Child of Our Time merupakan rancangan dokumentari yang dibawakan khas oleh BBC bersama The Open University dan dipersembahkan oleh Professor Robert Winston yang memaparkan 25 orang bayi yang lahir pada tahun 2000 bermula dari dalam kandungan sehinggalah ke alam kanak-kanak serta mencecah alam dewasa. Siri ini bertujuan untuk membina perhubungan dan secara saintifik mengambarkan bagaimana keturunan dan persekitaran kanak-kanak semasa membesar mempengaruhi kehidupan mereka. Siri ini akan mengambil masa sehingga kanak-kanak tersebut berusia 20 tahun. Ia diharap akan menjawab persoalan-persoalan yang belum berjawab.

Child of our Time
Profesor Rober Winston bersama kanak-kanak terbabit dalam Child of our Time
FormatDokumentari
Dibintangi oleh
Professor Robert Winston,
25 orang kanak-kanak,
ibu bapa
Negara asalUK
Penerbitan
PenerbitBBC
Tempoh siaran1jam
Penyiaran
Saluran asalBBC ONE
Siaran asal20002020
Laman sesawang

Kanak-kanak sunting

Seramai 25 orang kanak-kanak yang lahir dari 22 buah keluarga dipilih untuk menjadi bahan ujikaji “Child Of Our Time” yang merangkumi keturunan, sosial, bangsa, geografi dan sebagainya. Mereka terdiri daripada:

  • Alex dan Ivo: Kembar seiras yang dilahirkan sebelas minggu awal dan mereka anak kepada Berenice Lloyd dan Alastair Young. Mereka menetap di Glasgow.
 
Calvin
  • Calvin: Anak kepada Helen dan Andy Pearson yang lahir 10 minggu lebih awal. Calvin mempunyai seorang kakak, Lauren. Helen dan Andy telah bercerai dan Calvin mempunyai seorang bapa tiri, Andrew Thurling.
  • Charlie: Ibu Charlie, Toniberusia 16 tahun ketika mengandungkan Charlie (perempuan). Ibu dan nenek Toni juga antara mereka yang melahirkan anak pada usia yang muda. Toni bercerai dengan bapa kandung Charlie sebelum Charlie lahir dan telah jatuh cinta dengan seorang pakar elektrik, Rob Plaster. Rob menyayangi Charlie seperti anaknya sendiri. Toni dan Rob turut dikurniakan dia orang lagi anak, Kayla and Alex.
 
Barisan pelakon musim pertama
  • Charlotte: Charlotte Burke dilahirkan atas rawatan IVF oleh Richard dan Jacqui. Beliau mempunyai saudara kembar, Alexander (meninggal dunia). Ibu bapanya berkahwin setelah adik Charlotte, Jasmine lahir tetapi kini telah bercerai.
  • Charlotte: Charlotte Goldsmith dilahirkan di Essex oleh Emma dan Paul yang berpisah setelah enam bulan kelahirannya dan mempunyai dua orang abang kandung.
  • Ethan: Sebelum Ethan lahir, ibunya pernah keguguran dua orang bayi perempuan. Beliau juga tidak dapat menyelamatkan kembar Ethan keguguran pada usia tiga bulan dalam kandungan. Ethan mempunyai kebolehan bermain permainan berkomputer tetapi bermasalah di sekolah dan beliau dirawat oleh “Attention Deficit Hyperactivity Disorder” (ADHD). Ethan mempunyai masalah percakapan yang membawa masalah membuat kawan di sekolah tetapi akhirnya masalah tersebut berjaya diatasi. Ethan dan keluarganya tinggal di Utara Ireland.
  • Eve: Ibu bapa Eve, Tim dan Caroline Scarborough, merupakan penganut agama Kristian bermazhab Evangelikal yang mencuba rawatan IVF selama lima tahun tetapi gagal. Eve merupakan anak yang dikandung secara semula jadi secara tidak dirancang.
  • Helena: Lahir pada minggu ke-25 dan hanya beliau sahaja yang berjaya diselamatkan berbanding kembar-kembarnya yang lain. Kerana beliau bayi pra-matang, doktor mempercayai peluang untuk Helena hidup adalah tipis dan berkemungkinan berlaku masalah pembangunan minda. Ibu bapa Helena disyorkan agar mematikan nyawa Helena tetapi ibu bapa Helena optimis dengan menyatakan Helena boleh hidup lama. Hanya pada usia dua tahun, Helena mula bertutur dan perkataan pertama keluar dari mulutnya. Helena belajar bercakap, berjalan, berlari dan menjadi seorang yang pandai. Beliau kini bahagia, berkeyakinan dan .suka mengarah kakaknya.
  • Het: Anak kepada Vijay dan Tejal yang bertutur dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Gujarati. Pada 2005 ibu Het mengandung dan melahirkan anak pada Oktober. Sebelum ini ibu bapanya merancang untuk menghantar beliau ke sekolah berpendidikan khas untuk masyarakat India tetapi akhirnya mengubah rancangan.
 
