12 Oktober
tarikh
<< | Oktober | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 | ||||
2023 |
12 Oktober merupakan hari ke-285 (hari ke-286 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 80 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Hispanik di Sepanyol dan kebanyakan Amerika Latin (1492);
- Hari Penentangan Orang Asli di Venezuela;
- Peringatan Columbus di beberapa negara Amerika;
- Hari Wanita Kami Aparecida dan Hari Kanak-Kanak di Brazil;
- Hari Kemerdekaan di Guinea Khatulistiwa (1968).
PeristiwaSunting
- 1398 - Duchy Agung Lithuania dan Kesateria Teuton memeterai Perjanjian Salynas, cubaan ketiga selepas Perjanjian Königsberg dan Perjanjian Lyck menyerahkan Samogitia kepada Kesatria.
- 1492 - Christopher Columbus mendarat di Caribbean, tetapi menyangka dia telah sampai ke Hindia Timur.
- 1810 - Oktoberfest pertama diadakan di Munich bagi meraikan perkahwinan Putera Ludwig I dari Bavaria (gambar).
- 1859 - "Maharaja Amerika Syarikat dan Pelindung Mexico" Joshua A. Norton (gambar) "mengarahkan" Kongres Amerika Syarikat dibubarkan.
- 1928 - Pengudara perubatan paru-paru besi digunakan buat kali pertama dalam perawatan mangsa polio, di Boston, A.S.
- 1984 - Tentera Republik Ireland Sementara (IRA) gagal dalam percubaannya membunuh Perdana Menteri British Margaret Thatcher dan kabinetnya dalam pengeboman hotel Brighton.
- 1999 - Satu rampasan kuasa oleh Jeneral Pervez Musharraf menyingkirkan kerajaan Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif.
- 2000 - Dua pengebom berani mati menyerang kapal pembinasa Tentera Laut A.S. USS Cole semasa berlabuh di Aden, Yaman, membunuh 17 anak kapalnya dan mencederakan 39 lagi.
- 2002 - Satu siri bom kereta meletup di pulau Bali, Indonesia, mengorbankan 202 orang dan mencederakan 209 yang lain.
- 2007 - Hadiah Keamanan Nobel dianugerahkan kepada Al Gore dan Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca.
- 2007 - Turki memanggil pulang duta ke Amerika Syarikat selepas Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan AS meluluskan resolusi mengecam penghapusan etnik Armenia semasa zaman Empayar Turki Uthmaniyyah.
- 2016 - Syarikat dari Korea Selatan, Samsung Electronics Co. Ltd. menghentikan jualan telefon pintar terbarunya seluruh dunia iaitu Samsung Galaxy Note 7 selepas mengalami masalah kualiti bateri sehingga menyebabkan telefon pintar tersebut meletup atau terbakar ketika di cas serta memanggil semula 2.5 juta unit keatas semua pengedar global seluruh dunia.
KelahiranSunting
KematianSunting
- 2007 - Soe Win, Perdana Menteri Myanmar ke-10