Artis Versatil Popular (ABPBH)

Artis Versatil Popular merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang dianjurkan secara tahunan oleh Berita Harian yang mengiktiraf populariti artis serba boleh yang telah memberikan persembahan yang paling digemari ramai sepanjang tahun. Pencalonan artis serba boleh dalam kategori ini telah ditentukan oleh undian pembaca Berita Harian mahupun peminat penyanyi kegemaran masing-masing.

Artis Versatil Popular ABPBH
PenghargaanArtis serba boleh yang paling digemari ramai dalam industri hiburan
NegaraMalaysia
Disampaikan olehBerita Harian
Anugerah pertama2015
Anugerah terakhir2018
Kini dipegang olehJanna Nick (2018)
Laman web rasmiwww.abpbh.com.my

Pemenang dan calonSunting

Berikut merupakan senarai pemenang dan pencalonan bagi kategori Artis Versatil Popular:

2010-anSunting

Tahun Artis Versatil Popular
2015 Ifa Raziah
2016 Ifa Raziah
2017 Alif Satar
2018 Janna Nick