Azman Adnan (Jawii: غزمان عدنان) lahir pada 1 November, 1971) merupakan bekas penyerang Malaysia pada era 90 hingga 2000. Dia pernah memenangi kasut emas Liga Perdana I Malaysia pada tahun 1999 apabila menjaringkan 13 gol buat pasukan Pulau Pinang.[1]

Azman Adnan
Maklumat peribadi
Nama penuh Azman Adnan
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1989-1992
1993-1998
1999
2000-2001
2002
2003
2004
Kuala Lumpur
Selangor
Pulau Pinang
Negeri Sembilan
Selangor
Negeri Sembilan
Selangor
0 225 0 (129)
Pasukan kebangsaan
1991-2000 Malaysia Malaysia 052 0 (17)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18 Mac, 2021

Azman juga merupakan salah seorang lagenda bola sepak Selangor. Dia memenangi beberapa gelaran bersama Selangor yang merupakan pasukan yang disokong oleh beliau sejak kecil seperti Piala Malaysia, Liga Malaysia, dan Piala FA Malaysia sehingga pernah digelar sebagai Mokhtar Dahari yang kedua.

Bersama Malaysia Azman berjaya memenangi Pesta Bola Merdeka 1993 setelah menumpaskan bekas musuh tradisi Korea Selatan dimana dia menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir. Kali terakhir Azman menyarung jersi Malaysia ialah pada kejohanan Piala Tiger 2000 di Bangkok Thailand dimana dia berjaya menjaringkan tiga gol. Secara keseluruhan, Azman beraksi sebanyak 52 perlawanan dan menjaringkan 17 gol bertaraf FIFA 'A' untuk skuad senior Malaysia.[2]

Setelah bersara, Azman menjadi jurulatih kepada pasukan remaja Kuala Lumpur. Dia kemudian menjadi pembantu jurulatih untuk PDRM FA. Dia juga pernah menyertai rancangan realiti TV Sehati Berdansa (saluran Astro Ria) pada tahun 2007.[3] Azman juga mempunyai saluran Youtube sendiri iaitu The Azman Adnan.[4]

Gol Antarabangsa sunting

Hanya melibatkan perlawanan FIFA 'A'.

Tarikh Tempat Lawan Keputusan Pertandingan
1991-11-30 Manila, Filipina   Vietnam 2-0 Sukan Asia Tenggara 1991
1991-11-30 Manila, Filipina   Vietnam 2-0 Sukan Asia Tenggara 1991
1992-04-19 Singapura   Singapura 1-1 Kelayakan Piala Asia 1992
1993-2-14 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia   Korea Selatan 3-1 Pestabola Merdeka
1993-2-14 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia   Korea Selatan 3-1 Pestabola Merdeka
1993-5-1 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia   Kuwait 1-1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 1994
1993-5-5 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia   Makau 9-0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 1994
1993-5-5 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia   Makau 9-0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 1994
1993-5-5 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia   Makau 9-0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 1994
1993-5-18 Taif, Arab Saudi   Makau 5-0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 1994
1993-5-18 Taif, Arab Saudi   Makau 5-0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 1994
1994-10-1 Hiroshima, Jepun   Hong Kong 4-3 Sukan Asia 1994
1996-9-4 Singapura   Filipina 7-0 Piala Tiger 1996
1997-3-16 Stadium Shah Alam, Malaysia   Bangladesh 2-0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 1998
2000-11-7 Songkhla, Thailand   Laos 5-0 Piala Tiger 2000
2000-11-9 Songkhla, Thailand   Kemboja 3-2 Piala Tiger 2000
2000-11-13 Songkhla, Thailand   Singapura 1-0 Piala Tiger 2000

Kejuaraan sunting

Selangor FA
Negeri Sembilan FA
Malaysia

Rujukan sunting