Budaya di Negeri Sembilan

Negeri Sembilan mempunyai adat, kebudayaan, sejarah, tradisi dan sistem politiknya yang agak unik. Peribahasa "biar mati anak, jangan mati adat" telah menjadi pegangan hidup rakyat yang berketurunan Minangkabau. Adat perpatih telah wujud di Tanah Melayu sejak kurun ke-14, kekal menjadi adat yang unik di Negeri Sembilan sehingga kini. Ia amat jelas diterangkan dalam pembahagian harta pusaka, gelaran dan juga suku yang memihak kepada kaum wanita. Menurut sejarah, rombongan awal yang datang terdiri daripada kaum lelaki, tetapi susurgalur keturunan seseorang itu adalah "mengikut perut" iaitu tertakluk kepada suku ibunya. Melalui persemendaan ini jugalah masyarakat Negeri Sembilan terpecah kepada 12 kumpulan yang dikenali dengan nama "suku".

Pengamalan adat sunting

Adat Perpatih sunting

Keunikannya adat adalah berdasarkan kepada sumber adat tersebut dan sistem nasab ibu yang diamalkan oleh masyarakatnya. Sistem ini tidak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia. Disebabkan itu, ia merupakan peraturan atau undang-undang dalam masyarakat orang Melayu di Negeri Sembilan dan kata-kata yang diungkapkan dalam adat perpatih iaitu "perpatah-pertitih" mempunyai nilai-nilai kesenian yang tinggi. Para sarjana pernah mencatatkan hasil sastera lama Melayu adalah pancaran masyarakat Melayu pada zaman tersebut. Oleh itu, perpatah-petitih ini dapat menyingkap tentang weltanschuung atau pandangan hidup masyarakat Melayu secara umum dan etos Melayu khususnya. Adat Perpatih yang diwarisi masih dipertahankan oleh masyarakat Negeri Sembilan kerana adat itu boleh menerima perubahan masa ke semasa. Ini boleh dilihat dari segi politik dimana sistem Yamtuan Besar dan Dato'-Dato Undang masih meneruskan kelangsungan tanpa digugat termasuklah institusi Dato' Lembaga dan buapak-buapak. Dari aspek sosial, ia masih bercirikan hidup kekeluargaan seperti budaya bekerjasama, bermuafakat, saling hormat-menghormati dan semangat kejiranan. Selain itu, upacara nikah kahwin, kenduri dan sebagainya masih mempunyai ciri-ciri tradisi yang unik.

Pengelasan masyarakat - Suku dan Perut sunting

Masyarakat Melayu Negeri Sembilan dikelaskan mengikut nenek moyang mereka. Pengkelasan ini dikenali sebagai suku. Suku dalam pengertian adat ialah anggota masyarakat yang terbentuk daripada kelompok keturunan yang daripada sebelah ibunya. Dalam konteks masyarakat Adat Perpatih terdapat 12 suku iaitu Biduanda, Batu Hampar, Mungkal, Seri Lemak, Paya Kumboh, Tiga Nenek, Seri Melenggang, Batu Belang, Tanah Datar, Anak Acheh, Anak Melaka dan Tiga Batur

Seseorang yang membuat tafsiran mengenai nilai-nilai yang terdapat dalam adat sehubungan dengan ungkapan "biar mati anak, jangan mati adat" ini hanya melihat dari sudut kategori yang keempat di atas sahaja. Pepatah "biar mati anak jangan mati adat" yang menjadi pegangan asas sistem hidup bermasyarakat dalam Adat Perpatih ini sering disalah tafsir bukan sahaja orang biasa tetapi juga pemimpin-pemimpin Melayu. Semua ini berlaku adalah disebabkan mereka kurang memahami maksud sebenarnya yang dikatakan mengenai adat tersebut.[1]

Pakaian tradisional sunting

Baju Kebaya Setengah Tiang sunting

Baju Kebaya Setengah Tiang merupakan busana tradisional Negeri Sembilan. Pada suatu ketika dahulu, baju kebaya setengah tiang sering digunakan oleh kaum wanita sewaktu berada di rumah dan mengunjungi majlis kenduri kahwin. Kaum wanita juga menggayakan baju kebaya setengah tiang semasa mengerjakan sawah. Kebiasaannya baju ini dipadankan dengan penggunaan kain batik sarung. Ia dinamakan sebagai baju setengah tiang bermaksud bajunya labuh sedikit daripada baju kebaya pendek dan tidak labuh seperti kebaya panjang[2].

Telepuk sunting

Telepuk[3] ialah sejenis tengkolok wanita berupa ikatan kain di kepala yang biasanya dipakai oleh wanita tempatan Negeri Sembilan. Penggunaan telepuk terus diamalkan kini sebagai salah satu pakaian rasmi bagi Ibu Soko[4].

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-27. Dicapai pada 2014-11-21.
  2. ^ "BUSANA TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN (KEBAYA SETENGAH TIANG DAN TELEPOK)". MKN. 24 Januari 2022. Dicapai pada 18 Julai 2022.
  3. ^ Ejaan dirujuk daripada rencana : Amran Yahya (Mac 11, 2020). "Angkat semula peranan 'Ibu Soko'". HMetro. Dicapai pada 18 Julai 2022., bagi membezakan telepok, sejenis bunga teratai.
  4. ^ "BAJU KURUNG IBU SOKO". Pemetaan Budaya. Dicapai pada 18 Julai 2022.