Dari segi perubatan, barah perut (juga dikenali sebagai barah gastrik) boleh terbentuk pada sebarang bahagian perut dan boleh merebak keseluruh perut dan organ lain. Barah perut boleh tumbuh sepanjang dinding perut ke esofagus atau usus kecil.

Ia juga boleh menjalar sepanjang dinding perut dan merebak ke nod limfa berhampiran dan kepada organ seperti hati, pankreas, dan kolon. Barah perut juga mampu merebak ke organ jauh, seperti paru-paru, nod lymph atas tulang selangka (collar bone), dan ovari.

Gambaran perut

Apabila barah merebak kebahagian lain tubuh, tumur baru yang mempunyai sel tidak normal yang sama dan nama yang sama dengan tumor utama. Sebagai contoh, jika barah perut merebak kepada hati, sel barah di hati adalah sel barah perut dan penyakit ini dikenali sebagai barah perut metastatik, bukannya barah hati.

Masalah utama barah perut adalah apabila ia merebak kepada ovari; tumor dalam ovari dikenali sebagai tumor Krukenberg. Tumor ini, dinamakan sempena nama doktor pertama yang menggambarkannya, bukanlah penyakit, ia adalah barah perut metastatik - sel barah di tumor Krukenberg adalah sel barah perut, sama seperti sel barah dalam tumor utama.

Epidemiologi sunting

Barah perut berleluasa di China, Jepun, Korea, dan negara Asia dan Amerika Selatan, berbanding Amerika Syarikat.

Gejala sunting

Barah perut boleh jadi sukar dikesan. Selalunya tidak terdapat tanda pada tahap awal dan, dalam kebanyakan kes, barah tersebut telah merebak sebelum ia disedari. Apabila gejala berlaku, ia begitu kabur sehinggakan pesakit tidak mengindahkannya. Barah perut boleh menyebabkan yang berikut:

Sebarang simptom ini mungkin disebabkan oleh barah atau masalah kesihatan yang kurang serius lain, seperti virus perut atau ulser. Hanya doktor mampu menentukan punca sebenar. Mereka yang mempunyai gejala sebegini perlu berjumpa doktor. Mereka mungkin dirujuk kepada gastroenterologist, doktor yang pakar dalam mendiagnosis dan merawat masalah penghadaman. Pakar ini kadang kala dikenali sebagai pakar gastrointestinal (atau GI).

Diagnosis sunting

Untuk menentukan punca gejala, doktor akan bertanya mengenai sejarah perubatan pesakit, melakukan ujian fizikal, dan mungkin mengarahkan kajian makmal. Pesakit mungkin melalui satu atau kesemua pemeriksaan berikut:

Tisu tidak normal yang kelihatan dalam pemeriksaan gastroskop akan di biopsi oleh pakar bedah atau gastroenterologist. Tisu ini kemudiannya akan dihantar kepada patologi untuk pemeriksaan histologi di bawah mikroskop untuk memeriksa kehadiran sel barah. Biopsi, dengan analisa histologi berikutnya merupakan satu-satu cara memastikan kehadiran sel barah.

Tahap sunting

Jika ahli patologi menjumpai sel barah dalam contoh tisu, doktor pesakit perlu mengatahui tahap, atau setakat mana, penyakit merebak. Pemeriksaan tahap merebak dan ujian akan membantu doktor mengetahui samada barah telah merebak dan, jika benar, bahagian mana tubuh terbabit. Kerana barah perut mampu merebak ke hati, pankreas, dan organ lain berhampiran perut termasuk juga paru-paru, doktor mungkin memilih imbasan CT (atau CAT), pemeriksaan ultrasound, atau ujian lain untuk memeriksa bahagian ini.

Pentakrifan mungkin tidak akan selesai sehingga selepas pembedahan. Pakar bedah akan membuang nod limfa berhampiran dan mengambil tisu contoh dari kawasan lain di bahagian abdomen. Kesemua contoh ini diperiksa oleh ahli patologi untuk mengesan sel barah. Keputusan mengenai rawatan selepas pembedahan bergantung kepada keputusan ujian ini.

