Bal des Ardents ("Majlis Tari yang Terbakar"[1]) atau Bal des Savages[2] ("Majlis Tari yang Liar") merupakan suatu kejadian yang berlaku semasa majlis tari bertopeng diadakan untuk menghiburkan Raja Charles VI di persemayaman Parisnya pada 28 Januari 1393. Majlis tersebut ditimpa bencana berikutan kemalangan daripada suatu perarakan bingit (charivari atau momerie) akibat kebakaran disebabkan oleh obor dibawa oleh adinda baginda, Louis lalu mengorbankan empat orang bangsawan yang menyertai majlis tersebut. Hanya Charles dan salah seorang penari yang melibatkan diri dalam perarakan ini sempat lari menyelamatkan diri.

Miniature en couleurs représentant une salle richement décorée, avec une assistance d'apparence noble et au milieu quatre personnages enflammés qui se tordent de douleur.
Lukisan cat miniatur mengambarkan peristiwa malang ini oleh Philippe de Mazerolles diambil dari manuskrip Chroniques de Froissart. Perpustakaan British, Harley 4380, fo 1.

Kejadian kemalangan di istana tersebut menjadi sangat tidak disenangi warga Paris yang melihat pengadaan acara tersebut sebagai tanda keborosan yang diamalkan dalam kalangan kerabat diraja Perancis. Raja Charles sendiri menjadi sangat terkesan daripada pengalaman ngeri itu sehingga memurung gila selepas episod ini, keadaan tersebut melumpuhkan peranan baginda memerintah kerajaannya.

Keadaan sebelumnya sunting

Kemangkatan Raja Charles V pada 1380 membawa kepada penobatan puteranya sebagai pengganti ketika baginda berusia 12 tahun sambil tanggungjawab pemerintahan diamanahkan kepada empat orang mamandanya . Hanya Philippe sahaja yang tinggal sebagai pemangku kerajaan dua tahun kemudian - Louis d'Anjou telah mengambil kesemua harta perbendaharaan diraja untuk ke Itali memulakan kerajaannya sendiri sambil dua mamanda yang lain, Jean de Berry dan Louis de Bourbon tidak lagi berminat dengan menunjukkan sedikit minat dalam kekuasaan [3] . Setelah Charles VI mencapai usia 20 tahun pada 1387, baginda mengambil alih kuasa pemerintahan kerajaan dan dengan serta-merta mengembalikan semula sistem penasihat marmouset, yang wujud zaman ayahandanya.

Pada tahun 1392 Charles mula menderita gangguan mental yang akan menjejaskannya secara berselang-seli sepanjang hidupnya. Penderitaan ini memuncak pada bulan Ogos di mana baginda berangkatan bersama balatentera ke suatu persinggahan di Le Mans dalam perjalanan ke Bretagne. Charles VI didatangi rasa kantuk namun dikejutkan suatu bunyi logam disebabkan cemerkapnya salah satu pengutusnya; baginda mula mengamuk sambil menghunuskan pedangnya ke arah pasukannya meneriak: « En avant ! En avant sur ces traîtres ! Ils veulent me livrer ! » ("Serang, serang pengkhianat itu! Mereka mahu menahan saya!")[4][5]. Empat orang terbunuh dalam amukan ini[6] sebelum penggawa bentara (chambellan) baginda berjaya menahan Charles dari belakang sambil dibantu rombongannya sampai mana baginda tersungkur pengsan.[7] Adinda baginda Louis berjaya menyelamatkan diri.[8]

Insiden utama sunting

Pada 28 Januari 1393, Queen Isabeau menganjurkan suatu majlis tari bertopeng di persemayaman Hôtel Saint-Pol[9][10] tepi sungai Seine.[2] untuk meraikan perkahwinan semula salah seorang dayang istananya, Catherine l'Allemande, janda pembesar (sire) Hainceville dengan Etzel d'Ortenburg;majlis tersebut dihadiri isi istana telah dijemput. Dalam kelaziman budaya masyarakat Perancis ketika itu, majlis perkahwinan seseorang janda sering disambut meriah dengan pelbagai acara yang liar dan riuh, terutamanya suatu perarakan diiringi muzik dimainkan bingit oleh penari berpakaian warna-warni iaitu charivari [sya-ri-va-ri].[11] Enam orang lelaki termasuk baginda raja Charles sendiri berpakaian kostum linen dan flaks[1] yang menampakkan diri sebagai orang liar hutan (homme sauvage).[12] Tempat tarian itu sendirinya dikawal ketat di mana tiada sesiapa dibenarkan membawa masuk obor agar mengurangkan risiko kebakaran.[1]

Menurut sejarawan Jan Veenstra, para peserta charivari in menari dan melolong maki hamun agar menggalakkan para hadirin mengenal pasti mereka.[13] Adinda Charles, Orléans tiba lewat ke acara ini bersama Phillipe de Bar dalam keadaan mabuka sambil membawa obor-obor. Orléans dipercayai mengangkat obornya agar dapat melihat siapa yang berpakaian kostum sedemikian, namun suatu percikan terjatuh lalu mengena kaki salah satu penari lalu membakarnya. Kebakaran ini merebak sebaik para hadirin mengesan kebakaran yang tercetus ini lalu melintang pulang ketakutan, ada daripada mereka turut cuba menyelamatkan para penari tersebut.[1] Michel Pintoin, ketua rahib dalam antara hadirin ini turut mencatat kebakaran tersebut mencederakan penari-penari tersebut dengan parahnya sehingga alat sulit mereka terputus lalu berdarah mengalir banyak.[14]

