Boeing T-7 Red Hawk

Boeing-Saab T-7 Red Hawk, asalnya dikenali sebagai Boeing T-X, adalah sebuah pesawat latihan termaju yang dibangunkan oleh firma Amerika/Swedeen iaitu Boeing dengan kerjasama Saab. Ia telah dipilih pada 27 September 2018 oleh Tentera Udara Amerika Syarikat sebagai pemenang dalam program T-X bagi mengantikan pesawat Northrop T-38 Talon.

T-7 Red Hawk
Peranan Pesawat latihan lanjutan
National origin Amerika Syarikat/Sweden
Pengeluar Boeing / Saab
Penerbangan sulung 20 Disember 2016
Status Dalam pengeluaran (Februari 2021)
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Jumlah dibina 2[1]

Rekabentuk dan pembangunan sunting

Markas Latihan dan Pendidikan Udara (AETC) mula membangunkan keperluan untuk mengantikan pesawat Northrop T-38 Talon seawal tahun 2003. Asalnya, pengantian pesawat ini dijangka akan memasuki perkhidmatan sekitar tahun 2020. Sebuah kemalangan pesawat T-38C yang membabitkan kegagalan telah membunuh dua orang juruterbang pada tahun 2008 dan tarikh sasaran kemudian diawalkan ke tahun 2017.[2] Dalam cadangan belanjawan tahun kewangan 2013, tentera udara AS mencadangkan untuk melewatkan kemasukan pesawat ini ke tahun 2020 di mana anugerah kontrak tidak akan dibuat sebelum tahun 2016.[3] Kekangan belanjawan dan keutamaan projek-projek pemodenan yang lebih penting menolak kembali kemasukan pesawat penganti dalam program T-X ke tahun kewangan 2023 atau 2024. Walaupun belanjawan program ini dalam tahun kewangan 2014 dimansuhkan, keperluan pesawat latihan masih dilihat sebagai satu keutamaan.[4]

Dengan kerjasama sekutunya iaitu Saab,[5][6] cadangan Boeing dalam persaingan ini adalah Boeing T-X, sebuah pesawat latihan termaju berenjin tunggal dengan sepasang sirip ekor, tempat duduk tandem, dan giar mendarat beroda tiga boleh ditarik masuk. Model demonstrasi pesawat memaparkan sebuah enjin kipas turbin General Electric F404.[7]

Boeing mendedahkan pesawatnya kepada umum pada 13 September 2016.[8] Pesawat T-X pertama diterbangkan pada 20 Disember 2016.[9][10]

Pada 27 September 2018, rekabentuk dari Boeing secara rasminya diumumkan sebagai pesawat latihan lanjutan Tentera Udara A.S bagi mengantikan T-38 Talon. Sejumlah 351 buah pesawat, 46 buah penyelaku, latihan penyelenggaraan dan sokongan akan dibekalkan pada kos program sebanyak AS$9.2 bilion.[11][12][13][14]

 
Satu foto publisiti oleh Tentera Udara A.S. menunjukan T-7A Red Hawk dengan liveri ekor berwarna merah

Pada bulan Mei 2019, Saab telah mengumumkan bahawa ia akan membuka sebuah pusat pengeluaran di Indiana, A.S. dengan kerjasama Universiti Purdue.[15][16]

Pada 16 September 2019, Tentera Udara A.S secara rasmi menamakan pesawat ini sebagai "T-7A Red Hawk" sebagai satu penghargaan kepada Tuskegee Airmen, yang mana telah mengecat sirip ekor pesawat mereka dengan warna merah, dan kepada Curtiss P-40 Warhawk, salah sebuah pesawat yang diterbangkan oleh Tuskegee Airmen.[17][18]

Boeing berniat untuk membangunkan sebuah versi bersenjata pesawat T-7 bagi mengantikan armada pesawat Northrop F-5 dan Dassault/Dornier Alpha Jet di seluruh dunia.[19]

T-7 mula memasuki fasa pengeluaran pada bulan Februari 2021.[20]

Kelainan sunting

BTX-1
Dua buah prototaip untuk tujuan penilaian.[21][22]
T-7A
Pesawat pengeluaran untuk kegunaan Tentera Udara A.S.

