Choi Hyun-suk (Hangul: 최현석; lahir pada 21 April 1999) adalah seorang penyanyi rap dan salah seorang daripada dua ketua bagi kumpulan muzik TREASURE bersama-sama dengan Park Ji-hoon. Beliau mula dikenali melalui penyertaan dalam rancangan televisyen realiti Mix Nine pada 2017.

Choi Hyun-suk
Hyun-suk pada April 2022
Latar belakang
Nama asal최현석
Kelahiran (1999-04-21) 21 April 1999 (umur 24)
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi rap
  • penari
  • penggubah lagu
Instrumen
  • Vokal
Tahun aktif2018–kini
Syarikat rakaman
YG Entertainment
AhliTREASURE
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanChoe Hyeon-seok
McCune–ReischauerCh'oe Hyŏnsŏk

Kehidupan dan kerjaya sunting

1999–2016: Kehidupan awal sunting

Choi Hyun-suk dilahirkan pada 21 April 1999 di Korea Selatan.[1] Beliau merupakan anak sulung dan mempunyai seorang adik perempuan.[2] Semasa belajar di Sekolah Rendah Seoul Eonbuk, Hyun-suk yang ketika itu berusia 8 tahun (umur Korea) mula berminat dengan rap dan hip hop setelah menonton dokumentari BIGBANG, The Beginning (2006).[1] Ini menyebabkan beliau hanya tertumpu pada syarikat hip hop, YG Entertainment.[1] Beliau secara rasmi menceburi hip hop dan mula menari masing-masing pada usia 11–12 dan 13–14 (umur Korea), yang tidak lama kemudian menyedari keinginannya untuk menjadi seorang seniman.[3] Alternatifnya, Hyun-suk ingin menjadi pemain bola sepak, tercetus daripada minatnya dalam sukan itu dan pendiriannya sebagai peminat setia Real Madrid CF.[4][5][6] Pada masa remajanya, beliau mendaftarkan dirinya di akademi yang dipanggil "V-Spec" untuk pelajaran dan melaluinya, beliau menghadiri uji bakat peribadi yang diadakan oleh YG Entertainment dan telah direkrut dalam program pelatihnya pada tahun 2015.[7] Hyun-suk berhenti dari Sekolah Menengah Chungdam sehari selepas perekrutannya atas kehendaknya sendiri dan menamatkan pendidikan menengahnya melalui Penilaian Kecekapan Sekolah Menengah.[8]

Diskografi sunting

Sebagai artis yang ditampilkan sunting

Runut Tahun Ked. tertinggi Album
KOR
[9]
"1, 2" (한두번) (Lee Hi menampilkan Choi Hyun-suk) 2019 171 24°C

Kredit penerbitan sunting

Kesemua kredit lagu disesuaikan daripada pangkalan data Persatuan Hak Cipta Muzik Korea, melainkan dinyatakan sebaliknya.[10]

Bekerja sebagai anggota Treasure sunting

Tahun Lagu Album Penulis seni kata Penggubah
Dikreditkan Bersama dengan Dikreditkan Bersama dengan
2020 "Boy" (Jejaka) The First Step: Treasure Effect   R.Tee, Se.A, Lil G, Choice37   R.Tee, Se.A, Hae, Lil G, Choice37
"들어와 (Come to Me)" (Datanglah)   Rovin, Kim Kyung, Bigtone  
"I Love You (사랑해)" (Aku Mencintaimu)   R.Tee, Yoshi, Haruto  
"B.L.T (Bling Like This)" B.L.T (Pancar Seperti Ini)   Kim Dong Joon, Trnc 95, Yoshi, Haruto  
" 음 (Mmm)"   Godok  
"오렌지 (Orange)" (Jingga)   Asahi, Haruto  
2021 "My Treasure" (Sayangku)   Bigtone, Min Yeon-jae, Haruto, Yoshi  
"나랑 있자 (Be With Me)" (Tetap Bersamaku)   Rovin, Kim Kyung, Haruto, Yoshi  
"Slowmotion" (Gerakan Perlahan)   Lee Chan-hyuk, Haruto  
2022 "BFF" The Second Step: Chapter One   Kim Seung-nam, Yoon Jung-hwan, An Do-hyung, Lee Ji-ho, Kim Min-ki, Kang Kyu-Yong, Lee Seung-hoon   Kim Seung-nam, Yoon Jung-hwan, An Do-hyung, Lee Ji-ho, Kim Min-ki, Kang Kyu-Yong, Lee Seung-hoon
"직진 (Jikjin)" (Lurus)   Sonny, Lil G, Choice37, LP, Hae, Yoshi, Haruto, Se.A   Choice37, LP, Sonny, Future Bounce, Hae, Se.A, Yoshi, Haruto
"U" (Kamu)   Nu.D, Sonny, LP, Lil G, Choice37, Hae, Haruto, Yoshi   Choice37, Hae, Sonny, LP, Lil G, Nu.D, Haruto, Yoshi
"다라리 (Darari)"   Jaguaa, Bang Ye-dam, Choice37, Lil G, LP, Yoshi, Sonny, Hae, Se.A, Haruto   Choice37, Hae, Jaguaa, Bang Ye-dam, Yoshi, Sonny, LP, Lil G, Haruto
"괜찮아질 거야 (It's Okay)" (Ia Akan Baik-baik Sahaja)   Kid Wine, Airplay, Haruto, Yoshi  
"Hello" (Helo) The Second Step: Chapter Two   Choice37, Sonny, Lil G, LP, Hae, Yoshi, Haruto   Choice37, Hae, LP, Sonny, Lil G, Dee.P, Yoshi, Haruto
"VolKno"   Yoshi, Haruto   Dee.P, Yoshi, Haruto
"Clap!" Tepuk!   Asahi, Yoshi, Haruto  
"묻어둔다 (Hold It In)" (Tanamkan (Tahannya))     Dee.P, Rovin

