"Army Of Me" ialah single sulung yang dikeluarkan daripada album studio Björk kedua yang bertajuk Post. Lagu ini telah ditulis oleh Björk dan Graham Massey serta diterbitkan oleh Björk, Graham Massey dan Nellee Hooper. Single ini telah dilancarkan pada 21 April, 1995.

"Army Of Me"
Single oleh Björk
daripada album Post
Sisi B"Cover Me" (Versi gua)
"You've Been Flirting Again" (Versi Bahasa Iceland)
"Sweet Intuition"
Dilancarkan21 April 1995
FormatCakera padat
Kaset[1]
Rekod vinil 7 inci[2]
Rekod vinil 12 inci[3]
GenrePerindustrian, trip-hop, elektronika
Panjang3:54
SyarikatOne Little Indian
PenulisBjörk
Graham Massey
PenerbitBjörk
Nellee Hooper
Graham Massey
Kronologi single Björk
""Violently Happy"
(1994)"
"Army Of Me" ""Isobel"
(1995)
Kulit lain
Cakera padat 2 UK
Cakera padat 2 UK
Keluaran bagi runut bunyi Tank Girl di Amerika Syarikat
Keluaran bagi runut bunyi Tank Girl di Amerika Syarikat
Keluaran format kaset UK
Keluaran format kaset UK
Keluaran format kaset Australia
Keluaran format kaset Australia

"

sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu ini mempunyai nada berciri "perindustrian" ditambah dengan beberapa contoh bunyi letupan. Lagu ini juga hadir dalam album runut bunyi bagi filem Tank Girl dalam tahun yang sama.

Senarai runut dalam single

sunting

Cakera padat UK 1 dan kaset promo UK

sunting
  1. "Army Of Me"
  2. "Cover Me" (Versi gua)
  3. "You've Been Flirting Again" (Versi Bahasa Iceland)
  4. "Sweet Intuition"

Cakera padat UK 2

sunting
  1. "Army Of Me" (Mix ABA All-Stars)
  2. "Army Of Me" (Mix Massey)
  3. "Army Of Me" (menampilkan Skunk Anansie)
  4. "Army Of Me" (Mix ABA All-Stars instrumental)

Kaset UK dan Australia

sunting

A1. "Army Of Me"
A2. "Army Of Me" (Mix ABA All-Stars)
B1. "Army Of Me"
B2. "Amry Of Me" (Mix ABA All-Stars)

Rekod vinil 7 inci promo UK

sunting
  1. "Army Of Me"
  2. "Army Of Me" (Mix ABA All-Stars instrumental)

Rekod vinil 12 inci promo UK

sunting
  1. "Army Of Me" (Mix ABA All-Stars)
  2. "Army Of Me" (Mix ABA All-Stars instrumental)

Rekod vinil 12 inci promo UK 1-lagu

sunting
  1. "Army Of Me" (Mix Massey)

Rekod vinil 12 inci promo keluaran 2 keping

sunting
  1. "Army Of Me"
  2. "Army Of Me" (menampilkan Skunk Anansie)
  3. "Army Of Me" (Mix ABA All-Stars)
  4. "Army Of Me" (Mix ABA All-Stars instrumental)

Cakera padat promo UK tanpa kulit

sunting
  1. "Army Of Me"

Video promo UK dan Amerika Syarikat versi pendek

sunting
  1. "Army Of Me" (Video versi pendek)

Video promo UK dan Amerika Syarikat versi panjang

sunting
  1. "Army Of Me" (Video versi panjang)

Cakera padat Australia, Jepun (biasa dan promo) dan Eropah

sunting
  1. "Army Of Me"
  2. "Army Of Me" (Mix ABA All-Stars)
  3. "Army Of Me" (Mix Massey)
  4. "Army Of Me" (menampilkan Skunk Anansie)
  5. "Army Of Me" (Mix ABA All-Stars instrumental)

Cakera padat Eropah 2-lagu dan cakera padat keluaran Perancis

sunting
  1. "Army Of Me"
  2. "Cover Me" (Versi gua)

Cakera padat promo Amerika Syarikat

sunting
  1. "Army Of Me"

Video muzik

sunting
 
Björk sedang membawa berlian yang dijumpai di dalam mulutnya.

Video muzik bagi "Army Of Me" telah diarah oleh Michel Gondry.

Video ini mempunyai plot yang mudah difahami. Video ini bermula dengan Björk sedang memandu sebuah trak gergasi di dalam sebuah tempat yang kelihatan seperti bandar. Trak itu kemudiannya mula tidak berfungsi, lalu Björk berhenti dan membuka bonet trak tersebut, menunjukkannya penuh dengan sampah. Björk kemudiannya dapat dilihat menyentuh pipinya - menunjukkan yang beliau mengalami sakit gigi. Jadi beliau menuju ke sebuah klinik gigi. Di dalam klinik gigi tersebut, kita dapat melihat bahawa doktor gigi tersebut adalah seekor gorila. Gorila tersebut memeriksa mulut Björk, lalu menjumpai sebuah berlian berada di dalamnya. Gorila tersebut cuba untuk merampas berlian tersebut, namun dirampas balik oleh Björk. Björk bergelut dengan gorila tersebut dan seterusnya berjaya keluar dengan berlian itu. Sambil berlari keluar, berlian tersebut mulai membesar. Beliau memasukkan berlian tersebut ke dalam enjin trak, membolehkannnya berfungsi semula. Björk kemudiannya memandu ke sebuah muzium seni, menanam sebuah bom detik dan akhirnya bom tersebut meletup. Beliau masuk kembali ke dalam muzium, dan akhirnya mendakap teman lelakinya yang telah sedar.

Video muzik telah disunting untuk beberapa rangkaian penyiaran[4]. Hal ini adalah disebabkan oleh bom dan letupan tidak dibenarkan di beberapa negara. Berikutan itu, tiga versi video muzik ini telah dikeluarkan. Versi pertama menampilkan Björk berlari keluar dari muzium seni tersebut, lalu diakhiri dengan "to be continued" (akan disambung). Versi kedua pula hanya menunjukkan Björk meletakkan bom manakala versi ketiga ialah versi penuh, di mana turutan lengkap telah ditunjukkan.

Kandungan lagu

sunting

Lirik lagu ini adalah mengenai Björk sedang memberitahu "kamu" untuk berhenti merungut dan sebaliknya membuat kerja. Dalam beberapa temu bual, Björk telah mengatakan bahawa lagu "Army Of Me" sebenarnya ditujukan kepada adik lelakinya yang malas[5][6].

Anda boleh tahan seorang adik yang merungut dengan hadnya, tetapi selama 10 tahun, dari dia berumur 14 tahun hingga 24 tahun. Saya sudah tidak tahan lagi.

— Björk, VeckoRevyn, 28 Jun 1995

Di samping itu, Björk juga pernah menyatakan bahawa lagu "Where Is The Line?" juga ditulis kepada adik yang sama, untuk tujuan yang sama seperti lagu "Army Of Me" dan atas "keadaan emosi yang sama"[7].

Senarai rujukan

sunting
  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-20. Dicapai pada 2009-01-09.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-20. Dicapai pada 2009-01-09.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-20. Dicapai pada 2009-01-09.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-22. Dicapai pada 2009-01-24.
  5. ^ http://www.bjork.com/facts/about/right.php?id=729 'Army Of Me'
  6. ^ http://www.bjork.com/facts/about/right.php?id=1319 'Army Of Me'
  7. ^ http://www.bjork.com/facts/about/right.php?id=1676 'Army of Me'

Pautan luar

sunting