Bendera Jordan (Bahasa Arab: علم الأردن‎) didasarkan pada bendera Pemberontakan Arab terhadap Kerajaan Uthmaniyah selama Perang Dunia Pertama. Bendera ini terdiri dari tiga garis melintang (hitam, putih dan hijau) yang berhubung oleh sebuah segitiga merah di bahagian kiri. Warna melintang melambangkan Khalifah Abbasiyyah, Ummaiyyah dan Fatimiah. Segitiga merah untuk dinasti Hashemit dan Pemberontakan Arab. Bintang berujung tujuh, yang merupakan satu-satunya ciri yang membezakan bendera Jordan dari Palestin, memiliki dua maksud: bermaksud ketujuh ayat dari surah pertama Qur'an, dan juga persatuan rakyat Arab. Beberapa orang percaya bintang itu merujuk pada tujuh bukit di mana Amman, ibu negara Jordan, dibangun.

FIAV 110110.svg Nisbah bendera: 1:2

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.