Al-Afdhal Syahansyah
al-Malik al-Afdal bin Badrul Jamali Syahansyah (Arab: الأفضل شاهنشاه بن بدر الجمالي ); 'Akka, 1066 - 11 Disember 1121) adalah wazir Khalifah Fatimiyyah di Mesir.
Beliau adalah putera Badr al-Jamali, seorang Mamluk Armenia. Badr adalah wazir Fatimiyyah di al-Qahirah dari tahun 1074 hingga kematiannya di tahun 1094, ketika anaknya menggantikannya. Khalifah Ma'ad al-Mustanshir Billah meninggal setelah itu, dan al-Afdhal menunjuk al-Musta'li yang masih kanak-kanak sebagai khalifah dan bukan abangnya al-Mustali, Nizar, yang telah dicalonkan sebagai penggantinya. Nizar memberontak dan dikalahkan; pendukungnya, dipimpin oleh Hasan Shabbah, lalu lari ke barat, di mana Hassan mendirikan Hashshashin.
Pada waktu itu, kekuasaan Fatimiyyah di Palestin telah merosot akibat datangnya Turki Seljuk. Pada tahun 1098 al-Afdhal mengambil alih Baitulmaqdis dari Seljuk, dan mengusir gabernor Ortoqidnya ke tempat seorang Fatimiyah. Di tahun berikutnya, Baitulmaqdis ditakluki oleh Tentera Salib; al-Afdhal awalnya tidak ambil endah pada mereka, lalu beliau berpendapat bahawa mereka adalah saudagar Byzantine dan akan berguna dengan penaklukan Antioch dari Turki Seljuk. Namun ternyata ia salah, sebab mereka juga musuh Fatimiyyah. Ketika nampak jelas bahawa Tentera Salib takkan pergi hingga mendapatkan kendali kota, al-Afdhal berbaris dari Kaherah, namun terlambat untuk membebaskan Jerusalem, yang jatuh pada tanggal 15 Julai 1099. Pada tanggal 12 Ogos, Tentera Salib telah mengejutkan al-Afdhal dalam Pertempuran Ascalon dan mengalahkan pasukannya sepenuhnya. Al-Afdhal berbaris tiap tahun untuk menyerang Kerajaan Jerusalem yang baru didirikan, dan pada tahun 1105 cuba bersekutu dengan Damsyik terhadap mereka, namun dikalahkan di Ramallah. Tentera Salib tetap di kota itu hingga kedatangan Salahuddin al-Ayyubi beberapa dekad kemudian.
Al-Afdhal juga memperkenalkan reformasi pajak (iqta) di Mesir, yang bertahan hingga Salahuddin al-Ayyubi menduduki Mesir. Al-Afdhal dijuluki dengan gelaran Jalalul Islam ("kemuliaan Islam") dan Nashiruddin ("Penolong Agama"). Beliau dibunuh pada tahun 1121 dan digantikan oleh Al-Bata'ihi.