Bahasa-bahasa Iran

Bahasa-bahasa Iran ialah cabang daripada bahasa-bahasa Indo-Iran yang merupakan sebahagian bahasa-bahasa Indo-Eropah. Para penutur bahasa-bahasa Iran sering disebut sebagai Bangsa Iran. Bahasa ini dibahagi dalam tiga tahap sejarah - bahasa Iran Kuno (hingga 400 SM), bahasa Iran pertengahan (400 SM - 900 M) dan Iran Baru (sejak 900 M). Bahasa Iran Kuno meliputi bahasa Parsi Kuno dan Bahasa Avesta. Bahasa pertengahan pula meliputi bahasa Parsi Pertengahan, Parthia dan Baktria.

Bahasa-bahasa Iran
Etnik:Bangsa Iran
Taburan
geografi:
Asia Barat Daya, Kaukasus, Eropah Timur, Asia Tengah dan bahagian barat Asia Selatan
Klasifikasi bahasa:Indo-Eropah
Bahasa-proto:Proto-Iran
Pembahagian:
ISO 639-5:ira
Linguasphere:58= (phylozone)
Glottolog:iran1269[1]

Negara dan kawasan bahasa-bahasa Iran dituturkan

Pada 2008, diperkirakan ada sekitar 150-200 juta orang penutur bahasa ibunda Iran.[2] Ethnologue mengesahkan ada 86 bahasa yang termasuk dalam kelompok ini,[3][4] dengan bahasa-bahasa dengan jumlah penutur terbanyak termasuk Bahasa Parsi, Pashtun, Kurdi dan Balochi.[5]

Tahap sejarah sunting

Iran Kuno sunting

Kepelbagaian bahasa-bahasa Iran Pertengahan menunjukkan bahawa kepelbagaian bahasa telah ada dalam kalangan penutur terdahulu. Daripada bahasa dan dialek tersebut, hanya tiga bukti langsung secara tertulis yang dapat ditemukan, iaitu:

Iran Pertengahan sunting

"Bahasa Iran Pertengahan" dalam sejarah bahasa Iran dinilai bermula pada abad keempat SM hingga abad kesembilan Masihi. Secara linguistik, bahasa-bahasa Iran Pertengahan dikelompokkan kepada dua kumpulan: bahasa-bahasa Iran Barat dan bahasa-bahasa Iran Timur.

Kelompok Barat termasuk bahasa Parthia dan bahasa Parsi Pertengahan sementara bahasa Baktria, Sogdiana, Khwarezmia, Saka dan bahasa Ossetia Lama (Skithia-Sarmatia) tergolong dalam kelompok Timur. Kedua-dua bahasa dalam rumpun Barat memiliki perkaitan linguistik yang rapat. Pada aspek lain, kelompok Timur ialah sebuah kelompok geografi yang memiliki persamaan dengan bahasa Avesta. Bahasa-bahasa Timur banyak ditulis dengan aksara keturunan abjad Aram yang berkembang daripada aksara Aram dalam Wangsa Achaemenid. Bahasa Baktria merupakan pengecualian; bahasa ini ditulis menggunakan abjad Yunani.

Bahasa Persia Pertengahan (Pahlavi) merupakan bahasa rasmi Empayar Sasan di Iran. Bahasa Parsi Pertengahan digunakan dari abad ketig Masihi hingga awal abad ke-10. Bahasa Parsi Pertengahan, Parthia, dan Sogdiana juga digunakan sebagai bahasa tulisan dalam Maniisme.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Iranian". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ Windfuhr, Gernot. The Iranian languages. Routledge Taylor and Francis Group.
  3. ^ "Ethnologue report for Iranian". Ethnologue.com.
  4. ^ Gordon, Raymond G., Jr. (ed.) (2005). "Report for Iranian languages". Ethnologue: Languages of the World (ed. Fifteenth). Dallas: SIL International.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  5. ^ Cardona, George. "Indo-Iranian languages". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 28 August 2018.
  6. ^ Roland G. Kent: "Old Persion: Grammar Texts Lexicon". Part I, Chapter I: The Linguistic Setting of Old Persian. American Oriental Society, 1953.
  7. ^ Mary Boyce. 1975. A Reader in Manichaean Middle Persian and Parthian, p. 14.

Pautan luar sunting