Burung Lang Siput

spesies burung

Burung Lang Siput atau juga dikenali sebagai Lang Laut[1] atau Lang Laut adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Haliaeetus leucogaster[2], [3].

Burung Lang Siput
بوروڠ لڠ سيڤوت
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
H. leucogaster
Nama binomial
Haliaeetus leucogaster

Burung Lang Siput merupakan burung pemangsa diurnal yang besar dalam keluarga Accipitridae. Pada asalnya digambarkan oleh Johann Friedrich Gmelin pada tahun 1788, ia berkait rapat dengan burung Lang Besar ("Sanford's Sea Eagle")[4] di Kepulauan Solomon, dan keduanya dianggap sebagai superspesies. Burung yang menonjol, burung L:ang Siput dewasa memiliki kepala, dada, bulu bawah sayap (terlindung) dan pelepah ekor putih. Bagahian atas kelabu dan bulu bawah pelepah penerbangan berlawanan dengan pelepah putih penutup kovert. Ekornya pendek dan berbentuk baji sebagaimana kesemua spesies lang laut Haliaeetus. Sebagaimana burung raptor lain, burung betina agak besar sedikit berbanding burung jantan, dan mampu mencapai sehingga sepanjang 90 cm (36 in) dengan lebar sayap sehingga 2.2 m (7 ft), dan seberat 4.5 kg (10 lb). Burung muda memiliki jambul perang, yang perlahan-lahan bertukar putih sehingga berusia lima dan enam tahun. Panggilannya kuat seperti angsa menghon.

Menetap di India dan Sri Lanka sepanjang Asia Tenggara sehingga ke Australia di persisiran dan laluan air utamanya, burung Lang Siput membiak dan memburu berhampiran air, dan ikan membentuk separuh dari permakanannya. Mengambil peluang, ia memakan bangkai dan pelbagai jenis haiwan. Sungguhpun dinilai Kurang bimbang sejagat, ia semakin berkurangan di sebahagian Asia Tenggara seperti Thailand, dan tenggara Australia. Ia ditakrif Terancam di Victoria dan Lemah (Vulnerable) di Selatan Australia dan Tasmania. Gangguan manusia pada habitatnya merupakan ancaman utama, samaada dari aktiviti langsung manusia berhampiran sarangnya yang menjejaskan kejayaan pembiakannya, dan penebangan pokok bagi ia bersarang. Burung Lang Siput dihormati oleh penduduk asli Australia di kebanyakan tempat di Australia, dan menjadi subjek pelbagai kisah cerita rakyat disepanjang julatnya.

Ciri-ciri

sunting
 

Burung Lang Siput ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Lang Siput adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Lang Siput tidak bergigi.burung lang siput juga di kenal sebagai burung lang terbesar di asia selatan,bahagian badan burung lang ini terdapat warna kelabu,bahagian belakang dan juga kepak terdapat warna hitam....kuku dan juga tapak kaki berwarna kuning kelabu.jantan 70-80 cm dan bentina 80-90 cm .anak burung helang berwarna coklat dan berubah semasa dewasa.

Burung Lang SIput pertama kalu digambarkan oleh ahli semulajadi Jerman Johann Friedrich Gmelin pada tahun 1788, sungguhpun John Latham membuat catatan pada spesies ini pada tahun 1781, dari spesimen yang didapati pada Februari 1780 di Kepulauan Princes Island di luar persisiran paling barat tanjung Jawa semasa pelayaran terakhir Kapten Cook.[5] Nama khususnya hasilan dari bahasa Yunani leuko- 'putih',[6] dan gaster 'perut'.[7] Saudara terdekatnya adalah Sanford's Sea Eagle yang kurang dikenali di Kepulauan Solomon. Ini membentuk superspesies, dan sebagaimana biasa pada superspesies Lang Laut lain, satu (Lang Siput) memiliki kepala putih, berbeza dengan kepala hitam spesies yang lain. Paruh dan mata adalah hitam dan cakar bewarna kuning gelap sebagaimana kesemua lang laut Hemisfera Selatan. Kedua-dua spesies ini memiliki sekurang-kurangnya sedikir warna gelap pada ekor mereka, sungguhpun mungkin tidak selalu jelas kelihatan pada burung Lang Siput. Jujukan nukleotide pada gen kytochrome b bagi dua lang laut adalah antara yang di analisa pada kajian 1996. Sungguhpun ia jauh berbeza pada kelihatan dan ekologi, capahan genetik mereka pada 0.3% menunjukkan leluhur kedua bentuk mungkin berpecah selewat 150,000 tahun dahulu. Pengarang kajian memutuskan bahawa sungguhpun capahan genetik adalah lebih selari dengan subspesies, perbezaan pada rupa dan tingkah-laku memerlukan kedua dikekalkan sebagai spesies berlainan.[8] Jujukan Mitochondrial bagi lokus kytochrome b berbeza agak sedikit berbanding Sanford's Sea Eagle mencadangkan perpecahan agak baru selepas Lang Siput-New Guinea mengkoloni Kepulauan Solomon.[9][10]

Makanan

sunting

burung lang siput merupakan burung yang berada di kawasan laut,pantai dan pulau...makanan kegemaran burung lang adalah ikan,siput,dan juga burung burung kecil,kadang kala juga tikus di jadi kan makanannya....

Pembiakan

sunting

Burung Lang Siput membiak dengan bertelur. Telur Burung Lang Siput bercangkerang keras.

Habitat

sunting

Gambar

sunting

Perlindungan

sunting

Burung Lang Siput merupakan burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia. [11]

Rujukan

sunting
  1. ^ A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore, By Allen Jeyarajasingam, Alan Pearson
  2. ^ D.R. 16/2010 RANG UNDANG-UNDANG PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010
  3. ^ ©Hak Cipta Terpelihara 2008 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.
  4. ^ Sumpah Menjaga Kelestarian Alam
  5. ^ Stresemann, Erwin (1950). "Birds collected during Capt. James Cook's last expedition (1776-1780)" (PDF). Auk. 67 (1): 66–88.
  6. ^ Liddell & Scott 1980, m/s. 411.
  7. ^ Liddell & Scott 1980, m/s. 138.
  8. ^ Wink, Heidrich & Fentzloff 1996, m/s. 783–91.
  9. ^ Seibold & Helbig 1996, m/s. 103–12.
  10. ^ Wink, Michael & Sauer-Gurth, H (2004). "Phylogenetic relationships in diurnal raptors based on nucleotide sequences of mitochondrial and nuclear marker genes". Dalam Chancellor, RD & B U Meyburg (penyunting). Raptors Worldwide (PDF). Berlin: WWGBP. m/s. 483–98.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  11. ^ "Protection of Wild Life Act 1972" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-02-21. Dicapai pada 2012-06-23.
  • "Haliaeetus leucogaster". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Database entry includes justification for why this species is of least concern

Pautan luar

sunting
Senarai burung  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z