Asid (terbitan kata sifat Latin acidus "masam; asam"[1]) adalah suatu sebatian kimia yang terkenal dengan sifat masamnya dan mengakis. Robert Boyle adalah antara orang pertama yang mengenalpasti kewujudan asid. Menurut beliau, asid merupakan bahan yang berasa masam, melarutkan banyak bahan lain seperti logam dan kapur, dan menukarkan warna sesetengah tumbuhan.

Satu penunjuk yang mudah yang dapat menentukan keasidan sesuatu sebatian ialah dengan menggunakan meter-pH. Apabila suatu sebatian dilarutkan dalam air dan menunjukkan nilai pH yang kurang daripada 7.0, sebatian itu mungkin boleh dikatakan bersifat asid. Ia berlawanan dengan larutan bes yang mempunyai nilai pH lebih dari 7.0.

Takrifan sunting

Pada kurun ke-17, Antoine Lavoisier mengelaskan asid sebagai oksida unsur bukan logam. Takrifan yang diberi olehnya adalah benar untuk asid sulfurik (H2SO4) dan asid nitrik (HNO3) tetapi tidak benar untuk asid hidroklorik (HCl).

Takrifan Arrhenius sunting

Pada 1884, Arrhenius menakrifkan asid sebagai bahan yang bercerai dalam larutan akueus dan membentuk ion hidrogen (atau ion hidronium).

 

Dengan persamaan ini, pemalar penceraian asid ditakrifkan sebagai,

 

Bagi memudahkan kita untuk membandingkan kekuatan asid, Sørensen telah memberikan takrifan pH sebagai

 

Takrifan Brønsted-Lowry sunting

Brønsted dan Lowry menakrifkan asid sebagai penderma ion hidrogen (H+). Takrifan ini mula diperkenalkan apabila ahli kimia mendapati bahawa tindak balas asid-bes juga boleh berlaku di dalam fasa wap ataupun dalam larutan bukan akueus.

Takrifan Lewis sunting

Lewis menakrifkan asid sebagai spesies yang mempunyai orbital kosong dan mampu menerima kehadiran sepasang elektron. Takrifan asid-bes ini dilanjutkan supaya tindak balas antara spesies-spesies yang tidak mempunyai hidrogen juga boleh dikelaskan sebagai tindak balas asid-bes.

Sejarah sunting

Sekitar abad ke-18, banyak ahli kimia Perancis, termasuk Antoine Lavoisier, keliru bahawa semua asid mengandung oksigen. Lavoisier mentakrifkan asid sebagai zat yang mengandungi oksigen kerana pengetahuannya tentang asid kuat hanya terbatas pada asid-asid okso dan kerana beliau tidak mengetahui komposisi sebenar asid-asid halida, HCl, HBr, dan HI. Lavoisier merupakan orang yang memberi nama oksigen daripada perkataan Yunani yang bermaksud "pembentuk asid". Kemudian, unsur klorin, bromin, dan iodin diberikan pengenalan masing-masing dan ketiadaan oksigen dalam asid-asid halida ditemui oleh Sir Humphry Davy pada tahun 1810, maka, takrifan oleh Lavoisier tersebut harus ditinggalkan.

Ahli kimia Inggeris pada waktu itu, termasuk Humphry Davy, berkeyakinan bahawa semua asid mengandungi hidrogen. Ahli kimia Sweden, Svante Arrhenius, menggunakan teori ini untuk mengembangkan takrifannya tentang asid. Beliau mengemukakan teorinya pada tahun 1884.

Pada tahun 1923, Johannes Nicolaus Brønsted dari Denmark dan Martin Lowry dari England masing-masing mengemukakan takrifan asid-bes secara proton yang kemudian dikenali dengan nama kedua-dua saintis ini. Definisi yang lebih umum diajukan oleh Lewis pada tahun yang sama, menjelaskan reaksi asid-asid sebagai proses pemindahan pasangan elektron.

Rujukan sunting

  1. ^ "ăcĭdus". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 11.