Bukit Botak terletak di daerah Selayang, negeri Selangor,Malaysia. Kepadatan penduduk di Lembah Kelang menyebabkan penduduk melimpah ke kawasan sekitar seperti di Selayang. Penduduk mendirikan rumah-rumahj setinggan di kawasan Bukit Botak.

Setinggan Bukit Botak sunting

Pada 20 Mei 2009, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Iskandar Abdul Samad menyatakan kerajaan Selangor menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat sebarang penyelewengan atau penipuan dalam pemberian tanah kepada bekas penduduk setinggan Bukit Botak di Selayang .Tujuannya bagi memastikan pihak yang menerima tanah itu adalah mereka yang benar-benar layak. Jawatankuasa terdiri daripada Pejabat Tanah Gombak, wakil dari Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, para peguam serta wakil-wakil dalam masyarakat.

Projek penempatan semula setinggan Bukit Botak, Selayang melibatkan 1,400 pemilik tanah, merangkumi kawasan seluas 55.2 hektar.Kontraktor membina rumah ialah Delpuri Corporation Sdn Bhd (DCSB) tetapi gagal menyiapkan sepenuhnya. Kerajaan negeri Selangor terdahulu (BN) meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ambil alih.PKNS membuat tawaran RM80,000 sebuah dengan syarat penduduk membatalkan perjanjian pembinaan yang mereka tandatangani bersama DCSB dan juga surat wakil kuasa (PA) yang mereka tandatangani. Tawatan PKNS akan ditarik balik selepas 20 Ogos 2009 jika setinggan tersebut tidak setuju.

Rujukan sunting