Alimuddin Mohd Dom

Tan Sri Dato Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom merupakan bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.Beliau bersara pada 6 November 2010 setelah berkhidmat selama 34 tahun dalam dunia pendidikan. Kini beliau menjadi Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).

Tan Sri Dato Haji Alimuddin

Beliau berasal dari Ayer Tawar, Sitiawan, Perak. Isterinya ialah Puan Sri Datin Hajjah Mazlilah Ahmad Mansor.

Pendidikan sunting

Alimuddin bersekolah di Sekolah Kebangsaan Telok Murok, Sitiawan dan Anglo Chinese School, Sitiawan. Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Sosiologi dan Sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1976) dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti Putra Malaysia (1989). Kerjaya sebagai guru bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri, Changkat Jering, Taiping ,Perak pada tahun 1976.[1]

Kerjaya sunting

Beliau bertukar 15 buah sekolah :

  1. 1976 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri Changkat Jering,Changkat Jering, Taiping, Perak (Guru)
  2. 1984 Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Perang Kiri ,Tapah Road, Perak (Penolong Kanan)
  3. 1988 - Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Teluk Intan, Perak (PK HEM)
  4. 1989 Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan TLDM, Lumut,Perak (Pengetua)
  5. 1990 KPP Unit Teknologi Pendidikan (Jabatan Pendidikan Negeri Perak).
  6. 1992 - Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar,Perak (Penolong Kanan)
  7. 1993 Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Ipoh,Perak (Pengetua)
  8. 1995 Sekolah Menengah Sains Teluk Intan Perak (Pengetua)
  9. 1996 Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh, Perak (Pengetua)
  10. 1999-2003 Kolej Melayu Kuala Kangsar,Kuala Kangsar,Perak (Pengetua).

Seterusnya beliau menjadi pentadbir di Kementeran Pelajaran sebagai :

  1. Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah
  2. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta
  3. Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  4. Ketua Jemaah Nazir
  5. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Sekolah).
  6. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (16 Julai 2007 - 6 November 2010 )
  7. Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (Awal 2012)

Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam sunting

Alimuddin dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan oleh kerajaan pada Jun 2012. Transformasi perkhidmatan awam negara banyak bergantung kepada kemajuan sektor perguruan kerana hampir satu per tiga daripada jumlah keseluruhan penjawat awam adalah guru. Perkhidmatan awam perlu dipertingkatkan terutamanya perguruan agar lebih baik, produktif dan bertaraf dunia.[2] Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya.[3]

Pingat sunting

Beliau menerima pingat PPT (DYMM Sultan Perak) AMN, AMP (Perak), Pingat Penghormatan Guru (sempena hari Guru Negeri Perak) dan pada 19 April 2007 beliau dianugerahkan Pingat DPMP dari DYMM Sultan Perak.

Peristiwa penting sunting

  1. PPSMI dimansuhkan
  2. Pelajar dihadkan mengambil 10 mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Dasar Satu Murid Satu Sukan diperkenalkan untuk memastikan budaya bersukan dipupuk dari alam persekolahan untuk menghasilkan pelajar yang cergas dan cerdas.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Tan Sri Dato' Haji Alimuddin B. Hj. Mohd Dom". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-27. Dicapai pada 2012-01-26.
  2. ^ Alimuddin mahu kongsi pengalaman tambah baik perkhidmatan awam
  3. ^ []
  4. ^ Alimuddin bersara setelah 34 tahun berkhidmat