Citrus medica var. sarcodactylis

Citrus medica var. sarcodactylis ialah sejenis buah sitron berbentuk unik memecah kepada bentuk melonjong seakan jari-jemari suatu tangan. Bentuknya yang unik memberi pelbagai nama setempat:

  • limau jari,[1][2]
  • limau/jeruk tangan[3] atau limau/jeruk tangan Buddha (Bahasa Cina: 佛手柑pinyin: fóshǒugān, Bahasa Jepun: 仏手柑 bushukan, Bahasa Korea: 불수감 bulsugam) kerana dipercayai menyerupai gambaran tangan Buddha
  • limau kuku harimau kerana boleh menyerupai kaki berkuku harimau.[4]
Citrus medica var. sarcodactylis
Limau/jeruk tangan
Limau jari
Limau cakar harimau
Buddhas hand 1.jpg
Sebiji buah limau tangan masak dengan "batang-batang jari" yang terkeluar
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Pelbagai:
C. m. var. sarcodactylis
Nama trinomial
Citrus medica var. sarcodactylis
(Siebold ex Hoola van Nooten) Swingle

Buah ini mempunyai kelainan dari buah-buah sitrus lain di mana ia tidak mengandungi isi mahupun sari buah;[5] kulitnya digunakan sebagai bahan pewangi bilik dan pakaian. Ia juga dijadikan barangan sembahyang dalam sesetengah penganut agama Buddha.[6]

RujukanSunting

  1. ^ Tan, Hugh T. W.; Giam, Xingli (2008). Plant Magic: Auspicious and Inauspicious Plants from Around the World. Marshall Cavendish Editions. m/s. 40. ISBN 978-981-261-427-8.
  2. ^ Allen, Betty Molesworth (1967). Malayan Fruits: An Introduction to the Cultivated Species. D. Moore Press. m/s. 165.
  3. ^ Mansfeld, Rudolf; R. Büttner (2001). Mansfeld's Encyclopedia of Agricultural and Horticultural Crops: (Except Ornamentals). Berlin: Springer Science & Business Media. m/s. 1025. ISBN 3-540-41017-1.
  4. ^ Rosman Shamsudin (17 Julai 2017). "Limau 'kuku harimau' RM90 sebiji". Berita Harian.
  5. ^ "Buddha's hand citron". Catalog of the Citrus Variety Collection. Riverside, CA: University of California, Riverside, Department of Botany and Plant Sciences, Citrus Experiment Station. Dicapai pada 2010-04-20.
  6. ^ "Buddhas Hand". Melissa's Produce.