Pengguna sunting

  Amerika Syarikat

Spesifikasi sunting

Data dari Flight Global[9][23]

Ciri-ciri umum

  • Krew: 2
  • Janakuasa: 1 × General Electric F404-GE-103 afterburning turbofan, 11,000 lbf (49 kN) tujahan dry, 17,000 lbf (76 kN) dengan pembakar lanjut

Lihat juga sunting

Pesawat setanding

Rujukan sunting

  1. ^ Trimble, Stephen (24 April 2017). "Boeing/Saab fly second T-X test aircraft". Flight Global. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2017. Dicapai pada 26 April 2017.
  2. ^ Trimble, Stephan (22 June 2010), "US Air Force, industry prepare for T-38 replacement", Flight International, dicapai pada 20 September 2010.
  3. ^ "USAF delays T-38 trainer replacement to 2020". Flight Global. 17 February 2012. Dicapai pada 24 February 2013.
  4. ^ "Budget constraints delay new trainer", Air force times, 15 May 2013.
  5. ^ "Boeing and Saab Sign Joint Development Agreement on T-X Family of Systems Training Competition". Boeing. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-31. Dicapai pada 2017-04-10.
  6. ^ Clark, Colin. "Boeing Takes T-X Lead as Northrop Joins Raytheon & Drops Out of T-X". Breaking Defense. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-16. Dicapai pada 2017-04-16.
  7. ^ "Boeing T-X Advanced Pilot Training system" (PDF). Saab. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-12-21. Dicapai pada 28 September 2018.
  8. ^ "Boeing T-X Sees the Light". Boeing. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-04. Dicapai pada 2017-04-10.
  9. ^ a b "Boeing and Saab complete first T-X flight". Flight Global. 20 December 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 May 2019. Dicapai pada 28 September 2018.
  10. ^ Niles, Russ (20 December 2016). "Boeing/Saab T-X First Flight". AVweb. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2016. Dicapai pada 21 December 2016.
  11. ^ "Air Force awards $9B contract to Boeing for next training jet". Defense News. 2018-09-27. Dicapai pada 28 September 2018.
  12. ^ "Air Force awards next-generation fighter and bomber trainer". Saab. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2018. Dicapai pada 28 September 2018.
  13. ^ O'Connor, Kate (2 October 2018). "Air Force Selects New Combat Trainer". AVweb. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 October 2018. Dicapai pada 3 October 2018.
  14. ^ "Boeing: It's Official: Boeing Wins T-X!". Boeing. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-22. Dicapai pada 2019-01-22.
  15. ^ "Saab announces new U.S. site for advanced manufacturing and production" (dalam bahasa Inggeris). Saab. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-09. Dicapai pada 2019-05-09.
  16. ^ "Saab's global defense and security company lands in Indiana, to open site near Purdue University" (dalam bahasa Inggeris). Purdue. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-08. Dicapai pada 2019-05-09.
  17. ^ "Air Force announces newest Red Tail: 'T-7A Red Hawk'". AF. Secretary of the Air Force Public Affairs. 16 September 2019. Dicapai pada 21 November 2019. The name Red Hawk honors the legacy of Tuskegee Airmen and pays homage to their signature red-tailed aircraft from World War II. …The name is also a tribute to the Curtiss P-40 Warhawk, an American fighter aircraft that first flew in 1938 and was flown by the 99th Fighter Squadron, the U.S. Army Air Forces' first African American fighter squadron.
  18. ^ "This is the name of the Air Force's new training jet". Defense News. 16 September 2019. Dicapai pada 17 September 2019.
  19. ^ "Boeing sees T-7 as combat replacement for Northrop F-5 and Dassault/Dornier Alpha Jet". Flight Global. 14 July 2020. Dicapai pada 17 July 2020.
  20. ^ O'Connor, Kate (24 February 2021). "Boeing Begins T-7A Red Hawk Production". AVweb. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2021. Dicapai pada 26 February 2021.
  21. ^ "Inquiry Results N381TX", Registry N-Number, FAA.
  22. ^ "Inquiry Results N382TX", Registry N-Number, FAA.
  23. ^ Popular Choice: The GE F404-powered Boeing T-7A Trainer Named to "Best of What's New" List, General electric.

Pautan luar sunting

Templat:Boeing military aircraft

Templat:USAF trainer aircraft Templat:Tuskegee Airmen