya
suntingRai telah dianugerahkan Padma Shri dan beliau juga telah berlakon dalam banyak filem. Antara filem Box Office yang dilakonkan oleh beliau ialah Dhoom 2, Guru, Enthiran, Pink Panther 2, dan sebagainya. Beliau juga telah menjadi duta LOREAL, LUX dan sebagainya. Aishwarya telah diperkenalkan di dunia perfileman oleh pengarah Mani Ratnam melalui filem Iruvar.
Filemografi
suntingAnugerah
suntingRai telah menerima sepuluh pencalonan Anugerah Filmfare, dan telah memenangi dua piala Pelakon Wanita Terbaik untuk Hum Dil De Chuke Sanam (1999) and Devdas (2002).[7][8][9] Pada tahun 2009, beliau dianugerahkan Padma Shri, anugerah awam India tertinggi keempat, oleh Kerajaan India atas sumbangannya kepada seni.[10][11] Pada tahun 2012, beliau telah dianugerahkan Ordre des Arts et des Lettres (Chevalier), perintah negara Perancis
Rujukan
sunting- ^ Simon Robinson. "India's Most Influential". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 November 2016.
- ^ Tricia, McDermott (29 December 2004). ""The World's Most Beautiful Woman?"". CBS News. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 October 2013.
- ^
- Simon, Bob. "The most beautiful woman in the world [Aishwarya Rai]". 60 Minutes. CBS. 29 December 2004.
- "'World's most beautiful woman' Aishwarya Rai gives birth". The Telegraph. 16 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2018.
- Hiscock, Geoff (2007). India's global wealth club. John Wiley and Sons. m/s. 6. ISBN 0-470-82238-4.
- "Meet the Biggest Movie Stars on the Planet (You May Not Have Heard Of)". The Oprah Winfrey Show. 28 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 March 2017. Dicapai pada 28 March 2017.
- Chhabra, Aseem (9 February 2005). "Ash does fine on Letterman". Rediff. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 May 2009.
- ^ "Aishwarya at Cannes 2010 | CNN Travel". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 May 2017. Dicapai pada 10 January 2018.
- ^ "Salman Khan chapter was a nightmare in my life: Aishwarya Rai". Diarkibkan daripada yang asal pada 20 January 2012. Dicapai pada 19 September 2009.
- ^ "Abhishek arrives on horseback for wedding". Rediff. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 May 2011. Dicapai pada 16 June 2011.
- ^ Neha Sharma. "OVER THE YEARS: Ash good as it can get". Hindustan Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2012. Dicapai pada 16 September 2012.
- ^ "The 51st Filmfare Awards". The Times of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2012. Dicapai pada 1 June 2011.
- ^ "Bollywood's best actresses. Ever". Rediff. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2012.
- ^ "Why Aaradhya cried on Aishwarya Rai Bachchan's 39th birthday". Hindustan Times. India. 2 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 November 2012. Dicapai pada 2 November 2012.
- ^ "Aishwarya, Akshay, Helen in Padma Shri list". The Hindu. Chennai, India. 26 January 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 February 2009. Dicapai pada 26 January 2009.
Bacaan lanjut
sunting- Ghosh, Biswadeep (2004). Hall of Fame: Aishwarya Rai. Mumbai: Magna Books. ISBN 978-81-7809-244-7.
- Gitanjali Roy (1 November 2013). "Aishwarya Rai Bachchan: World's envy, India's pride". NDTV.com.
- David Lagachu (2 February 2014). "Why Aishwarya Rai Bachchan Is The Biggest Female Star Of India?". Koimoi.com.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Aishwarya Rai. |
Anugerah dan pencapaian | ||
---|---|---|
Didahului oleh Lisa Hanna |
Miss World 1994 |
Diikuti oleh: Jacqueline Aguilera |
Didahului oleh Ruffa Gutierrez |
Miss World Asia dan Oceania 1994 |
Diikuti oleh: Choi Yoon-young |