Amr Diab

Pelakon dan penyanyi lelaki Mesir

Amr Abdel Basset Abdel Azeez Diab (Arab: عمرو دياب; lahir di Port Said, Mesir, 11 Oktober 1961; umur 63 tahun) merupakan seorang penyanyi, pelakon, dan komposer yang berasal dari negara Mesir. Amr Diab telah bergiat di dalam dunia hiburan Arab selama 20 tahun. Diab telah menghasilkan album pertamanya berjudul Ya Tareeq pada tahun 1983. Album kedua Diab, Ghanny Men Albak (1984) iaitu album pertama daripada siri rekod yang dihasilkannya dengan Delta Sound; termasuk Hala Hala (1986), Khalseen (1987) dan Mayyal (1988), dengan judul runut yang meningkat sebagai salah satu daripada 10 lagu paling popular di dunia pada masa itu. Kemudian beliau menghasilkan album lain berjudul Shawa'na (1989), Matkhafesh (1990), Habibi (1991), Ayyamna (1992), Ya Omrena (1993), Weylomony (1994) dan Rag'een (1995). Pada tahun 1996, Diab menghasilkan album pertamanya dengan Alam El Phan berjudul Nour El Ain dan memenangi anugerah muzik dunia buat kali pertama yang membuktikan kejayaannya di peringkat antarabangsa dan Diab diiktiraf oleh penutur selain bahasa Arab. Diab merakam empat lagi album bersama Alam El Phan, termasuk Amarain (1999). Diab turut bekerjasama dengan Khaled (untuk lagu "Alby") dan dengan Angela Dimitriou (untuk lagu "Bahebak Aktar"). Pada musim panas 2004, Diab meninggalkan Alam El Phan, lalu mengeluarkan album pertamanya dengan Rotana Records, Leily Nehary dan disusuli dengan Kammel Kalamak (2005) dan El Lilady (2007) yang meraih kejayaan besar.

Amr Diab
Amr Diab
Maklumat latar belakang
Nama lahirAmr Abdel Basset Abdel Azeez
Juga dikenali
sebagai
الهضبة Sunting nilai ini di Wikidata
Kelahiran (1961-10-11) 11 Oktober 1961 (umur 63)
Mesir Port Said, Mesir
WarganegaraMesir Sunting nilai ini di Wikidata
GenreMuzik Mesir, muzik Arab, Pop, Arabesque-pop music R&B
Pekerjaanpenyanyi, komposer, pelakon
Alat muzikGitar, suara, piano dan Oud Sunting nilai ini di Wikidata
Tahun aktif1983–kini
DiskografiLihat: Amr Diab discography (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Syarikat rakaman
Anggota keluarga/pasangan
Suami/isteriShereen Reda (en) Terjemah
Dina As-Sharbini Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan berkaitan
Tapak sesawangamrdiab.net Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainIMDB: nm0229018 Facebook: AmrDiab Twitter: amrdiab Instagram: amrdiab Youtube: UCpui0-2JqcAcII4ybpB1q3w Youtube: AmrDiab TikTok: AmrDiab Souncloud: amrdiab Spotify: 5abSRg0xN1NV3gLbuvX24M Apple Music: 15869915 Deezer: 99345 Tidal: 3506176 Musicbrainz: ba26c1ff-e5e2-42c2-b1d7-b6f82ebc37ac Songkick: 2971966 Discogs: 99728 Allmusic: mn0000748660 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Amr Diab

Kehidupan Awal

sunting

Amr Diab dilahirkan di Port Said, Mesir pada 11 Oktober 1961. Bapanya, Abdel Basset Diab merupakan seorang pekerja di Perbadanan Terusan Suez dan menggalakkan anaknya, Amr Diab untuk menunjukkan bakatnya sebagai seorang penyanyi di majlis-majlis keramaian di sekitar Port Said.

Apabila Amr Diab berumur 6 tahun, bapanya telah membawa beliau ke Perayaan 23 Julai di Port Said di mana mereka telah mengunjungi sebuah stesen penyiaran tempatan dan Amr Diab telah pertama kali menyanyi di radio Mesir dengan menyanyikan lagu kebangsaan Mesir yang bertajuk Bilady, Bilady, Bilady (Negaraku, Negaraku, Negaraku). Beliau telah mendapat pujian daripada Gabenor Port Said yang menghadiahkan beliau sebuah gitar.

Pautan luar

sunting