Rawatan sunting

Pelan rawatan dirancang oleh doktor menurut keperluan setiap pelanggan. Rawatan untuk barah perut bergantung kepada saiz, lokasi, dan tahap tumor; peringkat perkembangan penyakit; kesihatan pesakit secara umum; dan faktor lain.

Kebanyakan mereka yang mengidap barah ingin mempelajari semua yang mungkin berkenaan penyakit dan pilihan rawatan barah perut agar mereka dapat memainkan peranan aktif dalam menentukan rawatan perubatan. Doktor merupakan orang terbaik bagi menjawap soalan berkenaan diagnosis dan rancangan rawatan.

Apabila seseorang disahkan mengidap barah, kejutan dan tekanan (stress) adalah reaksi biasa. Perasaan ini mungkin menjadikan sukar bagi seseorang berfikir mengenai kesemua perkara yang mereka ingin tanyakan kepada doktor. Seringkali, ia membantu dengan menyediakan senarai soalan. Bagi membantu mengingati apa yang diberitahu oleh doktor, pesakit boleh mencatat atau bertanya samaada mereka boleh menggunakan pita rakaman. Sesetengah orang juga mahukan ahli keluarga atau rakan mereka bersama-sama ketika berbincang dengan doktor—untuk turut serta dalam perbincangan, mengambil nota, atau hanya mendengar. Pesakit tidak perlu rasa untuk bertanya kesemua soalan mereka atau meningati kesemua jawapan serentak. Mereka akan mempunyai peluang untuk bertanyakan doktor untuk menjelaskan perkara dan mendapatkan maklumat lanjut.

Apabila berbincang mengenai pilihan rawatan, pesakit mungkin ingin bertanyakan mengenai membabitkan diri dengan kumpulan kajian penyelidikan. Kajian sedemikian, dikenali sebagai ujian klinikal, direka bagi membantu rawatan barah.

Pesakit dan mereka yang tersayang pastinya ragu mengenai keberkesanan rawatan. Kadang kala mereka cuba menggunakan statistik untuk mengetahui samaada pesakit dapat disembuhi, atau berapa lama pesakit mampu hidup. Amat penting untuk diingati bahawa statistik merupakan purata berdasarkan sejumlah besar pesakit. Ia tidak boleh digunakan bagi meramal apa yang akan berlaku kepada seseorang yang khusus kerana tiada dua pesakit barah adalah serupa; rawatan dan tindak balas jauh berbeza. Pesakin mungkin ingin berbincang dengan doktor mengenau peluang untuk sembuh (prognosis). Apabila doktor berbincang mengenai barah, mereka menggunakan istilah pergi (remission) dan bukannya sembuh. Ini disebabkan walaupun ramai pesakit sembuh sepenuhnya, doktor menggunalkan istilah ini kerana ia mampu kembali.

Mendapatkan pendapat kedua sunting

Memutuskan jenis rawatan adalah rumit. Kadang-kala ia membantu pesakit bagi mendapatkan pendapat kedua mengenai diagnosis dan pelan rawatan. (Sesetengah syarikat insurans memerlukan pendapat kedua; yang lain mungkin membayar bagi pendapat kedua sekiranya pesakit memohonnya.) Terdapat beberapa cara bagi mendapatkan pendapat doktor lain:

Doktor yang memeriksa pesakit akan mencadangkan rujukan kepada seorang pakar perubatan. Pakar-pakar yang terlibat ialah pakar gastroenterologi, pakar bedah, pakar perubatan onkologi dan pakar onkologi radiasi.

Cara Perawatan sunting

Barah perut sukar disembuhkan kecuali ia dikesan pada peringkat awal (sebelum ia mula merebak). Malangnya, disebabkan barah perut awal menunjukkan sedikit tanda, penyakit ini biasanya lewat dikesan. Bagaimanapun, barah perut lewat boleh dirawat dan tanda-tandanya dikurangkan. Rawatan bagi barah perut mungkin termasuk pembedahan, kimoterapi, dan/atau rawatan radiasi. Pendekatan rawatan baru seperti rawatan biologi dan peningkatan dalam menggunakan kaedah semasa sedang dikaji dalam ujian klinikal. Pesakit mungkin dirawat dengan satu cara atau gabungan beberapa kaedah rawatan.

