Buka menu utama

Prof Dr Ariffin S.M Omar (lahir 1949, umur 63 tahun) berasal dari Pulau Pinang.

Pendidikan dan kerjayaSunting

Ariffin bersekolah di St Xavier’s Institution. Kemudian sambung belajar di Universiti Sains Malaysia. Beliau melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Singapura dengan memperolehi ijazah sarjana (M.A.). Setelah mengajar di USM, beliau memasuki Universiti Kebangsaan Australia untuk memperolehi ijazah doktor falsafah (PhD) pada 1991.

Beliau menjadi pensyarah di USM (1974-2006) dan pensyarah tamu di Universiti Utah (1998). Sepanjang kerjayanya, beliau menjadi Pegawai Orientasi American Peace Corps (1979) di Melaka. Beliau turut menyumbang kepakaran beliau bagi menulis 'Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu', Dewan Bahasa dan Pustaka (1992-1996). Beliau turut menjadi Perunding Konsep Kajian Bangsa dan Umma-Perbandingan di SEA, Tokyo, Mei 2007.Di UUM, beliau mengajarkan subjek Hubungan Antarabangsa bagi Ijazah Sarjana Sains (Pengajian Strategik).

Beliau adalah seorang pakar dalam Sejarah Melayu dan telah memberi syarahan di USM dan Universiti Utara Malaysia sebelum ke Universiti Pertahanan Malaysia. Buku 'Bangsa Melayu' (1991) diterbitkan oleh Oxford University Press.

Karya beliau 'Bangsa Melayu: Malay Concepts of Democracy and Community 1945 – 1950' diterbitkan oleh Oxford University Press, 1993. Buku 'Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu: Runtuhnya Kerajaan-Kerajaan Melayu Sumatera Timur pada Tahun 1946' (2001, USM Press) memaparkan kajian tentang kejatuhan pemerintahan diraja di Sumatera Timur pada 1946. Buku 'Bumiputra Policies: Dynamics and Dilemmas' (2004, Kajian Malaysia) mengenai masalah negara yang berlaku akibat kerajaan mengenepikan keadilan sosial di Malaysia.

Dr Ariffin yang juga seorang Fulbright Fellow di University of Utah, Amerika Syarikat, kini sedang menulis buku mengenai hubungan antara kaum dan kebebasan beragama di Malaysia.

Presiden AliranSunting

Ariffin adalah pengasas pergerakan NGO bukan politik, Aliran, bekas presiden (1997) dan Setiausaha 1 (1978) pergerakan Aliran. Antara pemimpin Aliran ketika itu ialah Chandra Muzaffar, SP Subramaniam, Siew Kam Poh, Ismail Hashim dan Nor Rashid Ariffin. Beliau aktif dalam gerakan hak asasi manusia serta menentang korupsi dan salah guna kuasa serta menggalakkan amalan demokrasi. Aliran dilancarkan pada 12 Ogos 1977 dan menerbitkan majalah berkala mulai 1982. Majalah ini banyak membicarakan tentang ISA, OSA, hak asasi manusia, AUKU dan lain-lain. [1]

SenatorSunting

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng setuju dengan perlantikan Ariffin sebagai Senator bagi mewakili hasrat dan suara rakyat Pulau Pinang.

Ariffin telah menyertai DAP pada 2011.Beliau menyertai DAP atas keyakinan bahawa parti itu bukan sahaja ditegakkan atas dasar berbilang kaum tetapi juga mengamalkan politik yang menolak perkauman. Pemilihan parti itu kerana ia tidak mementingkan kaum sebaliknya berorientasikan kaum dan mewakili semua kaum. Penyertaan beliau ke dalam DAP disaksikan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong dan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari.

Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah digugurkan daripada jawatan senator, dan tempoh perkhidmatan beliau yang berakhir pada 30 Mei 2012 tidak akan diperbaharui. Tunku Abdul Aziz menghadapi kecaman daripada DAP selepas menolak menolak Perhimpunan Bersih 2012 pada 28 April 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Bekas setiausaha PKR dan pengarah pilihan raya PKR Mustafa Kamal Mohd Yusoff sebagai Senator juga tidak akan diperbaharui.[2]

Hasil penulisanSunting

  1. British Colonialism and the Marginalization of the Malays in Penang ; 2002
  2. Revolusi Indonesia dan bangsa Melayu : runtuhnya kerajaan-kerajaan Melayu Sumatera Timur pada tahun 1946 ;Penerbit Universiti Sains Malaysia, 1999
  3. Bangsa Melayu : Malay concepts of democracy and community 1945-1950; Oxford University Press, 1993.[3]
  4. The Bumiputera Policy: Dynamics and Dilemmas ;Ariffin Omar dan Richard Mason : Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2005
  5. "Bangsa Melayu dan Konsep Umma di Malaysia" dalam Prosiding Simposium pada Bangsa dan Umma, Tokyo: Universiti Sophia, 2007
  6. "Penjajahan dan Kemunculan Masyarakat Majmuk di Tanah Jajahan British Malaysia sebagai hasil Migrasi Buruh dan Akibat selepas kemerdekaan" Transformasi pertanian dan Differtiation yang areal dalam Mengglobalisasikan Asia Tenggara. Tokyo: Rikkyo Universiti, 2002

Anugerah dan pengiktirafanSunting

Beliau dilantik sebagai Pelawat Felo Institut Pengajian Tenggara, Singapura 1993 dan Fulbright persahabatan sebagai Profesor Tamu di Universiti Utah, Amerika Syarikat, 1998. [4]

RujukanSunting

  1. ^ Democracy in Malaysia: discourses and practices ;Francis Kok-Wah Loh, Boo Teik Khoo
  2. ^ Kerajaan Negeri Cadang Dr Ariffin & Syed Shahir Sebagai Anggota Dewan Negara
  3. ^ Arifin Omar
  4. ^ ARIFFIN BIN SM OMAR