Baharuddin Abdul Latif

ahli politik Malaysia

Baharuddin Abdul Latif merupakan seorang ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan mantan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Perak yang pertama dari tahun 1959-1964 selepas memenangi dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959. Beliau merupakan antara pelopor penubuhan PAS[1]. Di peringkat parti, beliau pernah menjadi Setiausaha Agung PAS dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Ustaz Haji

Baharuddin Abdul Latif
Anggota Dewan Undangan Negeri Perak
untuk Gunung Semanggol
Dalam jawatan
1959–1964
Digantikan olehAhmad Yusof (Perikatan-UMNO)
Butiran peribadi
Lahir1927
Gunung Semanggol, Perak
Meninggal dunia11 Disember 2001
Hospital Tawakkal, Kuala Lumpur
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganFatimah Hassan
HubunganSubky Abdul Latif (adik)
PekerjaanAhli politik

Keluarga sunting

Baharuddin Abdul Latif merupakan abang kepada Haji Subky Abdul Latif[2]. Beliau mendirikan rumah tangga bersama Ustazah Fatimah Hassan dan dikurniakan 12 orang anak[3].

Aktivis sunting

Sebelum terlibat menubuhkan PAS, Baharuddin Abdul Latif turut aktif dalam gerakan Angkatan Pemuda Insaf (API) bersama-sama tokoh lain seperti Pak Sako, Burhanuddin al-Helmi dan Aishah Ghani[4].

Meninggal dunia sunting

Baharuddin meninggal dunia di usia 74 tahun pada 11 Disember 2001 di Hospital Tawakkal akibat penyakit kayap[3].

Penulisan sunting

  • Baharuddin b. Hj. Abd. Latif (1994). Rencana-rencana sekitar perjuangan PAS, 1951-1987: Islam memanggil. Gunung Semanggol: Pustaka Abrar. ISBN 9839999907.

Rujukan sunting

  1. ^ Nor Raudah Hj Siren (2013). Retorik Penulisan Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. ISBN 9789674880415.
  2. ^ Tanpa nama (24 April 2018). "'Allah suka anak yang muliakan bapa'". Malaysiakini. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ a b Harakah (12 Disember 2001). "Bekas PJ PAS Perak meninggal dunia". Buletin Purnama. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  4. ^ Kamaruddin M. Said (2007). 500 tahun Melayu menghadapi cabaran. Shah Alam: Kris Publications Sdn Bhd. m/s. 95. ISBN 9834129637.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.