Pembedahan merupakan rawatan biasa bagi barah perut. Operasi ini dikenali sebagai gastrektomi (gastrektomi). Pakar bedah motong sebahagian (gastrektomi sebahagian) atau sepenuhnya (gastrektomi penuh) perut, termasuk juga sebahagian tisu disekeliling perut. Selepas gastrektomi, doktor akan menyambung baki perut kepada esophagus atau usus kecil. Selepas gastrektomi penuh, doktor menyambung esophagus langsung kepada usus kecil. Disebabkan barah mampu merebak melalui sistem limfa, nod limfa berhampiran tumor sering kali dibuang semasa pembedahan agar pakar pathologi boleh memeriksanya bagi sel barah. Sekiranya sel barah terdapat pada nod limfa, penyakit tersebut mungkin merebak kepada bahagian tubuh yang lain.

Kemoterapi merupakan penggunaan dadah bagi membunuh sel barah. Rawatan ini dikenali sebagai rawatan sistemik (systemic therapy) kerana dadah memasuki salur darah dan mengalir keseluruh tubuh.

Ujian klinikal sedang dijalankan bagi memastikan cara terbaik bagi menggunakan rawatan kemoterapi bagi merawat barah perut. Ahli sains sedang menyelidik kebaikan memulakan rawatan kemoterapi sebelum pembedahan bagi menguji ketumbuhan (tumor), atau sebagai rawatan seiring selepas pembedahan bagi memusnahkan sel barah. Rawatan gabungan dengan kemoterapi dan radiasi juga diselidik. Doktor sedang menguji rawatan di mana dadah anti barah diletakkan langsung kedalam perut (abdomen) (intraperitoneal chemotherapy). Kimoterapi juga dikaji sebagai rawatan bagi barah yang telah merebak, dan sebagai cara melegakan simptom penyakit.

Kebanyakan dadah anti barah diberikan melalui suntikan; sesetengah ditelan. Doktor mungkin menggunakan satu dadah atau gabungan beberapa dadah. Rawatan kimoterapi diberikan dalam kitaran: tempoh rawatan diikuti tempoh pulih, diikuti rawatan berikutnya, dan berterusan. Biasanya seseorang menerima rawatan kimoterapi sebagai pesakit luar (di hospital, di pejabat doktor, atau di rumah). Walau bagaimanapun, bergantung kepada jenis dadah yang diberikan dan kesihatan pesakit, pesakit mungkin perlu tinggal di hospital bagi tempoh yang singkat.

Rawatan radiasi (juga dikenali sebagai radioterapi) merupakan penggunaan pancaran bertenaga tinggi untuk memusnahkan sel barah dan menghalangnya dari membesar. Sebagaimana pembedahan, ia adalah rawatan kawasan khusus; radiasi hanya memberi kesan kepada sel barah ditempat yang dirawat. Rawatan radiasi kadang kala diberikan selepas pembedahan untuk memusnahkan sel barah yang tinggal dikawasan tersebut. Penyelidik sedang melakukan kajian klinikal untuk memastikan samaada ia berguna bagi memberikan rawatan radiasi semasa pembedahan (intraoperative radiation therapy). Rawatan radiasi boleh juga digunakan bagi meringankan kesakitan atau sekatan.

Pesakit perlu pergi ke klinik atau hospital setiap hari bagi rawatan radiasi. Biasanya rawatan diberikan 5 hari seminggu bagi 5 hingga 6 minggu.

Terapi biologi (juga dikenali sebagai immunotherapy) merupakan bentuk rawatan yang membantu sistem pertahanan diri (sistem immunisasi) menyerang dan memusnahkan sel barah; ia juga mampu membantu badan pulih dari kesan sampingan rawatan. Dalam ujian klinikal, doktor sedang mengkaji rawatan biologi secara gabungan dengan rawatan lain bagi cuba menghalang barah perut kembali. Kegunaan lain rawatan biologi, pesakit yang mempunyai bilangan sel darah rendah semasa atau selepas kimoterapi mungkin menerima faktor penggalak-kolon bagi membantu memulihkan aras sel darah. Pesakit mungkin perlu tinggal di hospital semasa menerima rawatan jenis biologi.

