Albert Arnold "Al" Gore, Jr. (lahir 31 Mac 1948; Jawi: ايلبرت ارنول‌د "ايل" ݢور⹁ جونيئر) ialah ahli politik Amerika Syarikat, peniaga, aktivis perubahan cuaca serta pemenang Hadiah Nobel yang berkhidmat sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat ke-45 dari 20 Januari 1993 hingga 20 Januari 2001. Beliau merupakan calon parti Demokrat pada pilihanraya Presiden 2000, namun kalah kepada calon parti Republikan George W. Bush dengan keputusan yang sangat sengit selepas pengiraan semula undi di negeri Florida.

Al Gore
ايل ݢور
Al Gore, Vice President of the United States, official portrait 1994.jpg
Potret rasmi, 1994
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-45
Dalam jawatan
20 Januari 1993 – 20 Januari 2001
PresidenBill Clinton
Didahului olehDan Quayle
Digantikan olehDick Cheney
Senator A.S.
dari Tennessee
Dalam jawatan
3 Januari 1985 – 2 Januari 1993
Didahului olehHoward Baker
Digantikan olehHarlan Mathews
Ahli Dewan Perwakilan A.S.
dari daerah ke-6 Tennessee
Dalam jawatan
3 Januari 1983 – 3 Januari 1985
Didahului olehRobin Beard
Digantikan olehBart Gordon
Dalam jawatan
3 Januari 1977 – 3 Januari 1983
Didahului olehJoe L. Evins
Digantikan olehJim Cooper
Kawasan pilihan rayadaerah ke-4 (1977-1983)
daerah ke-6 (1983-1985)
Butiran peribadi
Lahir (1948-03-31) 31 Mac 1948 (umur 73)
Washington, D.C.
Parti politikDemokrat
PasanganTipper Gore (k. 1970; c. 2010)
Anak-anak4
Alma materUniversiti Harvard
PekerjaanAhli politik
Tandatangan
Laman web rasmihttp://www.algore.com/
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Amerika Syarikat
Perkhidmatan/
cawangan
Flag of the United States Army.svg Tentera Darat Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1969–1971
PangkatArmy-USA-OR-02.svg Prebet
UnitBriged Jurutera ke-20
PertempuranPerang Vietnam
AnugerahMedal Khidmat Pertahanan Kebangsaan

Gore sebelumnya pernah menjadi ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dan Senator dari Tennessee.[1] Beliau ditewaskan oleh George W. Bush dalam pilihan raya menjadi Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2000. Pilihan raya itu menimbulkan banyak kontroversi, dan hanya diselesaikan melalui keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

Selepas kekalahan itu, Gore telah mengubah fokusnya kepada fenomenon perubahan cuaca yang mengancam dunia kita. Beliau telah memberi kuliah di seluruh Amerika Syarikat serta dunia tentang topik ini, demi meningkatkan kesedaran warga dunia. Filem dokumentarinya, An Inconvenient Truth yang bertemakan pemanasan global berjaya memenangi Anugerah Academy Awards untuk dokumentari terbaik. Pertubuhan yang dipimpin oleh beliau, Save Our Selves telah menganjurkan konsert amal Live Earth yang berlangsung serentak di beberapa lokasi seluruh dunia pada 7 Julai 2007. Sebagai pengiktirafan kerjanya dalam bidang ini, Gore telah dihadiahkan Hadiah Keamanan Nobel bersama Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca pada 12 Oktober 2007.

Walaupun kepopularan baru serta kejayaan tersebut banyak meninggikan peluang kemenangan beliau dalam pilihan raya Presiden 2008, Gore telah berulang kali menafikan hasrat untuk menyertai perlumbaan untuk menjadi calon Parti Demokrat dalam pilihan raya tersebut.

Kehidupan awalSunting

Albert A. Gore, Jr., anak kepada Albert Arnold Gore, Sr. dan Pauline LaFon Gore, dilahirkan di Washington, D.C.. Gore Sr. merupakan ahli Dewan Perwakilan (1939–1944, 1945–1953) serta Senator dari Tennessee (1953–1971). Beliau dibesarkan di Washington dan Carthage, Tennessee.

Gore menghadiri Harvard College dan mendapat Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam bidang kerajaan pada Jun 1969. Beliau juga menyertai angkatan tentera. Dalam Perang Vietnam, Gore berkhidmat di situ selama empat bulan sebagai wartawan medan. Selepas meninggalkan angkatan tentera, Gore menyertai kursus pendidikan keagamaan di Vanderbilt University. Pada 1970, beliau mengahwini Mary Elizabeth Aitcheson.

Sebagai wartawan akhbar The Tennessean, beliau telah mendedahkan kes rasuah di kalangan Majlis Metro Nashville. Akibat itu, dua ahli majlis telah ditahan dan didakwa.

RujukanSunting

  1. ^ "Biography: Gore's road from Tennessee to the White House". CNN. June 16, 1999. Dicapai pada June 29, 2010.

Pautan luarSunting