Artis lain sunting

Tahun Artis Lagu Album Penulis seni kata Penggubah
Dikreditkan Bersama dengan Dikreditkan Bersama dengan
2019 Lee Hi "1, 2" (한두번) 24°C   B.I  

Filmografi sunting

Siri televisyen sunting

Tahun Rancangan Peranan Catatan
Nama Nama dalam bahasa Korea
2018 YG Future Strategy Office YG 전략자료본부 Diri sendiri Cameo; tidak dikreditkan

Siri web sunting

Tahun Rancangan Peranan Catatan Ruj.
Nama Nama dalam bahasa Korea
2021 The Mysterious Class 남고괴담 Choi Hyun-suk Watak sampingan [11]

Rancangan televisyen sunting

Tahun Rancangan Peranan Catatan Ruj.
Nama Nama dalam bahasa Korea
2017–2018 Mix Nine 믹스나인 Peserta Selesai di tempat kelima [12]
2018–2019 YG Treasure Box YG 보석함 Pembentukan Treasure [13]
2022 The Idol Ramyeonators 라끼돌 Anggota Bersama dengan Park Ji-hoon [14]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Park Ah-reum (5 November 2018). "드디어 열린 'YG보석함' 방예담 포함 A조 7인 베일 벗었다" [Kumpulan 7 Ahli, A Termasuklah Bang Ye-dam Akhirnya Membuka 'YG Treasure Box' dan Menanggalkan Selubung]. Newsen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Disember 2020. Dicapai pada 7 Februari 2022.
  2. ^ Choi Hee-jae (6 November 2020). "트레저 최현석 "처음으로 여동생한테 '잘한다'는 칭찬 들었죠" [엑's 인터뷰①]" [Choi Hyun-suk daripada Treasure: "Untuk Pertama Kalinya, Saya Dengar Pujian daripada Adik Saya Mengatakan 'Awak Bagus'" [X's Interview ①]]. Xports News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Disember 2020. Dicapai pada 7 Februari 2022.
  3. ^ "[Full] TREASURE X LieV!". LieV. 15 Oktober 2020. Peritiwa berlaku pada 40:29. V Live. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2022. Dicapai pada 4 Januari 2021.
  4. ^ "What is TREASURE's secret that no one knows?". 뉴스에이드 - NewsAde. 18 Ogos 2020. Peritiwa berlaku pada 3:19. YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2020. Dicapai pada 4 Februari 2022.
  5. ^ Kim Mi-ji (23 Mac 2020). "'YG 신인' 트레저 최현석, 축구 덕력 ' 폭발…방예담과 듀오 케미" [Pendatang Baharu YG, Choi Hyun-suk daripada Treasure Meledakkan Manfaat Bola Sepak... Keserasian Dengan Bang Ye-dam]. Xports News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2022. Dicapai pada 5 Februari 2022.
  6. ^ Park Pan-suk (22 Oktober 2021). "YG 트레저 최현석, 'TMI-LOG' 출격..팬들에 유쾌한 일상 공개" [Choi Hyun-suk daripada Treasure YG Mendedahkan Kehidupan Hariannya kepada Peminat Melalui 'TMI-LOG']. OSEN (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2022. Dicapai pada 5 Februari 2022.
  7. ^ Bell, Crystal (7 Ogos 2020). "Meet Treasure, a New K-Pop Group Making Their Debut With Bold Single "Boy"". Teen Vogue. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2020. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  8. ^ "트레저가 인기가요 매점 샌드위치 먹방 썰 푼다 TREASURE 직진 아이돌등판 IDDP 현석 지훈 요시 준규 마시호 재혁 아사히 예담 도영 하루토 정우 정환". IDDP. 25 Februari 2022. Peritiwa berlaku pada 11:46. YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2022. Dicapai pada 11 April 2022.
  9. ^ "Gaon Digital Chart". Carta Gaon (dalam bahasa Korea). Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada 27 Januari 2019.
  10. ^ "Songs Registered Under 최현석 (10022117)". Persatuan Hak Cipta Muzik Korea (KOMCA). Dicapai pada 27 Januari 2021.
  11. ^ Jang, Woo-young (2 November 2021). "트레저, 새 웹드라마 '남고괴담' 단체 메인 포스터 공개" [Treasure Mendedahkan Poster Promosi untuk Drama Baharu Mereka, 'The Mysterious Class' School']. The Chosun Ilbo (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2021. Dicapai pada 23 Januari 2022.
  12. ^ Jo Kyung-i (27 Januari 2018). "종영 '믹스나인' 소년팀, 최종 우승 '데뷔'‥男 1등 우진영[종합]". OSEN (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  13. ^ Hwang Mi-hyun (25 Januari 2019). "'YG보석함' 최현석, 마지막 데뷔 멤버…7인 최종 확정" ['YG Treasure Box' Choi Hyun-suk, Anggota Terakhir untuk Debut... Pengesahan Akhir 7 Orang]. News1 (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Disember 2020. Dicapai pada 7 Februari 2022.
  14. ^ Park Pan-seok (6 April 2022). "'라끼돌' 트레저 최현석X박지훈 인생라면 찾기 대장정..최고의 라면 직진 준비 완료" [Choi Hyun-suk X Park Ji-hoon dari Treasure di 'Rakidol': Perjalanan Panjang Mencari Ramen dalam Kehidupan.. Ramen Terbaik Bersedia]. OSEN (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2022. Dicapai pada 11 April 2022.