Ujian klinikal sunting

Ramai pesakit yang mengidap barah perut dirawat dalam ujian klinikal. Doktor menjalankan ujian klinikal bagi mengetahui samaada pendekatan baru adalah selamat dan berkesan dan bagi menjawab persoalan saintifik. Pesakit yang terbabit dalam kajian ini sering kali merupakan orang pertama menerima rawatan yang menunjukkan hatil yang memberangsangkan dalam ujian makmal. Dalam ujian makmal, sesetengah pesakit mungkin menerima ujian baru sementara yang lain menerima pendekatan piawaian. Dengan cara ini, doktor boleh membandingkan rawatan berlainan. Pesakit yang terbabit dalam ujian membuat sumbangan penting pada bidang sains perubatan dan mungkin mempunyai peluang pertama untuk meraih kebaikan dari kaedah rawatan yang lebih baik. Penyelidik juga menggunakan rawatan klinikal bagi mencari jalan bagi mengurangkan kesan sampingan rawatan dan bagi membaiki kualiti hidup pesakit.

Banyak ujian klinikal bagi pengidap barah kolon sedang dijalankan. Pesakit yang berminat menyertai ujian ini perlu berbincang dengan doktor mereka. Risalah (Taking Part in Clinical Trials: What Cancer Patients Need To Know explains the possible benefits and risks of treatment studies. - ** Hanya di USA.)

Salah satu cara mengetahui ujian klinikal di USA adalah melalui PDQ®, pengkalan data komputer yang dimajukan oleh National Cancer Institute. PDQ mengandungi maklumat mengenai rawatan barah dan mengenai ujuan klinikal. Pusat Maklumat Barah mampu memberikan maklumat PDQ kepada doktor, pesakit dan orang awam.

Kesan sampingan rawatan sunting

Ia sukar bagi menghadkan kesan rawatan agar hanya sel barah disingkir atau dimusnahkan. Oleh kerana tisu dan sel sihat turut rosak, rawatan barah mampu menghasilkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Kesan sampingan rawatan barah berlainan bagi setiap orang, dan ia mungkin berlainan dari satu rawatan dengan rawatan lain. Doktor mungkin akan merangka pelan rawatan yang memberikan kesan sampingan paling minima; mereka boleh membantu dengan sebarang masaaalah yang timbul. Atas sebab ini, adalah penting bagi memberitahu doktor mengenai apa-apa masalah semasa atau selepas rawatan.

Pembedahan sunting

Gastrektomi merupakan pembedahan utama. Untuk tempoh masa tertentu selepas pembedahan, aktiviti pesakit terhad bagi membenarkan luka sembuh. Untuk beberapa hari selepas pembedahan, pesakit diberi makan melalui tiub (melalui urat darah). Dalam tempoh beberapa hari, kebanyakan pesakit bersedia bagi mengambil cecair dan diikuti dengan makanan lembut, kemudian makanan pepejal. Mereka yang perut mereka dibuang sepenuhnya tidak dapat menyerap vitamin B12, yang diperlukan bagi darah sihat dan saraf, dengan itu memerlukan suntikan berkala bagi vitamin ini. Pesakit mungkin berhadapan dengan masalah menghadamkan sesetengah makanan, dan mereka mungkin perlu menukar permakanan mereka. Sesetengah pesakit gastrektomi perlu mengikut diet khas untuk selama beberapa minggu atau bulan, sementara mungkin selama-lamanya. Doktor atau pakar permakanan akan menjelaskan perubahan diat yang diperlukan.

Sesetengah pesakit gastrektomi mengalami kekejangan, mual cirit-birit, dan pening sejurus selepas makan kerana makanan dan cecair memasuki usus kecil terlalu pantas. Simptom sebegini dikenali sebagai sindrom buang (dumping). Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seringkali memburukkan simptom. Sindrom buang (dumping) boleh dirawat dengan mengubah diet pesakit. Doktor sering kali menasihatkan pesakit agar makan sedikit beberapa kali sepanjang hari, mengelakkan makanan bergula, dan makan makanan yang tinggi khasiat protin. Untuk mengurangkan jumlah cecair yang memasuki usus kecil, pesakit sering kali digalakkan agar tidak minum semasa waktu makan. Ubat-ubatan juga mampu membantu sindrom buang. Simptom ini biasanya hilang selepas 3 hingga 12 bulan, tetapi terdapat yang kekal.

