Dr Azwira Abdul Aziz merupakan pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau adalah Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis.

Dituduh Wahabi

sunting

Pada 6 Mac 2008 Zamihan Mat Zin dikatakan menerbitkan artikel "Kisah Lama dari UKM" di blog al-ghari.blogspot.com . Artikel itu seolah-olah menfitnah Azmira bermetodologi Salafi Al Wahhabi dan amat taksub terhadap fahaman Wahabi serta seorang yang membawa ajaran yang sesat.Zamihan Mat Zin merupakan penolong pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bandar Baru Bangi yang juga pemilik blog al-ghari.blogspot.com sebagai defendan.

Pada 11 Mei 2009 ,surat peguam dihantar kepada Zamihan pada 11 Mei 2009 menuntut defendan memohon maaf secara bertulis dan ganti rugi sebanyak RM500,000, namun Zamihan telah gagal, cuai dan/atau enggan berbuat demikian.

Pada 18 Jun 2009, Dr Azwira memfailkan saman terhadap Zamihan Mat Zin bagi menuntut ganti rugi RM1 juta kerana memfitnahnya sebagai pengikut Wahabi.Peguamnya, Adnan Seman memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor .Azwira menuntut ganti rugi am sebanyak RM500,000, ganti rugi pengajaran sebanyak RM500,000, faedah, kos tindakan dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting