Balung kethek
Balung kethèk merupakan snek kerepek ubi kayu yang berasal daripada Solo, Jawa Tengah, Indonesia. Makanan hampir pupus kerana ditelan zaman.[1]
Balung kethek | |
---|---|
Jenis | Fried cassava, snek |
Tempat asal | Indonesia |
Kawasan/rantau | Jawa |
sunting · sunting di Wikidata |
Etimologi
suntingIa berasal dari dua perkataan yang digabungkan, dan berasal daripada Bahasa Jawa. Berdasarkan Kamus Besar Bahasa Indonesia, perkataan balung membawa bermaksud tulang[2] manakala kethek pula bermaksud monyet.[3][4] Ia dinamakan semedemikian kerana teksturnya yang keras seperti tulang.[1] Kata "monyet" yang dimaksudkan ialah apabila kita memakannya/mengunyah, ekspresi menyeringai atau menggerenyotkan mulut akan muncul disebabkan teksturnya yang keras, di mana ia dikaitkan dengan ekspresi seekor kethek atau monyet.[5][6]
Penyediaan dan bahan
suntingBalung kethek ialah kerepek ubi kayu yang lebih tebal berbanding dengan kerepek lainnya.[7] Proses pembuatan balung kethek juga berbeza dengan yang lain, pertama-tama ubi kayu akan dikupas kulitnya terlebih dahulu. Kemudian akan dicuci sehingga bersih dan akan dimasak dengan mengunakan teknik kukus atau rebus. Setelah siap dimasak dan matang, ubi kayu akan diangkat dan disejukkan. Ubi kayu akan dipotong dengan panjang kira-kira lima hingga tujuh sentimeter (cm) dengan lebar dua sentimeter. Apabila siap, ubi kayu itu akan di dijemur di terik matahari sehingga kering, lalu di goreng rendam. Balung kethek biasanya disajikan dengan diberi penyedap ataupun garam. Ada juga memakai rasa pedas manis, terbuat daripada [[gula Melaka], cili, bawang putih, dan garam.[5][8]
Galeri
sunting-
Gambaran lebih dekat balung kethek.
-
Balung kethek.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b Balung Kethek, Camilan Khas Solo yang Nyaris Punah di Kompas (Indonesia)
- ^ Maksud Balung di KBBI Daring (Indonesia)
- ^ Maksud kethek di Kamus Jawa-Bahasa Melayu, Glosbe (Melayu)
- ^ Prasita Puspita Sari, Hanifah, Ani Novianti. Makanan Khas Jawa Tengah (dalam bahasa Indonesia). m/s. 52. ISBN 9786232702738.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ a b Indramana (28 Oktober 2017). "Balung Kethek, Makanan Ringan Sekeras Tulang Monyet #DaftarSB19". Budaya Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 1 Januari 2022.
- ^ Raiy Ichwana (19 Ogos 2021). Jalan Buat Napas (dalam bahasa Indonesia). Platinum Publisher. m/s. 28. ISBN 9786236536254. Dicapai pada 1 Mac 2022.
- ^ Balthek Alias Balung Kethek, Camilan Khas Solo yang Nyaris Punah di Tribunnews (Indonesia)
- ^ Faatihahma Maurisna (5 Ogos 2018). "Cara Membuat balung Kethek". Budaya Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 1 Januari 2022.