Selepas gastrektomi, hempedu dalam usus kecil mungkin melimpah kebahagian baki perut atau kedalam esofagus, menyebabkan simptom sakit perut. Doktor pesakit boleh memberikan ubat atau mencadangkan barangan (over-the-counter) untuk mengawal simptom sebegitu.

Kemoterapi sunting

Kesan sampingan kemoterapi bergantung kebanyakannya kepada jenis dadah yang diberikan kepada pesakit. Sebagaimana rawatan jenis lain, kesan sampingan turut berubah-ubah antara seseorang dengan yang lain. Secara umum, dadah anti barah memberi kesan kepada sel yang membahagi dengan pantas. Ini termasuk sel darah, yang melawan jangkitan, membantu darah membeku, atau membawa oksigen keseluruh bahagian tubuh. Apabila sel darah terjejas oleh dadah anti barah, pesakit lebih mudah mendapat jangkitan, mudah lebab atau berdarah dengan lebih mudah, dan kurang bermaya. Sel pada akar rambut dan sel yang melapis salurang penghadaman turut membahagi dengan pantas. Akibat rawatan kemoterapi, pesakit mungkin mempunyai kesan sampingan seperti hilang selera makan, mual, muntah, kehilangan rambut, atau mulut melepuh. Bagi sebahagian pesakit, doktor mungkin memberikan ubat yang membantu mengurangkan kesan sampingan, terutamanya dengan mual dan muntah. Kesan ini biasanya beransur hilang semasa tempoh antara rawatan atau selepas rawatan dihentikan.

Rawatan radiasi sunting

Pesakit yang menerima radiasi pada bahagian tubuh (abdomen) mungkin merasa mual, muntah, dan cirit-birit. Doktor boleh memberikan ubat atau mencadangkan perubahan diet bagi mengurangkan masalah tersebut. Bahagian kulit yang dirawat biasanya menjadi merah, kering, lembut, dan gatal-gatal. Pesakit perlu mengelak mengenakan pakaian yang bergesel; pakaian kapas longgar biasanya terbaik. Adalah penting bagi pesakit menjaga kulit mereka semasa rawatan, tetapi mereka tidak sepatutnya menggunakan lotion atau krim tanpa nasihat doktor.

Pesakit kemungkinannya menjadi amat letih semasa rawatan radiasi, terutama pada minggu akhir rawatan. Berehat adalah penting, tetapi doktor biasanya menasihatkan pesakit agar kekal aktif semungkin boleh.

Terapi biologi sunting

Kesan sampingan rawatan biologi bergantung kepada jenis rawatan. Sesetengahnya mengakibatkan simptom seperti selsema, seperti sejuk, demam, tidak bermaya, lemah, mual, muntah, dan cirit-birit. Pesakit kadang kala mendapat bedam (rash), dan mereka mudah lebam atau berdarah. masalah ini mungkin teruk, dan pesakit mungkin perlu tinggal di hospital semasa tempoh rawatan.

Zat bagi pesakit barah sunting

Kadang-kala sukar bagi pesakit yang dirawat bagi penyakit barah perut bagi makan dengan baik. Barah sering kali menyebabkan kehilangan selera makan, dan mereka tidak berselera apabila merasa tidak selesa atau letih. Adalah sukar bagi pesakit untuk makan sedangkan mereka merasa mual, muntah-muntah, mulut melepuh, atau sindrum buang. Pesakit yang melalui pembedahan perut kemungkinannya merasa kenyang stelah makan sedikit. Bagi sesetengah pesakit, rasa makanan berubah. Bagaimanapun, adalah penting bagi mendapatkan zat yang mencukupi. Makan dengan baik bererti mendapat cukup kalori dan protin bagi mengelakkan kehilangan berat, kembali sihat, dan membina tisu normal.

Doktor, nurse, dan pakar permakanan boleh menawarkan makanan sihat semasa dan selepas rawatan barah. Pesakit dan keluarga mereka juga mungkin mahu membaca makalah (National Cancer Institute booklet Eating Hints for Cancer Patients), yang mengandungi banyak cadangan berguna.