James
  • James: Ibu James, Carol datang dari latar belakang susah dan tidak berpendidikan. Ibunya pernah berpisah dengan bapa kandung Bernie (kakak James) dan bapa kandung James. James menghidap asma dan pernah diculik oleh bekas teman lelaki Carol, Ian pada usia lima tahun.
  • Jamie: Sharon Craven ibu kepada Jamie, seorang kanak-kanak yang lambat belajar bercakap dan berjalan.Jamie mempunyai penyakit kencing manis pada usia empat tahun.
 
Alice, Mabel & Phoebe
  • Mabel, Alice and Phoebe: Kembar tiga kepada pasangan Nigel dan Tracey Baller dan ketiga-tiga mereka membesar dengan sifat yang berbeza : Mabel seorang yang kasar, Alice seorang dominan dan Phoebe seorang pendiam.
  • Matthew: Adik kepada Robert dan anak kedua kepada Kathryn dan Graham Singleton, Matthew seorang yang pemalu dan cepat cemas.
 
Megan
  • Megan: Megan anak kepada Rhodri, seorang petani, dan Gaynor Davies. Beliau mempunyai seorang abang dan kakak.
  • Nathan: Seorang yang periang dan bersemangat anak kepada Ruth dan Richard Price. Nathan merupakan bayi bertubuh besar
 
Parys
  • Parys: Alison Lapper merupakan ibu tunggal. Alison merupakan golongan kurang upaya (OKU) yang mempunyai lengan dan kaki yang pendek. Semasa mengandungkan Parys, Alison telah membenarkan seorang pelukis untuk membina patung marmar Alison dan ditayangkan di “Trafalgar Square” pada 2005. Alison ada menerbitkan autobiografinya yang bertajuk 'My Life in My Hands.'.
 
Rebecca
  • Rebecca: Anak kepada Mark dan Gill Saunders yang menganut agama Yahudi. Rebecca mempunyai seorang abang dan gemar memakai pakaian berwarna merah jambu.
 
Rhianna
  • Rhianna: Anak tunggal kepada pasangan Tanya Knights dan Andy Lees. Walaupun Rhianna seorang bayi yang riang dan mudah dijaga, namun Rhianna mempunyai masalah cepat cemas sehingga menyebabkan ibu bapanya membawa beliau berjumpa pakar dalam bidang kanak-kanak.
  • Rubin: Rubin lahir pada minggu ke-37. Pernah dimasukkan semula ke hospital pada umur 2 bulan kerana radang paru-paru. Rubin merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Ibunya, Debbie Bayfield seorang ibu tunggal tetapi telah berkahwin dengan bapa kepada adik Rubin.
 
Taliesin
  • Taliesin: Taliesin anak kedua Olivia dan Robin Stevenson yang berpisah sebelum Taliesin lahir tetapi telah kembali rujuk. Olivia seorang gadis remaja sewaktu melahirkan kakak Taliesin, Emily, dan meninggalkan zaman persekolahan lebih awal akibat tidak tahan dengan gejala buli yang menimpa dirinya. Beliau sentiasa berdoa agar anak-anaknya gembira di sekolah dan tidak menjadi mangsa buli sepertinya.
 
Tyrese
  • Tyrese: Anak ketiga dan anak lelaki tunggal kepada Marie dan Jamal Hakeem, Tyrese memiliki sifat-sifat ibunya. Marie melahirkan kebimbangannya kepada Tyrese kerana beliau beranggapan bahawa budak lelaki berketurunan kulit hitam sukar berjaya dalam kehidupan dan beliau berharap agar Tyrese tidak terjebak dalam masalah-masalah yang sering dibawa oleh budak-budak lelaki kulit hitam. Ibu bapa Tyrese bercerai ketika Tyrese berusia tiga tahin
  • William: William dilahirkan secara pembedahan dan tinggal di Yorkshire.

Episod sunting

Siri Pertama (2000)

1: Babies

Siri Kedua (2001)

1: The personality test

2: Tomboy or sissy?

3: Brain magic

Siri Ketiga (2002)

1: Thanks for the memories

2: Power struggles

3: Active or idle

Siri Keempat (2004)

1: Zero to hero

2: Read my lips

3: The Making of me

Siri Kelima (2005)

1: Identity crisis

2: State of play

3: What are dads for?

4: Tried and tested

Siri Keenam (2006)

1: Happiness

2: Flesh and blood

3: Right and wrong

4: Your recipe for success

Siri Ke-7 (2007)

1: The Will to Win

2: Fitting In or Standing Out

3: Killing Creativity

Siri ke-8 (2008)

1: The Divide of the Sexes

2: The Age of Stress

3: 24 Hours

4: A Revolution in Childhood (BBC4)

Pautan Luar sunting