Hanya dua penari sahaja yang terselamat dari kebakaran ini; Charekes sendiri terselamat setelah kebakaran dipadam kain baju Duchesse Berry yang mengibasnya manakala Sieur de Nantouillet selamat dengan melompat ke dalam sebuah tong wain terbuka.Count de Joigny mati serta-merta manakala Yvain de Foix, anak Gaston Fébus, Comte de Foix, dan Aimery Poitiers, anak Comte de Valentinois, terorban berikutan luka kebakaran dua hari kemudian.[1]

Keesokan harinya sunting

Berita kemalangan ini itu berlaku di sekitar Paris dan orang ramai berdiri di hadapan hotel Saint-Pol, di mana raja berada pada keesokan harinya.[15] Para rakyat jelata tidak begitu maklum dengan latar kejadian malah menyangka Charles sudah ditimpa suatu amukan yang menyebabkan kejadian ini sedangkan baginda sendiri tiada kena mengena.[16] lagi-lagi dengan kejadian amukan yang menimpa Charles sampai membunuh empat orang kesateria.[17] . Penduduk Paris menjadi marah dengan peristiwa itu dan bahaya yang dirahasiakan raja mereka dengan kuat mengkritik penasihat Charles. kegembiraan yang besar melalui bandar apabila penduduk mengancam untuk menggugurkan mamanda raja serta merusuh menyerang istana untuk bermoral yang paling dan akhlak rosak akhlak.

Para mamanda raja sangat risaukan akan keadaan ini mencetuskan rusuhan seperti yang berlaku sedekad lepas, maka mereka datang kepada baginda dan memujuk baginda agar berangkat ke Katedral Notre-Dame agar berhadapan dengan orang jelata serta meminta ampun dari mereka. Duc Orleans yang dipersalahkan sebagai punca utama bencana ini mendermakan sebilangan wang untuk membina sebuah gereja kecil untuk para pengikut Santo Caelestinus.[18][19]

Kesan dampak sunting

Peristiwa dahsyat yang berlaku di pekarangan tersebut mengukuhkan pandangan orang ramai terhadap pemborosan kerabat diraja sambil ketuanya menjadi semakin kurang siuman lalu tidak mampu memerntah dengan sebaiknya. Kuasa Raja Charles makin lama makin susut sehingga menjadi terabao pada awal abad ke-15 seterusnya melemahkan dan memecahbelahkan dinasti Valois.[20]

Penglibatan Orléans dalam majlis ini turut mendatangkan kemarahan kepada mamandanya Jean sans Peur yang mengupah seseorang membunuhnya pada 1407.[21] Pembunuhan ini mencetuskan suatu perang saudara panjang antara para penyokong Duc Borgougne (Bourguignon) dan Bernard VII Comte Armagna (Armagnac) yang berpanjangan selama seberapa dasawarsa. Sikap lepas tangan kerabat diraja terhadap kekosongan kuasa dalam kerajaan Perancis turut memalitkan nama pemerintahan beraja tersebut selama 200 tahun.[22]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Tuchman (1979), 503–505
  2. ^ a b Veenstra & Pignon 1997.
  3. ^ Tuchman 1978, halaman 367.
  4. ^ Autrand 1986, halaman 290-291 ; 294.
  5. ^ Tuchman 1978, halaman 498.
  6. ^ Henneman 1996, halaman 173-75.
  7. ^ Autrand 1986, halaman 295.
  8. ^ Autrand 1986, halaman 294.
  9. ^ Froissart & Buchon 1840.
  10. ^ Gilles Roussineau, Perceforest, Librairie Droz, 2007, 1480 p.
  11. ^ Tuchman (1978), 503
  12. ^ Tuchman (1978), 504
  13. ^ Veenstra (1997), 91
  14. ^ Veenstra (1997), 91
  15. ^ Froissart & Buchon 1840, halaman 179.
  16. ^ Brugière de Barante 1838, halaman 139-140.
  17. ^ Froissart & Buchon 1840, halaman 159.
  18. ^ Tuchman 1978, halaman 503-505.
  19. ^ Tuchman 1978, halaman 380.
  20. ^ Wagner (2006), 88; Tuchman (1978), 515–516
  21. ^ Tuchman (1978), 516
  22. ^ Tuchman (1978), 516, 537–538
Sumber utama
  • Autrand, Françoise (1986). Charles VI: la folie du roi. Paris: Fayard. ISBN 978-2-213-01703-7. (Versi dalam talian)
  • Froissart, Jean; Buchon, J. A. C. (1840). Les Chroniques de Sire Jean Froissart: qui traitent des merveilleuses emprises, nobles aventures et faits d'armes advenus en son temps en France, Angleterre, Bretaigne, Bourgogne, Escosse, Espaigne, Portingal et ès autres parties. 3. Société du Panthéon Littéraire. m/s. 176-179. Dicapai pada 25 November 2014.
  • Henneman, John Bell. (1996). Olivier de Clisson and Political Society in France under Charles V and Charles VI. Philadelphia: University of Pennsylvania Press. ISBN 978-0-8122-3353-7
  • Tuchman, Barbara. (1978). A Distant Mirror: The Calamitous 14th Century. New York: Ballantine. ISBN 978-0-345-34957-6
  • Veenstra, Jan R. and Laurens Pignon. (1997). Magic and Divination at the Courts of Burgundy and France. New York: Brill. ISBN 978-90-04-10925-4