"Arena Cahaya" ialah lagu nyanyian Zee Avi yang dikeluarkan pada 23 November 2015.[1][2] Ia merupakan lagu tema filem Ola Bola arahan Chiu Keng Guan.[3][4][5] Menerusi Festival Filem Taipei Golden Horse, "Arena Cahaya" memenangi kategori Lagu Terbaik dan juga memenangi kategori Lagu Tema Asal Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28.[6]

"Arena Cahaya"
Single oleh Zee Avi
daripada album OST Ola Bola
Dilancarkan pada23 November 2015 (Persembahan secara langsung)
Format
GenreAkustik
Panjang4:15 minit
Syarikat
Penulis
  • Zee Avi
  • Rendra Zawawi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu ini dirakamkan semula pada tahun 2020 dengan menampilkan 27 penggiat seni menerusi kempen #HopeForMalaysians, diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment dan Monotone Inc.[7]

Penerbitan sunting

Menurut Zee Avi, "Arena Cahaya" mengambil masa sebulan untuk disiapkan dan dihasilkan bersama rakan karibnya, Rendra Zawawi, termasuk juga susunan muzik. "Arena Cahaya" ditulis dalam dua bahasa, Melayu dan Inggeris bagi menggambarkan negara Malaysia yang berbilang bangsa. Zee dihubungi oleh pengarah Chiu Keng Guan di laman Facebook bagi menerbitkan lagu tema Ola Bola dan bersetuju tanpa berfikir panjang.[4] Beliau berkata mengenai lagu ini: "Tak sangka lagu Melayu pertama saya ini ("Arena Cahaya") mampu merentasi jurang bahasa dan ia bukti kukuh bahawa muzik melangkaui perbezaan itu. Apa yang penting ia dihasilkan sepenuh hati,".[8]

Format dan senarai runut sunting

  • Muat turun digital[9]
  1. "Arena Cahaya" – 4:15

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 23 November 2015 Muat turun digital[9]
Media penstriman[10]
Measat Broadcasting Network Systems Sdn Bhd

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Penerima dan pencalon Kategori Keputusan
2016 Taipei Golden Horse Film Fest "Arena Cahaya" Lagu Terbaik Menang
Festival Filem Malaysia ke-28 Lagu Tema Asal Terbaik Menang

Rujukan sunting

  1. ^ N. Rama Lohan (20 Februari 2016). "Ola Bola theme song Arena Cahaya and its US-based roots". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-26. Dicapai pada 16 Januari 2017.
  2. ^ Zaidi Mohamad (23 November 2015). "Zee Avi nyanyi lagu tema filem Ola Bola". Berita Harian. Dicapai pada 16 Januari 2017.
  3. ^ Azizi, Mohd Al Qayum (24 November 2015). "Zee Avi Muncul Dengan 'Arena Cahaya'". mStar. Dicapai pada 16 Januari 2016.
  4. ^ a b "Zee Avi pertaruh 'Arena Cahaya'". Sinar Harian. 25 November 2015. Dicapai pada 16 Januari 2016.
  5. ^ Chua, Dennis (23 November 2015). "Zee Avi performs theme song to footie movie OlaBola [VIDEO]". New Straits Times. Dicapai pada 16 Januari 2016.
  6. ^ Alhamzah, Tahir (2 Oktober 2016). "'Arena Cahaya' up for Best Song trophy at Taipei Golden Horse Film Fest". New Straits Times. Dicapai pada 16 Januari 2017.
  7. ^ Zaidi Mohamad (23 April 2020). Simbolik penyatuan 27 penggiat seni Berita Harian. Dicapai pada 23 Mei 2020.
  8. ^ Joseph, Georgie (29 November 2016). "Luar jangkaan Zee Avi". Harian Metro. Dicapai pada 16 Januari 2017.
  9. ^ a b "Arena Cahaya - Single". iTunes Store (MY). Apple. 1 November 2018. Dicapai pada 17 April 2018.
  10. ^ "Arena Cahaya - Single by Zee Avi". Spotify. 1 November 2018. Dicapai pada 17 April 2018.