Asid asetik (kegunaan perubatan)

Asid asetik, apabila berkepekatan rendah dikenali sebagai cuka, ialah asid yang digunakan untuk merawat beberapa keadaan.

Asid asetik
Formula kimia asid asetik
Data klinikal
Nama lainCuka
AHFS/Drugs.comMonograph
Data lesen
Kaedah
pemberian
Titisan telinga, pengairan, melalui mulit
Kod ATC
Status perundangan
Status perundangan
Pengecam
  • asid asetik
Nombor CAS
PubChem CID
DrugBank
ChemSpider
UNII
KEGG
ChEBI
ChEMBL
Ligan PDB
Data kimia dan fizikal
FormulaC2H4O2
Jisim molar60.05 g·mol−1
Model 3D (JSmol)
  • CC(=O)O
  • InChI=1S/C2H4O2/c1-2(3)4/h1H3,(H,3,4)
  • Key:QTBSBXVTEAMEQO-UHFFFAOYSA-N

Definisi dan kegunaan perubatan sunting

Sebagai titisan telinga ia digunakan untuk merawat jangkitan pada saluran telinga.[1] Ia boleh digunakan dengan sumbu telinga.[2] Sebagai cecair ia digunakan untuk mengosong pundi kencing pesakit yang menggunakan kateter urinari untuk mencegah jangkitan atau sumbatan.[3] Sebagai gel ia boleh digunakan untuk melaraskan pH di saluran faraj.[4] Ia juga boleh digunakan pada serviks untuk membantu mengesan kanser serviks semasa pemeriksaan.[5]

Kesan sampingan mungkin termasuk kepedihan (seperti terbakar) di tempat yang digunakan.[6] Reaksi alahan mungkin berlaku tetapi jarang.[6] Penggunaan bahan kimia ini tidak digalakkan pada telinga pesakit yang mempunyai lubang pada gegendang telinga.[7] Ia berupaya untuk melawanbakteria dan kulat yang merupakan penyebab untuk jangkitan luaran telinga.[7]

Sejarah dan budaya sunting

Asid asetik telah digunakan dalam perubatan sejak zaman Mesir Purba.[8][9] Bahan kimia ini ada pada Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[10] Asid asetik lebih biasa digunakan untuk jangkitan luaran telinga di negara membangun berbanding negara maju.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ "Acetic acid (otic) medical facts from Drugs.com". www.drugs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2017. Dicapai pada 14 January 2017.
  2. ^ Hamilton, Richart (2015). Tarascon Pocket Pharmacopoeia 2015 Deluxe Lab-Coat Edition. Jones & Bartlett Learning. m/s. 252. ISBN 9781284057560.
  3. ^ "Acetic Acid". The American Society of Health-System Pharmacists. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2017. Dicapai pada 8 January 2017.
  4. ^ "Acetic acid gel: Indications, Side Effects, Warnings - Drugs.com". www.drugs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2017. Dicapai pada 14 January 2017.
  5. ^ Fokom-Domgue, J; Combescure, C; Fokom-Defo, V; Tebeu, PM; Vassilakos, P; Kengne, AP; Petignat, P (3 July 2015). "Performance of alternative strategies for primary cervical cancer screening in sub-Saharan Africa: systematic review and meta-analysis of diagnostic test accuracy studies". BMJ (Clinical Research Ed.). 351: h3084. doi:10.1136/bmj.h3084. PMC 4490835. PMID 26142020.
  6. ^ a b "Acetic acid otic Side Effects in Detail - Drugs.com". www.drugs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2017. Dicapai pada 14 January 2017.
  7. ^ a b "Acetic Acid - FDA prescribing information, side effects and uses". www.drugs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2017. Dicapai pada 14 January 2017.
  8. ^ Cook, Larry (2005). The Beginner's Guide to Natural Living: How to Cultivate a More Natural Lifestyle to Lose Weight, Prevent Degenerative Disease, Improve Your Energy and Attain Vibrant Health (dalam bahasa Inggeris). EcoVision Communications. m/s. 107. ISBN 9780975536186. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-16.
  9. ^ Cumston, C. G. (2013). The History of Medicine (dalam bahasa Inggeris). Routledge. m/s. Chapter 2. ISBN 9781136194252. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-16.
  10. ^ World Health Organization (2019). World Health Organization model list of essential medicines: 21st list 2019. Geneva: World Health Organization. hdl:10665/325771. WHO/MVP/EMP/IAU/2019.06. License: CC BY-NC-SA 3.0 IGO.
  11. ^ Desai, Bobby; Desai, Alpa (2016). Primary Care for Emergency Physicians (dalam bahasa Inggeris). Springer. m/s. 36. ISBN 9783319443607. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-16.

Pautan luar sunting

  • "Acetic acid". Drug Information Portal. U.S. National Library of Medicine.