Asmadi Mohamed Naim

Mufti Pahang (2024-kini)

Sahibus Samahah Profesor Dato' Dr Asmadi Mohamed Naim ialah seorang ahli akademik dan agamawan di Malaysia. Beliau terlibat dalam pentadbiran agama Islam di Malaysia terutama di Kedah, Kelantan dan Pahang melibatkan bidang Usul al-Fiqh dan ekonomi Islam.

Sahibus Samahah Profesor Dato' Dr.

Asmadi Mohamed Naim

DSSS (Kedah); PhD (UIAM)
Mufti Pahang
Memegang jawatan
28 Mac 2024
Didahului olehAbdul Rahman Osman
Butiran peribadi
Lahir (1970-08-07) 7 Ogos 1970 (umur 53)
Kelantan, Malaysia
PekerjaanAhli akademik, pakar usul fiqah dan ekonomi Islam

Kehidupan awal sunting

Asmadi dilahirkan pada 7 Ogos 1970 di Kelantan. Sejak usia 9 tahun, beliau mula dibesarkan di Pahang. Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datu' Hashim, Pengkalan Chepa, Kelantan dari 1977 hingga 1979. Kemudian beliau berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah, Pahang dari 1979 hingga 1982. Di peringkat menengah, beliau belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Thomas, Pahang dari 1983 hingga 1987. Usai sekolah menengah, beliau belajar pengajian tradisi Islam di madrasah di Sungai Ular, Pahang selama dua tahun, sebelum menyambung pengajian di Pusat Bahasa Arab, Universiti Jordan sehingga 1990. Akibat Perang Teluk yang berlaku, beliau menyambung pengajian ke Karachi, Pakistan di Institut Pengajian Islam dari 1990 hingga 1993. Beliau menyambung pengajian sarjana muda syariah di Universiti Jordan dari 1993 hingga 1997.[1]

Kemudian beliau kembali ke Malaysia untuk menyambung pengajian sarjana fiqah dan usul al-fiqh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak dari 1997 hingga 1999 sebelum melanjutkan pengajian kedoktoran bidang ilmu wahyu di universiti sama hingga 2004. Pada 2008 hingga 2010, beliau mengambil pengajian profesional kewangan Islam bertauliah bertaraf sarjana dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCIEF).[1]

Pentadbiran Islam sunting

Beliau telah dilantik sebagai Ahli Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sejak 2018. Beliau juga dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Waqaf Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang bermula Oktober 2020. Beliau juga dilanik sebagai ahli Majlis Zakat Kedah bermula September 2021. Pada 1 Februari 2021, beliau secara rasmi dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS). Beliau juga ialah ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.[2] Pada 2022, beliau dilantik menganggotai sebuah suruhanjaya siasatan diraja yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi Tabung Haji.[3]

Anugerah sunting

  •   Kedah
    • Darjah Dato' Setia Sultan Sallehuddin Kedah (D.S.S.S.) - Dato' (2023) [4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "CV Prof Dr Asmadi April 2020.pdf" (PDF). Dropbox. Dicapai pada 2024-03-28.
  2. ^ "SC umum barisan penasihat syariah baharu". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2023-07-13. Dicapai pada 2024-03-28.
  3. ^ Ruzki, Rafidah Mat (2022-01-19). "Agong berkenan RCI siasat pengurusan, operasi TH ditubuhkan". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-28.
  4. ^ BERNAMA (2024-06-18). "Tunku Puan Mahkota Kedah dahului senarai penerima darjah kebesaran Kedah". HMetro. Dicapai pada 2024-03-28.